Ads
Home Sukan #GirlsPower: Pearly Tan-M.Thinaah Akhiri Penantian 10 Tahun! Raih Emas Beregu Wanita Di...

#GirlsPower: Pearly Tan-M.Thinaah Akhiri Penantian 10 Tahun! Raih Emas Beregu Wanita Di Sukan SEA 2025

Baru-baru ini, penantian selama sedekad akhirnya berakhir apabila gandingan jaguh beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah berjaya menghadiahkan pingat emas kepada kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA Thailand 2025, sekaligus menamatkan kemarau kejuaraan yang membelenggu acara itu sejak 2015.

Difahamkan, pasangan yang menghuni ranking kedua dunia itu menampilkan aksi bertenaga dan penuh disiplin untuk menewaskan wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari, dalam pertarungan sengit tiga set pada perlawanan akhir yang berlangsung sebentar tadi.

Dalam pada itu, menerusi sebuah perkongsian Facebook Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menzahirkan penghargaan terhadap kejayaan bersejarah duo kesayangan negara itu.

“Terima kasih untuk emas. Sepuluh tahun menunggu dan akhirnya, detik yang dinanti telah tiba. Penampilan pertama Pearly Tan dan M Thinaah di pentas Sukan SEA telah menghadiah pingat emas buat negara,” tulisnya.

#GirlsPower: Pearly Tan-M.Thinaah Akhiri Penantian 10 Tahun! Raih Emas Beregu Wanita Di Sukan SEA 2025 #GirlsPower: Pearly Tan-M.Thinaah Akhiri Penantian 10 Tahun! Raih Emas Beregu Wanita Di Sukan SEA 2025

Ads

Pada masa yang sama, beliau menyifatkan kemenangan tersebut sebagai hadiah kepada sokongan, harapan dan doa peminat badminton negara setelah sekian lama menantikan kejayaan beregu wanita di Sukan SEA.

Di samping itu, pada set pertama, juara Masters Jepun itu tidak berdepan masalah besar apabila mengawal permainan dengan kemas sebelum menamatkan set berkenaan dengan keputusan 21-16 ke atas pasangan Indonesia.

Ads

Namun, cabaran getir menanti pada set kedua apabila Pearly-Thinaah yang mendahului 7-1 pada awal permainan gagal mengekalkan momentum, sekaligus memberi ruang kepada lawan untuk bangkit dan mengheret perlawanan ke set penentuan selepas tewas 21-19.

#GirlsPower: Pearly Tan-M.Thinaah Akhiri Penantian 10 Tahun! Raih Emas Beregu Wanita Di Sukan SEA 2025 #GirlsPower: Pearly Tan-M.Thinaah Akhiri Penantian 10 Tahun! Raih Emas Beregu Wanita Di Sukan SEA 2025

Ads

Pada set ketiga menyaksikan kedua-dua pasangan saling berbalas serangan dalam tempo permainan yang semakin meningkat, dengan kesilapan kecil menjadi pemisah. Meskipun jelas keletihan, semangat juang tinggi Pearly-Thinaah membolehkan mereka kekal fokus sehingga memastikan kemenangan 21-17.

Bagaimanapun, pukulan terakhir Pearly menjadi penamat perlawanan sekaligus menghadiahkan pingat emas beregu wanita pertama Malaysia dalam tempoh 10 tahun, selepas kali terakhir dimenangi oleh Amelia Alicia Anscelly dan Soong Fie Cho pada Sukan SEA 2015 di Singapura.

Sementara itu, kejayaan tersebut bukan sahaja melakar emas pertama buat Malaysia dalam acara badminton pada edisi kali ini, malah turut menjadi kilauan emas peribadi pertama Pearly dan Thinaah di pentas Sukan SEA, menjadikan kemenangan itu lebih bermakna buat kedua-duanya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads