Bersenam memang merupakan aktiviti terbaik yang boleh kita lakukan untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Namun begitu, berlaku sebaliknya apabila dua orang pelajar diaporkan telah dimasukkan hospital disebabkan mengalami masalah kegagalan buah pinggang selepas bersenam.

Menurut laman The Diagnosa yang ditulis oleh Dr. Latif Saad, kes ini berlaku di China dan sehari sebelum kejadian itu, kedua-dua pelajar tersebut telah membuat satu cabaran yang dikenali sebagai ‘Squat Challenge’. Cabaran ini memerlukan mereka untuk melakukan squat secara berterusan sehinggalah salah satunya mengalah.

Pelajar Ini Alami Kegagalan Buah Pinggang Selepas Bersenam
Gambar hiasan

Akhirnya, mereka melakukan senaman ini selama 2-3 jam dan salah seorang daripada pelajar tersebut telah mengalah. Secara jangkaan, mereka telah melakukan pergerakan itu sebanhyak 1000 kali.

Keesokan harinya, kaki mereka terlalu sakit sehingga mengalami masalah untuk membengkokkan kaki. Bahagian otot paha dan betis pula menjadi keras dan terasa sakit bila ditekan. Simptom yang paling ketara adalah air kencing mereka menjadi warna coklat yang sangat pekat.

IKLAN

Apabila dirujuk ke hospital, keputusan darah menunjukkan terdapat kegagalan buah pinggang akut kerana bacaan urea dan creatine menunjukkan bacaan yang sangat tinggi.

Menurut doktor, jika dilihat daripada perbuatan pesakit yang membuat senaman squat yang berlebihan ini dan kemudian diikuti dengan masalah pada buah pinggang, kemungkinan besar pesakit ini mengalami masalah rhabdomyolysis.

Apa itu rhabdomyolysis?

Berlaku disebabkan kerosakan yang teruk pada otot hingga menyebabkan pengeluaran bahan berbahaya daripada sel otot ke dalam salur darah. Selalunya, protein myoglobin daripada sel otot yang rosak akan masuk ke dalam saluran darah dan berkumpul di bahagian buah pinggang. Protein ini akan menyebabkan sumbatan pada bahagian penapis buah pinggang hingga menyebabkan kegagalan buah pinggang berlaku.

IKLAN

Punca masalah ini

• Kemalangan seperti accident, jatuh bangunan dan sebagainya
• Renjatan elektrik atau disambar petir. Ini boleh menyebabkan kematian pada sel otot
• Dipatuk ular. Bisa ular tersebut boleh menyebabkan sel otot mati dan mengeluarkan myoglobin
• Sawan
• Jangkitan bakteria atau virus
• Senaman yang melampau

Berbalik kepada dua orang pesakit tadi, doktor menjelaskan mereka diberi air terus ke dalam saluran darah dan untuk mengelakkan buah pinggang menjadi semakin rosak. Mujur rawatan ini berkesan untuk mereka dan fungsi buah pinggang menunjukkan ia semakin pulih.

IKLAN
Pelajar Ini Alami Kegagalan Buah Pinggang Selepas Bersenam
Gambar hiasan

Jika fungsi buah pinggang semakin teruk, pesakit perlu menjalani dialisis (cuci buah pinggang) untuk mengelakkan keadaan pesakit menjadi semakin teruk.

Jadi, nasihat daripada doktor ini, elakkan daripada bersenam secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan masalah rhabdomyolysis yang boleh merosakkan buah pinggang korang. Senaman tu tak salah, tapi yang salah bila korang lakukan secara berlebihan.

Maksudnya, janganlah jadikan ini sebagai alasan untuk korang malas bersenam ya. Hiks!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI