Sabtu lepas, pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 ini ditemui di Concorde Hotel Kuala Lumpur untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai juri uji bakat Hero Dewi Remaja 2023.
Meski penat setelah seharian melakukan penilaian dan penjurian bagi setiap peserta yang hadir, pelakon berusia 23 tahun ini akui bahawa dia mula sedar perspektif selaku seorang juri.
“Akhirnya saya sedar dua perspektif berbeza, sebab bila kita dah berada di kerusi juri, kita dapat lihat setiap sudut karakter seseorang itu dan saya lebih faham apa yang pihak juri mahukan dari bakal Hero dan Dewi Remaja selama ini,
“Sejujurnya perkara itu telah menyedarkan saya. Patutlah aku kena try Hero Remaja sebanyak empat kali sebelum ini,” akuinya.
Bekas pelajar MRSM Kuala Terengganu itu turut melemparkan nasihat kepada para peserta agar tidak berputus asa, meski setelah gagal berkali-kali dalam uji bakat Hero Dewi Remaja sebelum ini.
“Nasihat saya buat peserta yang sedang mencuba nasib untuk menempah nama dalam industri seni hiburan adalah untuk jangan sesekali berputus asa. Percaya pada kebolehan diri sendiri sebab dalam dunia ini, anda hanya ada diri sendiri untuk bergantung,” nasihatnya lagi.
Meski ditolak berkali-kali sebelum ini oleh pihak juri Hero Remaja, anak seni ini percaya bahawa aturan rezeki itu tidak pernah silap dan akan datang tepat pada masanya.
“Sejujurnya yang mendorong saya untuk mencuba sebanyak empat kali adalah diri saya sendiri. Setiap kali gagal diterima di uji bakat, saya akan pujuk diri sendiri sebaik mungkin,
“It’s okay Amir, tahun depan cuba lagi. Kalau tahu depan kena reject juga, cuba lagi sekali tahun depannya pula. Sampailah umur aku melepasi limit yang ditetapkan,” jelasnya.
Akui bahawa dari kecil, dirinya suka menghiburkan orang lain dan ingin melihat senyuman terukir di wajah orang tersayang menerusi persembahannya, pelakon berbakat ini enggan menoleh ke belakang lagi dan akan terus mengorak langkah dalam dunia lakonan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ads
KREDIT FOTO: Instagram Amir Ahnaf, REMAJA
Ads
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesi uji bakat pencarian Hero Remaja 2020 sudah pun bermula. Berlangsung di Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam, pendaftaran dibuka seawal jam 9 pagi hingga 4 petang nanti.
Dalam beratus peserta yang hadir, perhatian kami tertumpu kepada seorang pemuda yang merupakan kembar kepada Naib Juara Hero Remaja 2017, Farhan Asri.
Farees Asri turut hadir mencuba nasib ke sesi uji bakat hari ini kerana dia menganggap bahawa Hero Remaja merupakan satu platform untuknya kerana Farees mempunyai matlamatnya yang tersendiri untuk menjadi ikon kepada para remaja.
“Saya rasa Hero Remaja boleh menjadi platform terbesar untuk saya menjadi seorang anak seni dalam industri hiburan tanah air,”
“Dalam bilik juri tadi, saya juga tidak sangka bahawa mereka akan bertanyakan soalan tentang pengetahuan am juga. Selain itu, saya juga perlu menunjukkan bakat ‘catwalk’ di hadapan juri tadi,” jelas Farees.
Tidak mahu dibayangi oleh Farhan Asri, Farees yakin mereka mempunyai kelebihan masing-masing dan tidak perlu untuk membandingkan dia dan abang kembarnya, Farhan.
“Sebenarnya saya berbeza dengan abang kembar saya. Saya mempunyai kelebihan yang tersendiri, manakala Farhan juga mempunyai kelebihan dia sendiri,” tambahnya lagi.
Syabas kami ucapkan kepada Farees Asri kerana berani untuk ke hadapan dan mencuba nasib di sesi uji bakat Hero Remaja 2020.
Bagi korang yang tak sempat nak datang hari ini, esok kami masih lagi meneruskan pencarian di lokasi dan waktu yang sama.
Jumpa esok!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon popular, Meerqeen tampil berkongsi rahsia kejayaannya dan amalan yang dilakukan untuk memperoleh sesuatu di dalam hidup.
Menerusi perkongsian di TikTok milik pengguna bernama Emma, pelakon naskhah Cinta Untuk Sekali Lagi itu mendedahkan dirinya menerapkan amalan memasang matlamat sebagai motivasi diri.
“Saya tak pernah rasa saya dah berjaya tapi rahsia saya dalam perjalanan hidup saya adalah tidak pernah berputus asa. Kena selalu pasang ‘goals’ dalam hidup untuk kita bergerak setiap hari.
“Jadi maksudnya, bila ada ‘goals’ awak akan motivasikan diri sendiri. Benda itu yang saya terapkan sejak sekolah lagi. Saya akan dapatkan apa yang saya mahukan dan apa yang saya ada sekarang.
“Benda itu jadikan pembakar semangat saya hari-hari. Awak kena ada ‘goals’ lepas itu kena bekerja keras. Kalau kita rasa penat, kita kena fikir orang lain kerja lagi penat daripada kita,” katanya.
Dalam pada itu, bekas pesertsa Hero Remaja itu juga memberitahu dia mempunyai ‘goal board’ meletakkan segala impian yang mengingatkan diri kepada objektif bekerja.
“Macam saya ‘goals’ ni kita punya angan-angan tapi kena letak dekat awak punya ‘goal board’. Saya dekat rumah dalam almari ada ‘goal board’.
“‘Goal board’ tu contohnya, saya nak sesuatu barang dalam umur tertentu. Contoh umur saya 23, saya cakap saya nak ada jet peribadi. Saya letak dekat ‘goal board’ itu untuk saya bergerak setiap hari tanpa berputus asa,” ujarnya lagi.
Di samping itu, setiap orang perlu memiliki matlamat dalam hidup dan bergaul dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran yang sama dalam hidup untuk berjaya dalam hidup.
“Semua orang kena ada ‘goals’ sebab untuk motivasikan diri kita setiap hari. Benda itu yang saya terapkan dan duduk dengan orang-orang yang sama dengan awak maksudnya orang-orang yang sama-sama nak berjaya,” tuturnya panjang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pencarian Hero Remaja 2021 kini kembali lagi, tetapi kali ini sedikit kelainan ditampilkan kerana para finalis diperkenalkan melalui 8 episod prelude terlebih dahulu.
Jika sebelum ini, barisan finalis diperkenalkan kepada umum melalui sidang media, namun tahun ini team Remaja dan pihak produksi telah pun mengambil keputusan untuk memperkenalkan dahulu peserta dalam episod prelude yang ditayangkan setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria.
Untuk episod ketiga yang telah ditayangkan sebentar tadi, empat finalis telah pun diperkenalkan dan berikut kami kongsikan sedikit informasi tentang barisan peserta yang telah terpilih.
Amir Ahnaf
Nama : Muhammad Amir Ahnaf Bin Mohd Khairudin
Umur : 21
Tarikh Lahir: 17 Februari 2000
Asal : Terengganu
Ketinggian: 178cm
Instagram : @amir.ahnaff
Anak kelahiran Kuala Terengganu ini baru menamatkan pengajian dari Universiti Pelajaran Sultan Idris (UPSI) dalam jurusan Diploma Reka Bentuk & Pembangunan Permainan atau Games Development. Amir merupakan anak sulung daripada orang beradik dan berbakat dalam bidang muzik sejak usia kecil lagi. Kini, Amir turut giat mencipta lagu sendiri. Semangat kentar Amir yang tidak putus asa untuk kembali mencuba uji bakat pencarian Hero Remaja sehingga empat kali sejak tahun 2020 nampaknya membuahkan hasil.
“Bila dapat panggilan daripada pihak produksi, saya rasa sangat gementar tetapi dalam masa yang sama gembira kerana saya dah lama menyimpan impian untuk menyertai pencarian Hero Remaja ini. Saya dah cuba sebanyak empat kali dan Alhamdulillah kali ini saya telah terpilih sebagai finalis top 12 Hero Remaja 2021,”
“Perasaan saya sangat gembira ketika itu, sampaikan saya menangis sekali gus terus melakukan sujud syukur. Bila menerima panggilan daripada pihak produksi, saya memang speechless tak tahu nak cakap apa. Selepas itu, saya terus menghubungi ibu ayah dan keluarga beritahu tentang berita gembira ini kerana mereka tahu ini adalah impian saya sejak dari kecil lagi yang memang minat kepada bidang seni,” jelas Amir.
Mierul Aiman
Nama : Muhammad Amirul Aiman Bin Norazman
Umur : 23
Tarikh Lahir: 14 Julai 1998
Asal : Putrajaya
Ketinggian: 178cm
Instagram : @mierulaiman
Pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya ini merupakanw wajah utama dalam kebanyakan persembahan pentas peragaan fesyen tempatan. Sebagai seorang model, Mierul turut mempunyai misi untuk pergi lebih jauh dalam dunia lakonan apabila turut aktif menambah ilmu serta skil lakonan dengan menyertai kelab-kelab lakonan. Baginya, untuk mengasah bakat perlu bermula dari inisiatif sendiri. Di samping itu, Mierul juga tidak asing dalam aktiviti lasak setelah dia aktif bermain sukan ragbi sejak tahun 2011 lagi.
“Mierul sangat-sangat bersyukur kerana doa Mierul akhirnya dimakbulkan untuk meneruskan impian bergelar sebagai seorang anak seni. Tak sabar nak jadikan mimpi Mierul itu sebagai satu realiti, iaitu ingin menjadi seorang penghibur yang disegani,”
“Harapan Mierul adalah untuk menjadi juara Hero Remaja, bukan sekadar merangkul sebagai juara sahaja, tetapi menjadi contoh kepada orang-orang di luar sana. Mierul juga ingin menjadi individu yang lebih baik dan mengutip lebih banyak ilmu yang bakal dikongsikan dalam pencarian Hero Remaja kali ini,” luah Mierul.
Ideen Azman
Nama : Ahmad Nuruddeen Bin Azman
Umur : 21
Tarikh Lahir: 13 Jun 2000
Asal : Melaka
Ketinggian: 178cm
Instagram : @ideenazman
Remaja tinggi lampai ini merupakan seorang tenaga pengajar sukan renang dan akan meluangkan masanya dalam sukan tersebut setiap kali memiliki masa terluang. Ideen yang merupakan anak ketiga daripada empat orang beradik merupakan pelajar semester ketiga jurusan teater di ASWARA. Bakat lakonan dan nyanyian bersama instrumen gitar yang diasah sejak kecil telah berjaya menyakinkan keluarganya bahawa ini adalah bidang yang tepat untuknya. Malah, kejayaan terpilih sebagai salah seorang finalis Hero Remaja 2021 telah memupuk kepercayaan keluarga terhadap jalan yang dipilihnya ini.
“Pada mulanya Ideen memang sangat terkejut selepas diberitahu terpilih sebagai finalis Hero Remaja 2021. Tak sangka dalam 500 peserta yang datang semasa sesi uji bakat, Ideen akhirnya tercalon sebagai finalis akhir. Ideen sangat bersyukur dapat rezeki yang amat besar ini untuk Ideen mulakan langkah ke hadapan,”
“Ideen sangat gembira kerana ini merupakan impian Ideen 5 tahun yang dulu sejak di bangku sekolah lagi dan Alhamdulillah akhirnya Ideen dapat apa yang Ideen mahukan. Boleh dikatakan ini antara pencapaian yang paling besar dalam hidup Ideen setakat ini,” jelas Ideen.
Fazziq Muqris
Nama : Muhammad Fazziq Muqris Bin Mohd Shariff
Umur : 21
Tarikh Lahir: 29 Jun 2000
Asal : Selangor
Ketinggian: 172cm
Instagram : @fazziqmuqris
Anak bongsu daripada lima orang adik-beradik ini akan segera menarik perhatian ramai dek kerana darah kacukan Inggeris dari sebelah ibunya dan Melayu dari ayahnya. Fazziq telah melanjutkan pelajaran di UOW Malaysia KDU dalam jurusan Diploma Komunikasi dan Media. Maka tidak hairanlah Fazziq mudah didekati ramai pihak disebabkan skil pertuturan dan personalitinya yang ceria. Aktif bermain bola sepak, remaja yang mengidolakan Cristiano Ronaldo ini juga semakin aktif sebagai seorang personaliti media sosial.
“Pertama kalinya saya rasa sangat bersyukur selepas mendapat panggilan yang mengatakan bahawa saya telah terpilih menjadi finalis Hero Remaja 2021. Perasaan bercampur baur, sedih dan sebak kerana ini merupakan antara impian saya untuk menyertai pencarian ini. Saya berjanji akan buat yang terbaik dan ingin buktikan bahawa saya boleh melakukan setiap cabaran yang diberi nanti,”
“Saya pernah datang sewaktu sesi uji bakat Hero Remaja 2020, namun tidak berjaya untuk menjadi finalis akhir. Alhamdulillah, selepas percubaan kedua dan sikap tidak putus asa ini akhirnya membuahkan hasil,” jawab Fazziq.
Tahniah kami ucapkan kepada empat finalis yang terpilih dan untuk mengetahui siapakah lagi yang bakal bersaing dalam Hero Remaja 2021, jangan lupa untuk saksikan episod keempat prelude Hero Remaja 2021 minggu hadapan, pada hari Sabtu 9 malam di saluran Astro Ria.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.