Jika korang pelik mengapa keadaan trafik di Brickfields Kuala Lumpur agak sesak bermula Isnin lalu hinggalah hari ini, korang tak keseorangan.
Ini kerana hari ini menandakan perayaan bulan ke-sepuluh dalam kalendar Tamil, yang lebih popular dengan gelaran Pesta Ponggal.
Masyarakat India menyambutnya kerana tarikh ini dianggap membawa tuah. Lalu mereka akan menyediakan nasi manis (Ponggal) dan memuja Dewa Matahari, Bumi dan Lembu.
Ads
Pesta Ponggal sebenarnya telah bermula sejak semalam dengan sambutan Bhogi.
Ia adalah amalan membakar barang lama dan lusuh yang mereka miliki. Rumah juga turut dibersihkan sebagai simbol permulaan baru kepada bulan mulia mereka..
Ads
Pada hari ini pula, pengunjung berbangsa India memenuhi ‘lokasi wajib’ seperti Little India di Klang dan Brickfields di Kuala Lumpur yang ingin membeli periuk tanah, tebu, susu dan daun kunyit untuk membuat persediaan saat-saat terakhir bagi meraikan pesta Ponggal.
Ads
Disebabkan itulah, keadaan trafik pada hari ini di dua lokasi itu agak sesak. Malah jika korang melihat di kiri-kanan simpang jalan, masyarakat India juga dilihat menyarungkan pakaian tradisional untuk merayakannya.
Apapun, REMAJA ucapkan selamat menyambut Pesta Ponggal kepada masyarakat India di seluruh negara!
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal tanah air, Misha Omar, menegaskan kehadirannya ke konsert rakan-rakan artis bukanlah kerana terpaksa atau sekadar mahu menjaga hati sesiapa.
Menurut pelantun lagu Break itu, dia lebih selesa membeli sendiri tiket konsert rakan artis sebagai tanda sokongan ikhlas terhadap industri muzik tempatan.
“Saya hadir ke konsert rakan-rakan artis tanpa paksaan sesiapa. Tidak ada istilah saya pergi konsert untuk jaga hati kawan-kawan. Saya suka meraikan orang (rakan artis) dan saya sangat hormat kepada karya artis lain. Saya pergi konsert kerana saya suka seni.
“Saya hadir ke konsert rakan artis kerana mahu membangunkan nama industri, saya mahu tunjuk kepada peminat bahawa saya tidak hamak tiket percuma. Semuanya saya beli sendiri (tiket konsert), kita battle tiket sendiri,” katanya kepada Remaja.
Misha ditemui ketika sidang media DiA Misha Omar yang berlangsung di Pusat Perdagangan Ikon City, Petaling Jaya, pada Selasa.
“Suami, anak-anak pun kena beli tiket konsert saya”
Dalam masa sama, penyanyi berusia 43 tahun itu turut menegaskan bahawa dia tidak menyediakan tiket percuma, hatta untuk ahli keluarganya sendiri.
“Konsert saya sendiri tiada istilah untuk tiket percuma. Semua orang dalam keluarga saya termasuk suami, anak-anak abang, sepupu dan anak buah beli tiket konsert saya. Kali ini saya tidak akan beri tiket percuma. Saya mahu mereka hargai kerja keras saya.
“Tidak adillah. Bukan saya keluarkan tiket untuk bayar gaji saya saja. Ini gaji semua orang dalam satu tiket. Sudah tentu ada yang merajuk tetapi bila saya jelaskan mereka akan faham,” ujarnya.
Bagi Misha, nilai setiap tiket bukan sekadar bayaran kepada artis utama, tetapi untuk menampung keseluruhan kos produksi di belakang tabir.
“Jumlah bayaran yang kita keluarkan bagi pembelian tiket itu adalah untuk semua orang. Daripada orang yang di depan (artis) sehinggalah orang yang di belakang (kru produksi) semuanya perlu dibayar gajinya.
“Saya bukan ‘scammer’ yang membolot semua wang jualan tiket. Peminat mahukan konsert yang menarik, sudah tentu kami ada pasukan terbaik yang perlu dibayar,” jelasnya.
Rakan artis pun beli tiket sendiri
Misha turut bersyukur apabila ramai rakan selebriti menunjukkan contoh baik dengan membeli tiket konsert secara sah, tanpa meminta secara percuma.
“Alhamdulillah, tiada rakan artis minta tiket percuma. Daripada showcase yang lalu, semuanya beli seperti Ernie, Syamel, Shila, Nabila siap shopping beli tiket bawa 10 orang. Saya rasa sebagai rakan artis mereka faham usaha yang kami lakukan untuk sampaikan satu persembahan.
“Jadi mereka tidak pernah minta tiket, semuanya beli. Saya sangat gembira kerana saya juga melakukan perkara sama (beli tiket) untuk menyokong rakan artis,” katanya lagi.
Konsert ‘DiA Misha Omar’ November ini
Sebagai info, Misha Omar bakal muncul dengan konsert solo berjudul DiA Misha Omar yang dijadual berlangsung pada 29 November 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Tiket konsert telah mula dijual sejak 25 Julai 2025, dengan harga bermula serendah RM288 hingga RM1,200, termasuk kategori eksklusif Royal Twin Seat dan VIP 1 yang hadir bersama akses khas ke sesi Meet & Greet dan Soundcheck Pass.
Tiket boleh didapati menerusi Jiotix, manakala pembeli Orang Kelainan Upaya (OKU) boleh menghubungi +6011 1660 1122 (WhatsApp) untuk pembelian khas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ichu dan gitaris/vokali Insomniacks, Iqie akan muncul di Instagram @myumobile dengan senarai lagu menarik untuk korang dengarkan dari sofa di rumah korang.
Selain untuk menghiburkan kita semua, siri #GroovesWithU ini juga adalah sebahagian daripada usaha U Mobile untuk memberikan peluang kepada penyanyi serta pemuzik lokal bagi menjayakan sesuatu kempen walaupun ada kekangan PKP.
#GroovesWithU akan dibawakan secara berterusan oleh U Mobile pada hari Sabtu (berselang minggu) bermula malam ini hinggalah 30 Mei kelak. Penulis juga mendapat tahu salah satu persembahan live kelak akan dijayakan oleh seorang penyanyi popular!
Eh, siapa?! Tunggu…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalunya jika kita berkunjung ke restoran, tentunya kita akan menempah menu ayam goreng atau ayam bakar yang sama je kan..
Itu yang paling familiar katanya dan guarantee sedap.
Apa kata kita ubah selera sedikit untuk mencuba sesuatu dan eksotik. Nah, REMAJA cadangkan 3 menu baru ini yang baru sahaja diperkenalkan.
Marrybrown : Menu Telur Asin
Telur masin kita bukan lagi dikategorikan sebagai bahan masakan ‘kampung’ tau! Ia telah menjadi resipi kegemaran terbaru masyarakat Malaysia dan kini, Marrybrown kembali semula dengan menu terbaru berasaskan telur asin.
Dua menu terbaru itu ialah Salted Egg Burger yang dihidangkan dengan fries dan Salted Egg Ayam yang dihidangkan dengan mashed potato dan salad. Kedua-duanya didatangkan sekali bersama sos telur masin Marrybrown yang mempunyai rasa daun kari. Itu yang dappp tu. Korang boleh dapatinya pada harga RM15 setiap satu.
Kenny Rogers Roasters : Ayam Nyior Pedas
Haa, nak kabo dengan orang Perak! Bagi yang terbayang-bayangkan masakan ayam bersama kelapa serta herba, restoran Kenny Rogers Roasters ada sesuatu yang istimewa untuk korang. Menu popular Ayam Nyior Pedas kini berada di cawangan restoran tersebut pada bulan Syawal ini.
Dijual dengan pakej ¼ yam bersama nasi aromatik, 2 side dishes bersama muffin ataupun 1 side dish bersama muffin dan sup cendawan serta ayam , ia tertentunya sesuatu yang berbeza untuk korang rasai sementara promosi ini masih dijalankan.
Texas Chicken : Ayam 8 Lada Bersaudara
Macam sesuatu kan bunyi namanya, but trust us – korang nak cuba menu baru ini.
Sempena pelancaran semula logo, rekaan interior restoran serta ‘look & feel’ Texas Chicken bermula dengan cawangan Sunway Pyramid baru-baru ini, mereka telah memperkenalkan menu baru yang meraikannya.
Ia adalah menu Ayam 8 Lada Bersaudara yang merupakan hidangan ayam goreng dengan sos istimewa yang diperbuat daripada 8 jenis lada berbeza. Korang boleh mencubanya dengan satu lagi menu yang diperkenalkan semula oleh Texas Chicken iaitu biskut cip coklat yang sedikit berbeza daripada biskut mentega madu mereka yang popular.
*
So, why not korang cuba menu ayam baharu di 3 cawangan ini dan reviu sama ada ‘kena’ dengan selera tekak korang atau tidak..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...