
Baru-baru ini, jaguh beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah berjaya meraih gelaran pertama pada musim ini apabila muncul sebagai juara bagi kejohanan berstatus Super 500 Terbuka Thailand di Bangkok, Thailand pada Ahad, semalam.
Memetik laporan Sinar Harian, kejayaan duo berstatus keempat dunia itu melakar kejayaan tersebut selepas menumpaskan gandingan baharu, Jeong Na-eun dan Lee Yeon-woo yang menghuni ranking ke-105 dunia.
Dalam pada itu, kemenangan 2-0 ke atas gandingan Korea Selatan tersebut menjadi tonik tambahan buat pasangan negara yang bakal menggalas cabaran Malaysia dalam saingan Masters Malaysia di Bukit Jalil bermula pada Selasa ini.

Walaupun ditentang hebat gandingan dari negara Ginseng itu, Pearly-Thinaah yang dibimbing oleh Rosman Razak bagaimanapun tenang mengawal gelanggang dan menang 21-16 pada set pertama.
Walaupun begitu, Na-eun dan Yeon-woo kemudian memperkemaskan corak pemainan, namun pengalaman memisahkan Pearly-Thinaah yang mengesahkan kemenangan 21-17 dalam masa 57 minit permainan.

Sementara itu, pasangan negara yang dikaitkan dengan kemelut berkaitan kontrak bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu membawa pulang AS$37,525 (RM161,191), manakala pasangan Korea Selatan pula meraih AS$18,050 (RM77,535) menerusi kejayaan tersebut.
Sebagai rekod, ini merupakan pentas final kedua buat Pearly-Thinaah selepas muncul naib juara Masters Indonesia yang diadakan pada awal tahun ini.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula Dengan Percutian Di Jeju, Wanita Ini Kini Usahawan Pelancongan Berjaya Korea

Siapa sangka anak Malaysia mampu berjaya di bumi Korea.
Seawal usia 29 tahun, Kina telah pun bergelar Pengarah di syarikat miliknya bersama suami iaitu Jeju Muslim Travel. Suaminya, Muhd Syafiq Idris bertindak selaku CEO. Mereka turut mengusahakan bisnes Kereta Sewa Jeju.

“Pada tahun 2014, saya melancong ke Jeju bersama dua rakan. Waktu itu kami masih bujang. Tiba di Jeju, saya terus jatuh cinta dengan keindahan Jeju.
“Ketika itu saya baru habis degree dan dalam usaha mencari tempat untuk sambung Master di Korea. Akhirnya saya dapat melanjutkan pengajian peringkat Master jurusan Art & Design di Jeju National University.
“Sepanjang bergelar pelajar, untuk menampung hidup di sana macam-macam kerja saya buat seperti mengajar bahasa Inggeris, ambil upah lukis inai, jadi personal shopper sampailah saya mulakan Jeju Muslim Travel,” kongsi ibu anak dua ini.

Kina berkahwin ketika dia masih bergelar pelajar di Jeju. Suaminya berhenti kerja dan memberi tumpuan penuh terhadap bisnes pelancongan mereka yang baru bermula ketika itu.
“Ramai yang mesej saya di Instagram dan Facebook bertanyakan tip travel ke Jeju. Saya pun dapat idea untuk menjadi pemandu pelancong. Dari situlah saya bermula sebagai supir Jeju.
“Sepanjang menjadi supir saya banyak belajar tentang bisnes pelancongan. Setelah beberapa bulan kami mula menjual pakej lengkap. Maka tercetuslah Jeju Muslim Travel.

“Syukur, sambutan sangat baik dari semasa ke semasa. Bermula hanya 8 pelanggan sebulan sampailah mencecah 250 pelanggan sebulan.
“Jeju Muslim Travel berjaya menarik minat AirAsia untuk membuka direct flight ke Jeju. Jeju Muslim Travel satu-satunya syarikat pelancongan Malaysia berdaftar dan berlesen dengan Jeju Tourism Organization.”

“Saya dan suami sama-sama mencari idea bagaimana untuk menarik pelanggan yang tak berminat untuk menempah pakej pelancongan. Suami cadangkan untuk sewakan kereta maka tercetuslah bisnes Kereta Sewa Jeju.”
MOMEN INDAH BERSAMA SUAMI
“Ketika bisnes baru bermula, setiap awal pagi kami akan naik kereta menuju ke hotel untuk ambil pelanggan. Saya bawa satu group pelanggan, suami pula bawa group pelanggan yang lain. Selalunya kami akan ke tempat-tempat lawatan yang sama, rasa macam bekerja sambil dating.”

Menurut Kin, sepanjang dia menetap di luar negara banyak perkara baru yang dipelajari seperti budaya, bahasa, survival skill dan communication skill.
“Dapat belajar lebih banyak tentang diri sendiri, menjadi lebih sabar, berani, berdikari dan tak mudah putus asa. It makes me learn all the time and all those learning make me a better person every day.”

TIP PERCUTIAN KE JEJU OLEH KINA OMAR
- Bawa wang USD jika mahu menukar wang di Jeju kerana semua money changer di Jeju tidak menerima mata wang Ringgit.
- Jika anda tak berniat untuk ambil pakej pelancongan, disarankan untuk menyewa kereta kerana pengangkutan awam di Jeju tak semudah di Seoul. Tempahan kereta sewa perlu dibuat 2-3 bulan awal, jangan last minute. Setiap pemandu WAJIB ada International Driving Permit.
- Rancang perjalanan anda. Dicadangkan 1 hari di East Jeju, 1 hari di South Jeju, 1 hari di West Jeju dan 1 hari di North Jeju. Kira-kira 4 hari diperlukan untuk jelajah Jeju selengkapnya.
- Bagi yang menyewa kereta ketika musim sejuk, lihat dulu ramalan cuaca 2-3 hari sebelum bertolak. Jika Jeju akan bersalji ketika trip anda, sewa snow chain dari syarikat kereta sewa.
Wah, menarikkan perkongsian Kina ni, bangga kita ada anak Malaysia yang berjaya cipta perniagaan di luar negara.
Kredit : Majalah Nona
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suami ‘Angkat Tangan’, Lesti Kejora Buat Laporan Keganasan Rumah Tangga Terhadap Rizky Billar

Tiada pasangan yang tak pernah bergaduh atau alami salah faham walaupun sekali. Keadaan ini sebenarnya normal dan sihat untuk setiap pasangan. Orang tua kata gaduh tandanya sayang, betul tak?
ARTIKEL BERKAITAN : Rizky Billar & Lesti Kejora Menikah, 300K Orang Tonton Resepsi Di Instagram! – REMAJA

Tapi bila pergaduhan tersebut menjadi teruk ia digelar keganasan rumah tangga. Ia bukan sesuatu yang perlu didiamkan. Terbaru, berita kurang menyenangkan datang dari rumah tangga pasangan selebriti, Lesti Kejora dan Rizky Billar menjadi perhatian netizen. Rabu lalu, Lesti Kejora diketahui membuat laporan polis berkaitan Kekerasan Dalam Rumah Tangga atau KDRT.
Mengikut KOMPAS.com, dakwaan keganasan rumah tangga melibatkan Lesti Kejora dan Rizky Billar segera menjadi perhatian ramai pihak. Hal ini kerana, kedua-duanya diketahui sering menunjukkan kemesraan dan keharmonian bersama dalam pelbagai majlis. Bukan itu sahaja, menerusi laman sosial, pasangan suami isteri itu juga diketahui sering memuat naik detik-detik bersama di media sosial.
Buat Laporan Keganasan Rumah Tangga
Lesti Kejora yang ditemani peguam bela, membuat laporan berkaitan dakwaan keganasan rumah tangga yang dilakukan suaminya, Rizky Billar.

Sementara Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Jakarta Selatan, Nurma Dewi turut menyatakan bahawa menurut apa yang didakwa Lesti, suaminya adalah pelaku yang dimaksudkan. Dewi juga menyebut bahawa bukti dalam bentuk bedah siasat akan dilakukan bagi menjadi fakta sokongan terhadap laporan yang dilakukan.
“Kalau menurut saudari Lesti, adalah KDRT yang dialaminya. Menurut beliau adalah suaminya pelakunya,” ujarnya.

Dicekik Dan Dicampak
Menurut Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya, Endra Zulpan, individu yang dilaporkan cuba menolak mangsa ke atas katil selain mencekik lehernya. Bukan itu sahaja, Endra Zulpan turut memberitahu Lesti Kejora menerima lebih banyak keganasan fizikal.
“Orang yang dilaporkan cuba menarik tangan mangsa ke arah bilik air dan mencampakkan mangsa ke lantai dan berulang kali. Sehinggakan tangan kanan, dan kini leher serta badannya berasa sakit. Disebabkan kejadian ini mangsa berasa sakit, ” katanya.
Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik jela untuk pasangan romantis ini. Moga hal ini diselesaikan dengan baik. Untuk info, Lesti Kejora dan Rizky Billar mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
BACA : #GirlPower: Kaya Menerusi Dangdut Walaupun Berhijab, Siapa Lesty Kejora? – REMAJA
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rambut Mullet Tengku Hassanal Jadi Bualan Netizen – ‘Mullet Era Is Backkk..’

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Raja Muda Pahang yang sering mencuri perhatian ramai bukan sahaja kerana keperibadiannya yang mesra rakyat, tetapi juga kerana gaya hidup dan penampilannya yang menawan.
ARTIKEL BERKAITAN : “Jangan Putus Asa Mencuba, Ini Permulaan Untuk Semua”- Pesan Tengku Hassanal Kepada Lepasan SPM
Tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok milik @hudahpr yang meraih perhatian ramai. Video tersebut kini meraih jumlah tontonan sebanyak 385 ribu, tanda suka sebanyak 20 ribu, dan sebanyak 237 komen.

Di dalam video tersebut, kelihatan Tengku Hassanal yang sedang beramah mesra dengan rakyat jelata. Namun, apa yang menarik perhatian adalah gaya potongan rambut Tengku Hassanal yang membuatkan ramai jatuh hati melihatnya.
@hudahpr Allahu dekat sangat ni, jantung sy lemah 😜 #tengkuhassanal #hariterbukatudm2024 #tudm #kuantan #pahang ♬ Cintanya Aku by Tiara Andini English version – 🦋
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Tengku Hassanal kelihatan bertambah kacak apabila membuat rambut sebegitu. Gaya rambut mullet yang digayakan Tengku Hasanal ini pernah popular pada era 80-an dan 90-an dulu kini kembali mencuri perhatian ramai.
Fakta Menarik Tentang Gaya Rambut Mullet

Gaya rambut ini dikenali dengan potongan yang pendek di bahagian depan dan sisi, tetapi panjang di bahagian belakang. Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang gaya rambut mullet:

- Asal Usul Nama “Mullet” Nama “mullet” dipercayai berasal dari lagu “Mullet Head” oleh Beastie Boys yang dikeluarkan pada tahun 1994. Dalam lagu tersebut, mereka menggambarkan gaya rambut ini dengan terperinci dan mempopularkan istilah “mullet” untuk gaya tersebut.
- Gaya Rambut Simbol Pemberontakan Pada era 80-an dan 90-an, gaya rambut mullet sering dikaitkan dengan golongan muda yang ingin memberontak terhadap norma-norma sosial. Gaya ini melambangkan kebebasan dan individualisme.
- Popular di Kalangan Pemuzik dan Atlet Banyak pemuzik rock dan atlet terkenal memilih gaya rambut mullet sebagai identiti mereka. Antara yang paling terkenal ialah Billy Ray Cyrus, penyanyi country yang popular dengan lagu “Achy Breaky Heart”, serta pemain hoki seperti Jaromir Jagr.
- Kembali Popular dalam Budaya Pop Gaya rambut mullet mengalami kebangkitan semula dalam budaya pop moden. Selebriti dan ikon fesyen masa kini mula menggayakan rambut mullet, menjadikannya kembali popular dan relevan. Tengku Hassanal, Raja Muda Pahang, adalah salah satu contoh terkini yang mencetuskan fenomena ini di Malaysia.
Rambut ‘Mullet’ Tengku Hassanal Jadi Bualan, Fakta Menarik Style Ini
- Pelbagai Variasi Mullet Terdapat pelbagai variasi gaya rambut mullet, termasuk “fashion mullet” yang lebih terkini dan moden. Potongan ini mungkin lebih pendek atau lebih panjang, dan boleh disesuaikan dengan tekstur dan panjang rambut individu.
- Gaya Rambut yang Praktikal Gaya rambut mullet dianggap praktikal kerana membolehkan individu mengekalkan panjang rambut di bahagian belakang sambil menjaga penampilan yang kemas dan rapi di bahagian depan. Ini menjadikannya sesuai untuk mereka yang menginginkan gaya rambut yang unik tetapi masih mudah dijaga.
- Simbol Identiti Kebudayaan Dalam sesetengah kebudayaan, gaya rambut mullet dianggap sebagai simbol identiti dan warisan. Sebagai contoh, di Australia, gaya rambut ini dikenali sebagai “bogan style” dan dikaitkan dengan budaya tempatan tertentu.
Gaya rambut mullet bukan sekadar potongan rambut, tetapi juga merupakan simbol budaya, individualisme, dan pemberontakan. Dengan variasi yang lebih moden dan kontemporari, gaya rambut mullet terus relevan dan diminati oleh pelbagai golongan, termasuk pemimpin muda seperti Tengku Hassanal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

