Sudah lebih kurang seminggu sektor perniagaan panggung wayang dibenarkan beroperasi setelah kira-kira tiga bulan terpaksa ditutup gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan.
Menjalankan perniagaan dengan norma baru yang perlu mengikut SOP ditetapkan, penonton juga perlu akur apabila tempat duduk di dalam pawagam perlu dijarakkan selang satu kerusi kerana mengikuti SOP yang telah ditetapkan.
Walau bagaimanapun, disamping kita membiasakan diri dengan norma baru yang ditetapkan oleh pihak pawagam, apa yang menariknya mereka turut menawarkan pelbagai promosi menarik untuk orang awam.
.. yang penting promosi ditawarkan ini adalah sangat berbaloi.
Jom kita lihat antara promosi daripada pawagam-pawagam tanah air.
Ads
1. Tiket wayang hanya RM5 untuk tayangan semula filem-filem terpilih di MBO Cinemas
• Spider-Man Far From Home
• Venom
• Pee Nak 2
• Bloodshot
• Spider-Man Home Coming
2. Tiket wayang hanya RM5 untuk tayangan semula filem-filem terpilih di GSC
• Spider-Man Home Coming
• Venom
• Jumanji: Welcome To The Jungle
• Bloodshot
• Pee Nak 2
• Baaghi 3 Walter
• Spider-Man Far From Home
• Jumanji The Next Level
• Train To Busan
Ads
3. Tiket Wayang IMAX dan INDULGE hanya RM10
4. Indulge promo package
Ads
5. Buy 1 Free 1
6. Hot Deals, RM5 sahaja
Ada banyak lagi tawaran menarik yang korang boleh lihat di laman media sosial rasmi mereka. Jika ada kesempatan, bolehlah sama-sama kita menonton di pawagam untuk membantu menaikkan semula industri ini setelah berbulan lamanya tidak beroperasi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, dunia dikejutkan dengan satu berita yang menyanyat hati apabila berlaku tragedi gempa bumi di negara Turkiye dan Syria sehingga mengakibatkan kemusnahan harta benda yang teruk selain jumlah mangsa yang terkorban semakin meningkat bagi kedua negara itu.
Tidak hanya duduk diam dengan tragedi tersebut, negara-negara dari seluruh dunia mengambil inisiatif menawarkan bantuan kepada Turkiye dan Syria untuk turut sama terlibat dalam misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa tragedi gempa bumi kuat yang meragut lebih empat ribu nyawa, setakat ini.
Antara yang sedang menghantar bantuan adalah Kesatuan Eropah yang mengerahkan beberapa pasukan penyelamat ke Turkiye.
“Pasukan-pasukan dari Belanda dan Romania sedang dalam perjalanan ke sana (Turkiye),” kata Komisioner Pengurusan Krisis EU, Janez Lenarcic menerusi laman Twitter.
Selain itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron pula berkata, Paris sedia memberikan bantuan kecemasan kepada Turkiye dan Syria untuk meringankan usaha menyelamat.
“Kami berdiri teguh bersama semua keluarga yang terlibat,” ciapnya menerusi Twitter miliknya.
Kredit foto: AFP
Tidak ketinggalan adalah Russia dengan Presiden Vladimir Putin menghantar pesanan kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad dan rakan sejawatnya dari Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
“Kami berharap semua mangsa yang cedera segera sembuh. Russia bersedia untuk menyediakan bantuan yang diperlukan untuk mengatasi impak daripada bencana alam ini,” kata Putin.
Selain itu, antara negara lain yang menawarkan bantuan termasuk Britain, Ukraine, Sepanyol, Iran, Poland, Republik Czech, Malaysia dan Switzerland.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sikap suka membuat perbandingan dari aspek material bagi pemilihan pasangan salah satu sebab mengapa perhubungan cinta yang terjalin antara gadis dan lelaki bujang putus di tengah jalan.
Lebih teruk jika dapat bakal mak mentua yang masih memandang kebendaan selain menganggap kerja kerajaan itu lebih menjamin masa depan anaknya selepas berkahwin kelak.
Kisah percintaan yang “terputus” di tengah jalan gara-gara bekas kekasih dan maknya mahukan menantu kerja kerajaan membuatkan gadis ini bangkit memajukan dirinya. Lebih buat bekas kekasihnya menangis berguling-guling selain mak mentua yang confirm juling matanya, gadis ini berjaya membuktikan tanpa kerja kerajaan pun dia mampu membeli kereta berjenama mewah Mercedes Benz selain membeli rumah mewah untuk tempatnya berteduh dengan hanya bekerja sebagai perunding kewangan (kalaulah makcik tahu lebih asyuk gajinya dari kerja kerajaan mesti makcik tu menangiskan, hikz).
So korang, kisah perkongsian @RozmizaRozman di twitternya ini boleh dijadikan inspirasi. Ada orang bila sering dihina, dia akan bangkit tapi ada juga yang down sangat-sangat. Tapi apa yang pasti, bila down korang kena bangun dan buktikan korang boleh berjaya sepertinya.
@RozmizaRozman SEGALANYA BERMULA DI SINI
My Ex and my Ex family keep pushing me down.
"Mak Cik nak menantu GOV SERVANT" – Mama my Ex
"Awak tu asal family susah, jangan berangan nak beli VolkSwagen, tak mungkin dapat"
Ini kata-kata yang amat menyakitkan pernah didengarinya sepanjang dia menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya.
Menurut Rosmiza, ibu bekas kekasihnya mahukan seorang menantu yang bekerja tetap, iaitu kerja kerajaan sedangkan dirinya berasal dari keluarga susah selain keterbatasan ekonomi.
Menurut Rosmiza lagi, dia kenal bekas kekasihnya dari umur 16 tahun lagi. Masing-masing support each other lagi sampai dapat result SPM.
“Saya dapat 6 A, dia dapat 4 A.
“Saya masuk matrikulasi , dia masuk UiTM. Seorang ke utara dan seorang ke Selatan. Semua going on. Tapi masa dia dia kat UiTM, dia kantoi dengan saya sekali dia ada perempuan lain. Tapi perempuan tu dah kahwin sekarang.
Tapi kata orang jodoh nie memang perlukan sokongan dari keluarga kedua belah pihak.
"Saya ingat lagi masa jumpa maknya, mak dia ok lagi. Tapi kakaknya cakap saya bukan dari level keluarga dia.
YA, SAYA ANAK PENIAGA TEPI JALAN, MAK AYAH SAYA MISKIN
Tapi kita orang berkawan lagi, saya masuk Degree UiTM, dia decide keluar UITM dan masuk SPA study diploma, apa tah tapi jadi pembantu perubatan sekarang.
Saya ingat lagi, cakap lepas habis belajar nak beli Volkwegen tapi dia cakap mahal, beli Myvi sajalah.
Tahu apa saya rasa ketika tu, WEYH, KAU TAK SUPPORT AKU PUN!
Paling tak boleh blah bila ditipu dengan cinta. Susah payah saya tolong dia, bank in duit, konon nak beli baju RM120, alih-alih dia guna duit tu pergi dating dengan nurse di Bukit Merah Lake Town Resort.
Tapi paling tak boleh blah, mak dia cakap nak menantu kerja kerajaan.
Dan hari ini, saya buktikan semua kata-katanya salah. Saya mampu ada dua buah rumah.
Ternyata cinta boleh merosakkan jiwa dan cinta juga buat orang bangun untuk berjuang demi maruah dirinya.
Pasti terinspirasi kisahnyakan.
Sumber : @RozmizaRozman
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
15 Disember 2022 esok menandakan tempoh tiga minggu tepat setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri kesepuluh Malaysia.
Sejak Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jaawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara itu, banyak perubahan yang telah diumumkan oleh Anwar Ibrahim dalam cara pemerintahan beliau.
Ini termasuklah penolakan kenderaan mewah jenis Mercedes S600, penolakan kediaman rasmi Kompleks Seri Perdana dan penolakan gaji sebagai Perdana Menteri serta Menteri Kewangan. Kesemua itu demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan pimpinannya.
Namun tahukah korang, sebelum Anwar Ibrahim membuat keputusan drastik untuk tidak menerima gaji bagi jawatan nombor satu negara itu, Yang di-Pertuan Agong (YDP Agong) telahpun mengambil tindakan sama tetapi lebih awal.
Menurut Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini, YDP Agong berkenan untuk tidak mengambil gaji sejak era pandemik melanda Malaysia pada tahun 2020.
“Baginda tidak menerima gaji oleh kerajaan sejak Covid-19. Saya ingat eloklah kita beri penjelasan ini.
“Itu sumbangan dibuat YDP Agong memandangkan masalah ekonomi yang menekan rakyat,” katanya.
Untuk pengetahuan, Jemaah Kabinet negara termasuklah barisan Timbalan Menteri yang selesai dilantik Jumaat minggu lalu telah bersetuju menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus sebulan. Ia adalah tanda solidariti mereka terhadap keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.
Manakala, Anwar tetap dengan pendiriannya untuk menolak terus pemberian gaji sebagai Perdana Menteri serta Menteri Kewangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!