Minat dalam dunia ratu cantik bukan jadi alasan untuk seseorang mengabaikan pelajaran. Biar gemerlap dunia glamor menanti, pelajaran menjadi satu faktor yang mampu memberi kelebihan kepada seseorang.
Inilah falsafah yang dipegang oleh Deta Kokomani, gadis berusia 21 tahun yang baru sahaja dinobat sebagai Miss Universe Albania 2022. Walaupun menceburi dunia ratu cantik tetapi pelajaran tetap didahulukan.
Merupakan pelajar tahun ketiga jurusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi di Albanian University, gadis cantik ini bukan calang-calang orangnya. Dia dipilih sebagai pengacara untuk mengemudi majlis konvokesyen yang melibatkan lebih 1500 pelajar. Hebat bukan?
Walaupun belajar dan bidang sains, namun dia juga seorang yang gemarkan dunia seni. Dia belajar piano selama enam tahun di Sekolah Tinggi Artistik Durres dan kemahiran bermain alat muzik tersebut masih dipraktik sehingga kini.
Di laman Instagramnya, gadis yang berasal dari bandar Durres ini berkongsi perasaannya selepas kemenangan. Ujarnya, “Kata-kata tidak mencukupi untuk emosi yang saya rasa hari ini, serta terima kasih untuk keseluruhan produksi.
“Ia adalah satu penghormatan, keistimewaan dan tanggungjawab besar untuk mewakili Albania di Miss Universe.Terima kasih kepada anda semua yang telah mengucapkan tahniah dan menyokong saya, terima kasih yang tidak terhingga.”
Ads
Walaupun sibuk dengan pengajiannya, Deta percaya bahawa segala-galanya datang ke dalam hidup pada masa yang tepat. Dia percaya bahawa Miss Universe adalah destinasi yang menjadi sebahagian dari hidupnya kini.
“Bab di mana saya berasa lebih yakin & lebih yakin berbanding sebelum ini untuk mewakili sosok wanita Albania di dunia. Di penghujung pengalaman ini, saya mengharapkan untuk diingati bukan sahaja sebagai seorang gadis cantik, tetapi sebagai seorang wanita yang benar-benar boleh menggunakan platform pertandingan ini untuk membuat perubahan dalam masyarakat,” tambahnya.
Ads
Deta akan mewakili Albania dalam pertandingan Miss Universe ke 71 yang dijangka bakal berlangsung penghujung tahun ini. Albania mula menghantar wakilnya ke pertandingan berprestij tersebut bermula 2022. Setakat ini, empat wakil negara itu berjaya menembus jajaran semifinalis.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai mengadu terkena migraine. Di mana hanya sebelah kepala terasa sakit berdenyut-denyut. Tapi tahukah, apabila kepala terasa berdenyut itu, ia sudah memasuki fasa ke tiga di mana ramai tidak perasan fasa-fasa sebelumnya.
Baca penjelasan panjang lebar dari Doktor Khairul Faizie sebagaimana dikongsikannya di fbnya, Khairul Faizie.
Ada ramai patient yang datang dengan aduan “saya migraine”. Tapi bukan semua yang kata dia ada migraine tu, sebenarnya hidapi migraine. Bukan semua sakit kepala itu migraine. Jadi jangan buat kesimpulan sendiri jika anda sakit kepala. Ada 1001 diagnosis lain dari brain tumour, hingga lah ke sakit kepala biasa. Hari ini, aku tulis tentang MIGRAINE HEADACHE, apa ciri-ciri nya.
Baca penerangan lengkap dari Dr Khairul Faizie mengenai migraine
Sakit kepala biasa berbeza dengan migraine kerana biasanya sakit migraine bermula dengan sebelah sahaja
Apa itu migraine?
Secara mudahnya untuk faham migraine ialah:
1- Sakit kepala yang cirinya berdenyut-denyut (throbbing pain). Sakit berdenyut-denyut ini agak kuat atau sangat kuat (bukan sakit kepala biasa, sikit sikit)
2- Lokasi sakitnya ialah hanya melibatkan sebelah kepala sahaja / one side of the head, tidak kiralah sebelah kiri, atau kanan.
3- Selain sakit kepala, migraine juga menyebabkan simptom sampingan seperti mual, muntah, mata jadi sensitif pada cahaya, jadi sensitif pada bunyi bising, dan rasa kebas kebas.
3 Perkara ini yang perlu kita faham dan perhatikan, bila datangnya sakit kepala / headache. Tiga perkara ini yang biasanya doktor akan tanya untuk bantu dalam membuat diagnosis tentang punca sakit kepala anda.
Dan setelah semua pemeriksaan berkaitan ( seperti ujian darah, EEG dan CT scan otak ) dijalankan dan di dapati normal, maka mereka yg kerap sakit kepala yang menepati 3 perkara tersebut, adalah selamat utk dikatakan mereka menghidap migraine.
Faktor keturunan? Migraine memang di ketahui ada kaitan dengan faktor keturunan. Dan kajian saintis masa kini mendapati ada unsur genetik yang memainkan peranan dalam migraine.
Peringkat umur? Sebenarnya, semua peringkat umur boleh kena migraine, termasuk kanak kanak. Cuma kes dalam kanak kanak jarang dilaporkan antara sebabnya kanak-kanak kurang memberitahu simptom mereka secara tepat.
Bagaimana migraine di diagnos? Migraine ialah penyakit yang kita diagnosed setelah semua perkara yg mungkin menyebabkan sakit kepala, di ketepikan. ( Diagnosis of exclusion). Makna nya, mungkin anda perlu jalani pelbagai test seperti ujian darah, EEG, CT scan / MRI otak, even test air tulang belakang ( lumbar puncture) untuk doktor mengesan punca sakit kepala kronik anda. Andai semua test ini negatif hasilnya dan ciri ciri sakit kepalanya menepati tiga kriteria yang di tulis di atas, maka diagnosis anda ialah Migraine headache.
Pun begitu, secara umumnya, tak semua pesakit yang disuspek migraine, perlu jalani test yang ditulis tu. Ramai yang di diagnosed based on ciri-ciri simptomnya sahaja dan dengan syarat sakit kepala mereka itu tidak diikuti simptom-simptom lain yang bahaya / warning simptom.
Tahap2 berbeza berkaitan dengan sakit kepala
Punca migraine? Sebenarnya, saintis masih tak dapat jawapan sebenar kenapa ada orang kena migraine. Namun mereka beri beberapa teori seperti perubahan kimia dalam otak dan perubahan saluran darah boleh cetuskan migraine. Dan genetik di dapati ada main peranan.
Walaupun punca kenapa wujud migraine tidak di ketahui, namun terdapat banyak faktor yang boleh datangkan attack migraine, kita panggil ” trigger factor”. Tiggers factor nya ada yang bersifat hormon, environment, physical, emotional dan juga diet pemakanan.
Kena kenal pasti trigger faktor, dan cuba elakkan. Lain orang, lain trigger faktornya.
Antara trigger factornya ialah: – datangnya haid
– stres
– terlampau gembira / murung / kerisauan ( anxiety)
– kurang rehat / kurang tidur
– faktor makanan seperti kafein, coklat, buah buahan citrus. Juga makanan yang ada tyramine seperti daging salai / smoke salmon / makanan berjeruk dan juga sesetengah jenis cheese seperti cheddar cheese.
– faktor environment seperti cahaya terang / panas, cahaya berkelip kelip eg screen TV / komputer, bunyi bising, bauan yang kuat / mengganggu, perubahan cuaca.
Kesakitan melampau ketika migraine membuatkan individu biasanya gagal mengawal emosi di mana dari rasa ceria ia mungkin boleh menimbulkan rasa ketegangan
Fasa–fasa migraine: Sebenarnya, ada empat fasa dalam migraine attack. Namun tak ramai penghidap migraine sedar akan fasa-fasa ini dan majoriti hanya sedar fasa sakit kepala tu je (fasa ke tiga). Penting untuk memahami fasa-fasa migraine ini. Sebab ia akan banyak membantu anda dalam mengawal migraine.
Fasa 1 : Prodrome Ini ialah fasa permulaan / awal dalam attack migraine anda. Ia boleh berlangsung untuk beberapa jam, atau kadangkala hari. Dipanggil juga fasa ‘ pre- headache’ sebab fasa ini berlaku sebelum tibanya simptom sakit kepala. Sekitar 30 % – 40% penghidap migraine akan alami fasa 1 ini.
Antara simptom Fasa 1 ialah: – sakit leher
– rasa penat
– food craving
– mengantuk atau menguap berlebihan
– sembelit atau cirit
– sukar untuk fokus
– rasa sukar utk bertutur / hilang punca perkataan
– perubahan mood seperti rasa murung, rasa resah
Fasa 2 : Aura Sekitar 20 – 25 % penghidap migraine akan alami fasa Aura ini.
Apa maksud aura? Secara mudahnya, aura ini ialah perasaan / rasa yang tidak real, tidak benar benar berlaku.
Ada 2 jenis aura yang biasa di alami oleh pesakit migraine.
Auditory Hallucination dan Visual Hallucination.
Antara simptom Fasa 2 / simptom aura ialah:
– Dengar bunyi yang sebenarnya tidak wujud ( auditory hallucination)
– Nampak perkara yg tidak wujud ( visual hallucination ) seperti nampak flashes of light, nampak wavy lines / garisan beralun, dan juga boleh tidak nampak/ jadi blurred vision, walhal mata& penglihatan sebenarnya normal.
– Vertigo, iaitu perasaan rasa berpusing ( bukan pening)
– Simptom allodynia, iaitu jadi sensitif kepada sentuhan, contohnya orang sentuh kulit kita, kita rasa sakit..ataupun kita letak tangan atas sofa, lengan tu rasa sakit.
Fasa 3: Headache
Ini lah fasa yang majoriti penghidap migraine rasa.
Ajaib nya, ada kes yg mana penghidap migraine tidak alami fasa 3 ini. Makna nya mereka tidak sakit kepala ! Ini dipanggil migraine aura without headache.
Simptom sakit kepala dalam fasa 3 ni di cirikan sebagai:
– sakit berdenyut-denyut
– sakit pada sebelah kepala
– sakit kadangkala berubah dari kiri ke kanan kepala / vice versa
– tempoh sakitnya antara 4 jam ke 72 jam
( bagi sakit kepala berterusan > 72 jam, sila segera ke hospital).
-sakit kepala yang menjadi makin teruk bila buat aktivit fizikal.
– rasa sakit kepala mungkin merebak sakitnya ke bahagian gigi, mata, kawasan sinus ( sebab penglibatan saraf trigeminal di muka).
– rasa mual / muntah
– sakit kepala yg makin meningkat bila ada bauan ( osmophobia), bila ada bunyi ( phonophobia) dan pada cahaya ( photophobia).
Sakit kepala akibat migraine bukan main-main malah ada mereka yang mengalami mengalami kemalangan kerana ketika berlaku sedang memandu
Fasa 4: Postdrome Fasa 4 ni ramai tak sedar mereka alami. Mereka describe rasa lesu / letih lepas sakit kepala migraine. Sebenarnya., itu semua ialah simptom2 fasa 4 ini.
Antara simptom Fasa 4 ialah:
-keletihan
– mood jadi rendah / hilang mood
– sukar beri tumpuan
– sukar buat keputusan
Jenis Jenis Migraine 1) Migraine with aura
Iaitu migraine yang ada simptom aura ( Fasa 2 ) seperti yg dijelaskan.
2) Migraine without aura
Iaitu migraine yg paling ramai alami. Tiada sebarang warning signs ( simptom aura) yg datang sebelum sakit kepala.
3) Migraine aura without headache
Iaitu migraine yang hanya ada simptom aura, tapi tiada simptom sakit kepala.
Maka, fahami dulu penerangan ringkas yang aku tulis ini tentang MIGRAINE, supaya anda ada idea tentang apa itu migraine, dan tidak anggap semua sakit kepala = migraine.
Insya Allah, dalam tulisan berikutnya, aku akan tulis tentang rawatan migraine .
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend memakai face mask adalah antara yang paling diminati oleh remaja seperti korang.
Bukan saja ia menenangkan kulit kerana terasa sejuk sebaik saja diletakkan, tetapi face masuk juga datang dengan kandungan tertentu untuk menyelesaikan masalah kulit wajah.
CUMANYA, kandungan yang mana satu bersesuaian dengan masalah kulit korang?
Jom lihat 7 jenis kandungan face mask yang ada.
01
Whiteheads & Blackheads
Bagi yang mempunyai masalah ini terutamanya di bahagian hidung, korang pasti selalu meng-scrub muka pada setiap minggu.
Untuk meredakan kesan ‘sentalan’ scrub itu, kandungan Alpha Hydroxy Acids (AHA)boleh membantu untuk menanggalkan sel kulit mati dan tak sekata tanpa mengakibatkan kemerahan pada kulit.
02
Kulit Tak Sekata dan Kekuningan
Ini adalah antara masalah biasa di kalangan remaja, terutamanya bagi yang selalu tidur lewat pada setiap malam (me!). Korang memerlukan face mask dengan kandungan Vitamin E kerana ia mempunyai antioksidan ‘padu’ untuk mempercepatkan pemulihan warna kulit tak sekata dengan cara detoks.
Hasilnya, kulit akan kelihatan lebih sihat dan glowing.
03
Kulit ‘Saggy’ dan Berkedut
Jangan terkejut kalau REMAJA katakan yang remaja semuda usia 18 tahun pun sudah ada kulit berkedut! Ini semua gara-gara penggunaan telefon pintar atau gajet berskrin secara berlebih-lebihan. Apabila korang melihat skrin tersebut tanpa henti untuk berjam-jam lamanya, kawasan sekeliling mata dan pipi mudah berkedut kerana mata korang tak mendapat rehat secukupnya.
Ambil face mask yang mempunyai ekstrak buah betikkerana ia mempunyai enzim hebat bagi membaik pulih sel kulit muka secara lifting dan tightening.
Ekstrak buah betik ini juga sesuai untuk pengguna mekap-setiap-hari.
04
Kulit Sun-burnt
Bagi yang selalu berjemur dan bersukan di bawah matahari terik, korang memerlukan face mask dengan kandungan Almond Oil untuk memelihara lapisan kulit serta melembapkan kembali kulit daripada dalaman.
Kulit wajah pun segera pulih daripada rasa ‘bahang’. Face mask Almond oil pun sesuai bagi yang baru saja pulih daripada kecederaan serta parut pada muka.
05
Dark Undereyes
Ini adalah satu lagi simptom biasa di kalangan remaja. Bukan saja disebabkan tak cukup rehat, bagi remaja perempuan yang mengalami sakit senggugut pun selalu mudah berdepan dengan lingkaran mata sembab dan gelap.
Kalau sebut tentang kawasan mata, tentulah kandungan Vitamin C dalam face mask amat penting untuk mengurangkan kegelapan dan pigmentasi pada kulit. Face mask jenis ini juga AMAT membantu jika korang harus menghadiri majlis penting seperti perkahwinan. Pakai saja selama 15 minit sebelum bersolek.
06
Kulit Berminyak dan Alergi
Dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap ini, kita semua berdepan dengan masalah kulit berminyak. Iyalah, takkan nak duduk di dalam rumah saja kan? Oleh itu, semua orang sesuai menggunakan face mask dengan kandungan Witch Hazel.
Ia merupakan ekstrak tumbuhan ubatan yang mampu mengurangkan ‘penghasilan’ minyak dan bakteria yang selalu bermula dari dalam liang pori.
Witch Hazel juga mengetatkan liang pori dan memelihara kulit wajah daripada kerosakan sel selepas berjemur di luar.
07
Kulit Kering
Kalau tak berminyak, mesti ada masalah kulit kering. Setiap tahun bila kita semakin berusia (gitu!), badan kita akan berkurangan Hyaluronic Acid yang mengakibatkan kulit terada dehydrated.
Itu juga adalah faktor utama remaja mendapat kedutan dan liang pori terbuka lebih cepat daripada usia. Jadi korang perlukan kandungan Hyaluronic Acid dalam face mask ini untuk kembali melembapkan kulit.
*****
Untuk pengetahuan korang, kesemua kandungan ini sebenarnya ada di dalam packaging 7 jenis face mask yang dikeluarkan oleh jenama Reneuf. Menariknya, bukan saja ia dapat membantu masalah kulit dengan kandungan berbeza, tetapi ia juga didatangkan dengan sijil HALAL yang telah diperakui oleh JAKIM!
7 jenis kandungan untuk 7 masalah kulit.
So tak perlu takut atau was-was jika menggunakannya. Korang boleh mendapatkannya di Isetan, Robinsons’, SaSa, SOGO dan farmasi terpilih pada harga RM9.90 sekeping.
Jadi, masalah kulit yang mana sedang korang hadapi?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Organisasi Miss Universe, di bawah kepimpinan baharu JKN Global Group telah memperkenalkan mahkota baharu hari ini bertempat di True Icon Hall di Bangkok, Thailand. Mahkota tersebut akan julung kalinya digayakan oleh pemenang baharu Miss Universe 2022 yang bakal dimahkotakan pada 14 Januari 2023 di New Orleans, Amerika Syarikat.
Digelar sebagai ‘Force for Good’, mahkota ini merupakan hasil idea kreatif jenama perhiasan kemas terkenal, Mouawad. Jenama tersebut juga merupakan pembuat mahkota yang sebelum ini. Dengan rekaan terbaharu, mahkota Force for Good menjadi mahkota ke-12 pertandingan Miss Universe dan mahkota kedua daripada jenama terkenal dunia itu.
Menurut Anne Jakkaphong Jakrajutatip yang merupakan pemilik baharu Miss Universe, mahkota Force for Good itu boleh dilihat sebagai mahkota yang bakal kekal lama. Dia melancarkan mahkota pada acara itu di samping Natalie Glebova, Miss Universe 2005 dan Apasra Hongsakula, Miss Universe 1965.
Mahkota itu dihiasi dengan tatahan berlian dan nilam biru dianggar benilai lebih USD6 juta atau kira-kira RM26 juta. Menjadikan ia lebih mewah, mahkota itu menampilkan nilam biru diraja sebesar 45.14 karat untuk menghiasi bahagian tengah rekaan. Ia melambangkan kebaikan dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.
Reka bentuk mahkota itu mencerminkan kepercayaan organisasi Miss Universe bahawa masa depan dunia akan dibentuk oleh wanita yang bersedia untuk menolak semua halangan yang mendatang serta menggalakkan perubahan positif.
Pertandingan Miss Universe kali ke-71 yang akan datang menyaksikan lebih 80 peserta bakal merebut gelaran hebat itu. Malaysia turut akan bertanding menerusi perwakilan oleh Lesley Cheam yang merupakan seorang pengacara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!