Kalau selama ini korang jenis suka kumpul saman dan rasa gerun kalau tak bayar saman dikeluarkan oleh pihak polis, ada berita baik mulai semalam 25 Mac hingga 14 April 2021 sempena Hari Polis 2021.
Berdasarkan penerangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pembayaran menerusi portal dan aplikasi itu membolehkan orang ramai membuat pembayaran saman secara dalam talian dengan lebih mudah.
Ini merupakan satu inisiatif yang amat terpuji oleh PDRM kerana mampu memberikan kepada orang awam untuk melakukan pembayaran tanpa perlu beratur dan bersesak di kaunter bayaran sedia ada. Bahkan, penjarakan sosial serta pematuhan kepada SOP di musim wabak pandemik ini dapat diikuti.
Tapi korang masih kurang jelas bagaimana untuk membayar saman ini, mungkin perkongsian seorang pengguna Facebook dengan nama Atikah Puat ini boleh membantu.
Harini PDRM dah buat diskaun saman separuh harga. Haa pegi la bayar saman tu. Jimat dah dari RM160 dapat RM80, balance RM80 kita bersidang di KFC ye. Tapi masih jaga penjarakan sosial ya. Thanks me later. Promo till 11/4/2021.
Secara umumnya, diskaun saman 50% sempena Hari Polis 2021 ini adalah untuk semua jenis saman KECUALI:
Ads
Saman Kemalangan Tahun 2020 & 2021
Saman status No Compound (NC) Tahun 2018 / 2019 / 2020 & 2021
Saman status bicara mahkamah (m)
Saman Berkaitan Kesalahan M / Lori
Saman Potong Secara Bahaya / Potong Q Tahun 2020 / 2021
Smana menggunakan lorong kecemasan Tahun 2020 / 2021
Saman jalan semasa lampu isyarat merah Tahun 2020 / 2021
Saman potong di garisan berkembar tahun 2020 /2021
Saman berkaitan ubahsuai ekzos yang dikeluarkan bermula 1/3/2021
**Tertakluk kepada terma dan syarat
Marilah since ramai tanya macam mana nak setelkan saman. Step by step dekat gambar ye anak anak.
Step 1
Mula mula login je https://mybayar.rmp.gov.my/en ikut link ni.
Ads
Register macam biasa. New user tu nak sign up la ye. Sign in tu login je kalau dah ada akaun.
Step 2
Step 3
Ads
Ni dah siap bayar. Nanti kalau dah siap bayar. Dia akan kasi notifikasi dah langsai korang bayar tu. Ha mudah kan. Jangan lupa save resit untuk disimpan.
Step 4
Akhir kata inilah resit yang berjaya dah bayar.
Harap perkongsian ini membantu korang semua.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah buat masyarakat Malaysia, jika sebelum ini Malaysia diantara negara miliki kadar vaksinasi terpantas dunia menurut The Sydney Morning Herald.
Terkini, Malaysia turut menduduki tempat ke-10 dalam ranking negara-negara dunia yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, mengikut kemaskini ‘Tracking Coronavirus Vaccinations Around the World‘ New York Times hari ini.
Kemaskini di laman web COVIDNOW, 94.9 peratus populasi dewasa telah lengkap vaksinasi dan berdasarkan laporan tersebut, 77 peratus daripada populasi Malaysia lengkap vaksinasi, manakala 80 peratus telah menerima vaksin COVID-19. Ia meletakkan Malaysia di tangga ke-14 dalam senarai negara dunia yang menerima sekurang-kurangnya satu daripada dos vaksin berkenaan. Pun begitu, hanya 1.1 peratus penduduk di Malaysia dilaporkan telah menerima suntikan dos tambahan.
Sementara itu, negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) berada di tangga pertama bagi populasi dunia yang telah menerima vaksinasi dan lengkap vaksinasi, di mana lebih 99 peratus penduduk negara tersebut telah menerima suntikan vaksin COVID-19.
Menurut New York Times, lebih daripada 4.02 billion (52.3 peratus) populasi dunia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat ini, manakala 41 peratus daripada jumlah tersebut telah lengkap vaksinasi.
Negara jiran kita Singapura pun tersenarai di tangga ke empat dunia yang telah lengkap vaksinasi COVID-19. Moga penduduk bumi dapat terus melawan virus yang telah meragut jutaan nyawa ini.
Sebut saja nama Dato’ Rizalman Ibrahim, pastinya satu Malaysia sudah mengenali ikon fesyen ternama tanah air ini. Beliau bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah juga di rantau Asia Tenggara.
Terbaru, Dato’ Rizalman dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Perkhabaran tersebut telah dimaklumkan melalui laman instagram miliknya sendiri sebentar tadi.
Dato’ Rizalman melalui catatannya telah meluahkan rasa kesyukuran dilantik jawatan berkenaan dan menyatakan akan menjalankan tanggungjawab tersebut dengan baik.
A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on Oct 16, 2020 at 1:48am PDT
yang terikat itu baldi yang dalam itu telaga yang manis itu budi yang ilmu itu harta
Saya berjanji selagi hayat terkandung sebagai seorang rakyat Malaysia, sebagai bangsa Melayu, sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan sebagai makhluk ciptaan Allah SWT.. saya pasti berkhidmat selagi diperlukan bakat dan kederat. . #uitm #uitmdihatiku
Terima Kasih tidak terhingga pada pengurusan Rizalman Ibrahim of Companies serta Yayasan RI di atas klip ini.
Malah, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira pelantikan tersebut yang menyifatkannya sebagai sangat sesuai.
Melalui semakan di laman Twitter, rata-rata warganet masing-masing meluahkan rasa senang mereka kerana merasakan layak memikul jawatan itu.
Antara komen-komen netizen:
Hatta Dolmat juga sempat meninggalkan komen.
Untuk info, Dato’ Rizalman bukan sahaja pereka fesyen tersohor namun beliau juga merupakan alumni UiTM graduan Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) UiTM . Jadi memang layak la beliau memegang jawatan tersebut.
Terdahulu, Vivy telah dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah universiti berkenaan pada Mei tahun lalu.
Tahniah kami ucapkan buat Dato’ Rizalman Ibrahim atas perlantikan ini dan semoga terus maju jaya di masa akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dua minggu lalu kita dapat menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Cincin, kali ini sekali lagi bagi peminat dunia astronomi berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang akan bermula awal tengah malam hingga menjelang Subuh hari Sabtu ini, 11 Januari 2020.
Kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari yang ‘hampir’ sejajar akan menyebabkan Bulan memasuki kawasan bayang-bayang Bumi. Namun kali ini Bulan hanya akan masuk di dalam kawasan bayang-bayang Bumi yang tidak gelap, yang dikenali sebagai penumbra.
Sebagai ulangkaji, disebabkan cahaya Matahari yang kelihatan daripada Bumi datang daripada sumber yang berbentuk bulatan (kerana Matahari berada dekat dengan Bumi), maka Bumi bayang-bayang yang terhasil di angkasa lepas akan mempunyai 2 bahagian, umbra (Dzil لظ ) dan penumbra (Syibhu Dzil لظلا هبش )
Bahagian umbra ialah bahagian paling dalam dan paling gelap. Di sini jampir keseluruhan cahaya Matahari akan terlindung (kecuali sebahagian kecil cahaya yang akan terlepas akibat biasan atmosfera Bumi).
Bahagian penumbra pula ialah bahagian bayang-bayang di sebelah luar dan kurang gelap.
Simulasi pergerakan Bulan merentasi sempadan bayang-bayang penumbra Bumi.
Di dalam kes Gerhana Bulan nanti, jasad Bulan akan hanya bergerak di kawasan sempadan penumbra sahaja. Cabarannya di sini ialah kesan penumbra ini amat kecil malah boleh dikatakan hampir mustahil untuk kita lihatnya dengan mata kasar.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, kesannya tidak dapat dilihat dengan mata, tetapi menerusi gambar yang dirakam menerusi kamera dan dilakukan sedikit perubahan dari segi pencahayaan menerusi aplikasi grafik, kita boleh melihat sedikit shading ‘redup’ di dalam satu bahagian sisi Bulan.
Kawasan ‘redup’ itu akan berada bersempadanan dengan kawasan sempadan bayang-bayang umbra.
Bilakah ia akan berlaku?
Fasa Gerhana Bulan Penumbra ini adalah seperti berikut:
Gerhana Bulan Penumbra bermula – 1:07 am waktu Malaysia
Kemuncak Gerhana Bulan Penumbra – 3:09 am waktu Malaysia
Gerhana Bulan Penumbra tamat – 5:12 am waktu Malaysia
Keseluruhan Asia, Eropah, Afrika dan Australia akan dapat menyaksikan fenomena ini.
Secara teknikalnya, 89% diameter Bulan akan berada di dalam kawasan bayang-bayang penumbra.
Perlukah Solat sunat Gerhana?
Jawapan yang diberikan oleh beberapa pegawai Falak negeri-negeri (Ustaz Haji Hardi Bin Mohamad Sadali, Ketua Bahagian Falak Negeri Selangor dan Ustaz Mohd Faizal Bin Jani, Ketua Pegawai Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak) mengenai persoalan ini ialah solat gerhana tidak disyariatkan untuk fenomena kali ini.
Ini adalah kerana kesan gelap tidak mudah dilihat dengan mata kasar, dan para ulama telah meletakkan syarat kesan gelap ini harus jelas dan mudah dilihat. Oleh itu, disebabkan Bulan masih berada di dalam kawasan bayang-bayang penumbra, maka kesan sempadan gelap umbra itu tidak kelihatan.
Jika kita lihat nanti, warna putih Bulan yang akan kelihatan sedikit ‘suram’ di salah satu sisi Bulan itu nanti mudah akan kita terkeliru dengan benda lain, seperti lapisan awan. Berbeza dengan ketika Bulan memasuki bayang-bayang umbra, kesan gelapnya amat ketara malah warnanya pun kelihatan hitam pekat dan kemerahan.
Kajian
Bidang Falak ini amat hebat dengan ilmuwan Islam sejak ratusan tahun dahulu tekun dan rajin memerhatikan kejadian langit dan tak jemu-jemu meneliti jika ada perubahan dan sentiasa berusaha menambaik pengiraan dan model sedia ada. Fenomena gerhana bulan ini merupakan salah satu daripadanya.
Ustaz Mohd Faizal Bin Jani, Ketua Pegawai Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Perak
Gerhana kali ini, kita sebagai orang awam turut berpeluang menyumbang dalam satu kajian unik. Sejak beberapa tahun lalu, Ustaz Mohd Faizal telah berusaha mengumpul data-data kenampakan bayang-bayang penumbra ketika berlakunya gerhana bulan.
Untuk fenomena 11 Januari 2020 ini, sekali lagi beliau meminta bantuan anda semua untuk memerhatikan perubahan (samada ada atau tidak) terhadap Bulan ketika gerhana nanti. Hasil pemerhatian itu nanti hendaklah diisikan menerusi Google Form yang telah disediakan.
Peluang ini amat bagus untuk kita melatih diri kita melihat sendiri sifat-sifat jasad langit dengan pemerhatian sendiri dan tidak dipengaruhi oleh unsur luar.
Saya sarankan agar kita sama-sama membantu beliau.
Antara fakta menarik lain
Gerhana Bulan Penumbra ini berlaku 2 minggu selepas Gerhana Matahari Cincin 26 Dis 2019 lepas
Gerhana Bulan Penumbra sekali lagi akan berlaku pada 6 Jun 2020.
Bulan akan berada di dalam buruj Gemini berhampiran 2 bintang terang, Castor dan Pollux
Sumber : Falak Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!