Seorang pelajar Malaysia berusia 24 tahun telah ditemui mati dalam sebuah tasik di The Serpentine, Hyde Park United Kingdom, semalam.
Remaja yang telah dikenal pasti sebagai Muhammad Hafiz itu merupakan pelajar pintar di Imperial College London berdasarkan kad pelajar pada badan mangsa.
Setelah anggota polis menerima laporan panggilan dari tasik berkenaan pada jam 5.51 pagi semalam, mereka bergegas ke lokasi kejadian dan tiba tujuh minit kemudian bersama servis paramedik London Ambulance.
Ads
Penyiasatan masih dijalankan terhadap kes ini kerana punca kejadian masih tak dapat dikenal pasti.
Ads
Dalam pada itu, Muhammad Hafiz juga merupakan anak kepada penyunting bersekutu Malay Mail iaitu Zainal Epi.
Menurut beliau, kali terakhir dia berjumpa dengan anak bongsunya yang menuntut dalam jurusan kimia itu adalah pada bulan September tahun lalu.
Ads
“Saya menerima panggilan daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London pada 2.30 pagi tadi. Seperti pihak berkuasa di sana, saya sendiri tidak pasti apa yang telah terjadi. Hanya setelah mereka mendapatkan identiti arwah, barulah mereka membuat panggilan kepada saya.
“Saya akan terbang ke sana pada esok hari bersama ahli keluarga (isteri dan 2 anak) yang lain,” kata beliau ketika ditemui rakan sekerja di Malay Mail.
“JPA sedang melakukan persiapan untuk kami setelah tiba di sana.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini tular di media sosial mengenai hantu kebaya merah selepas seorang pemandu sempat merakam bayangannya pada jam 3.25 pagi di sebuah lebuh raya menuju ke utara pagi semalam.
Kelibat misteri seakan gadis zaman dahulu yang mengenakan celana berkebaya merah dan berjalan seorang diri di tepi lebuh raya kembali menghangatkan kisah hantu kebaya merah sehingga di media sosial dipenuhi dengan pelbagai gambar gadis berbaju merah termasuk gambar Fazura dan Vanida Imran yang pernah melakonkan watak ini dalam sebuah filem beberapa tahun lalu.
Selepas berita ini menjadi viral, seorang warga twitter atas nama creepeposta telah menulis bahawa kisah hantu kebaya merah ini pernah viral pada tahun 2009 sehingga mengakibatkan tiga kemalangan terjadi.
Tapi apa yang berlaku, selepas kisah hantu kebaya merah ini menjadi viral di kalangan warga media sosial, kecoh pula apabila individu dari grup “bunga raya official” mendakwa dia dan rakan-rakannya sengaja berpakat untuk membodohkan orang ramai yang mengaku “cerdik” mengenai kisah hantu kebaya merah ini yang dilihat di sekitar Kulim semalam.
“Aku pakat dengan 3..4 orang member.. Masing2 pakai baju kebaya yg sama warna… Lepas tu.. soh (suruh) depa dok di 3..4 lokasi yg berbeza.. Yg lain dok tepi jalan ja.. yg last dok tgh jalan.. manakala aku drive kete (kereta) siap camera.. rekod sepanjang jalan.”
“Boh tajuk gempak2 sikit.. kompom viral.. sebab… masyarakat kita mudah percaya dan terpedaya dgn cerita2 camni.. so apa aku dapat? Aku dapat perbodohkan org yg mengaku cerdik.. hahahaha sekian cerita aku malam ni..”
Itu dakwaan individu yang dipercayai bertanggungjawab merakam dan memuat naik klip video hantu berkebaya merah” di sekitar Kulim yang tular di media sosial sejak semalam. Nampaknya budaya nakal tak bertempat sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang seakan mempercayai kewujudan hantu kebaya merah ini begitu “troll” dan boleh dianggap mudahnya menjemput dosa kering.
Walaupun seakan mahu mempermainkan orang ramai tetapi kisah hantu kebaya merah ini pernah berlaku di mana memang ada pengguna yang ternampak kenampakan hantu kebaya merah ini di lebuhraya menuju ke utara.
Ikuti kisah seperti dikongsinya.
Video yang “memperbodohkan” orang ramai seperti didakwa anak muda yang sengaja membuat rakaman ini
https://www.youtube.com/watch?v=ujbJ9MgCBGk
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes buli dalam kalangan pelajar merupakan isu serius yang patut diambil perhatian. Kelakuan membuli ini sebenarnya meninggalkan kesan kepada mangsa buli seperti trauma dan paling sadis ia mampu meragut nyawa.
Lagi kes tentang pelajar dibuli, baru-baru ini satu lagi kes yang melibatkan pelajar dibuli apabila berang dengan gurauan mangsa yang dikatakan mempermainkan suspek dengan janji untuk belanja makanan segera menjadi punca seorang pelajar dibuli tiga rakan seasrama.
Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan laporan kejadian buli melibatkan tiga pelajar sekolah di Tanah Merah, Kelantan, yang tular di media sosial semalam.
“Berdasarkan keterangan awal daripada mangsa, ketiga-tiga suspek memukulnya kerana berang apabila mangsa dikatakan cuba mempermainkan ketiga-tiga mereka dengan gurauan hendak belanja KFC,” katanya.
Terdahulu satu rakaman video berdurasi selama 25 saat tular memaparkan sorang remaja dipukul dua remaja lelaki dalam sebuah bilik asrama di sekolah berkenaan.
Mangsa kemudiannya datang ke balai polis untuk membuat laporan. Polis sudah mengenal pasti suspek dan membuat tangkapan terhadap semuanya.
Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Rata-rata netizen naik marah dan geram dengan perlakuan pembuli ini.
Ishh…tahun 2020 pun dah nak habis tapi kes buli ni tak pernah berakhirkan. Paling malang ia melibatkan pelajar sekolah….huhu
So apa pendapat korang cara terbaik menangani isu buli dikalangan pelajar ni?
Sumber : Astro Awani, Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah adik Syukur. Moga jadi inspiring kepada remaja di luar sana.
Inilah kata orang, tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia tiada siapa tahu. Jika Allah mengkehendakiNya, dia akan beri dalam pelbagai bentuk. Sudah tentu rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk dan tidak terduga dengan akal fikiran manusia.
Tentu ramai yang masih ingat kisah Mowgli Malaysia iaitu Muhammad Syukur Khamis.
Melihat gambarnya yang mampu bermesra dengan kerbau peliharaan ayahnya sejumlah hampir 100 ekor selain keakrabannya dengan binatang lain dan gambarnya memenangi 20 gambar terbaik dunia, nama Syukur terus meniti di hati rakyat Malaysia.
Baru saja menerima anugerah Murid Unggul yang diterimanya dari Pejabat Pendidikan Daerah pada 13 Januari lalu, terbaru, remaja ceria berusia 14 tahun dan bersekolah di SMK Padang Midin, Kuala Terengganu ini, sekali lagi diangkat sebagai Ikon Remaja APM ( acara ini akan berlangsung Mac depan).
Syukur diberi kenaikan pangkat sebagai Lans Koperal dan diangkat sebagai Ikon Remaja APM. Roslan (tiga kiri) dan Shafruddin (tiga kanan) memakaikan tanda pangkat Lans Koperal kepada Syukur.
Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab berkata, pengiktirafan kepada Syukur yang juga merupakan kadet Pertahanan Awam itu, bagi membolehkan remaja tersebut menyebarkan aura positif dan memberi inspirasi kepada rakan sebayanya.
Menurutnya, penganugerahan itu akan dibuat pada Perhimpunan Angkatan Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-66 yang akan berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.
“Setelah lihat banyak video diviralkan, saya melihat Syukur ada kelebihan yang boleh kita manfaatkan. APM sendiri akan bantu dia dengan memberi lebih banyak pendedahan, supaya pada masa depan dia boleh dibawa ke sekolah-sekolah berhampiran di Terengganu untuk memberikan motivasi kepada pelajar lain.
“Pada masa yang sama, kita tidak mahu dia tenggelam dengan dunia glamor ini, sebab dia masih belajar. Kita nak beri dia pendedahan supaya apabila dia terdedah dengan dunia luar, Syukur akan menjadi lebih yakin dan boleh memberikan semangat balik kepada orang lain,” katanya.
Roslan (kiri) meraikan Syukur pada majlis khas di SMK Padang Midin, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Ketua Pesuruhjaya APM Bersama Adik Syukur ‘Kampung Boy’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah APM Terengganu, LT. KOL (PA) Che Adam A.Rahman dan Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.
Sementara itu, pada majlis berkenaan, Roslan mengumumkan Syukur dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal dalam kadet Pertahanan Awam.
“Saya harap kenaikan pangkat ini akan menggilap lagi bakat kepimpinan yang ada pada beliau dan menjadi pelajar contoh.
“Selain mempunyai keyakinan yang tinggi, kita harap Syukur akan terus mengutamakan pelajaran dan ilmu serta maju dalam kehidupan dan apa jua bidang yang diceburinya selepas ini,” katanya.
Sumber : SINAR HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!