Hangat baru-baru ini di media sosial apabila orang ramai menggesa pihak berkuasa memantau pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan sesuka hati di sekitar Bukit Bintang semata-mata untuk menyaksikan persembahan ‘busking’.
Menerusi satu hantaran di X, difahamkan keadaan jalan raya di sekitar Bukit Bintang semakin sesak terutama sekali selepas waktu pejabat susulan ramai yang meletakkan motosikal di bahu jalan sehingga mengganggu pengguna lain.
“DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) patut haramkan busking di tempat awam. Dahlah Bukit Bintang ini jem (sesak) teruk lepas itu ada pula yang jenis parking tepi jalan sesuka hati,” kata seorang pengguna X.
Dalam hantaran sama, turut dikongsi beberapa keping gambar memaparkan keadaan jalan yang sesak di sekitar kawasan di mana aktiviti busking diadakan.
Ads
Paparan motosikal yang di ‘park’ secara bersepah di kawasan Bukit Bintang cetus kemarahan warganet.
Bagaimanapun, tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna tidak setuju sekiranya aktiviti busking itu dilarang, tetapi sebaliknya mereka menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap penunggang yang meletakkan motosikal mereka di bahu-bahu jalan secara haram.
“Yang buat jem motosikal letak tepi jalan, tiba-tiba buskers pula terpalit,” kata Zul.
Ads
“Busking itu menarik, pelancong pun suka tengok. Polis atau pihak DBKL kena lebih tegas pantau yang letak motosikal tepi jalan ini sebab sebelum ini okey saja,” kata Suzi.
“Saya cadangkan DBKL buat satu kawasan tak jauh dari MRT Bukit Bintang dan Pavilion. Dekat situ boleh busking, jual-jual. Keluarga pula boleh bersantai makan shawarma sambil tengok persembahan,” cadang Opinion.
Ads
“Sepatutnya DBKL haramkan kenderaan masuk Bukit Bintang malam-malam terutama malam minggu,” kata Lita.
“DBKL patut pertimbangkan konsep ‘car free’ untuk Jalan Bukit Bintang. Dekat situ dah ada monorel dan MRT,” kata Azizul. – KOSMO
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: BH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siti Najihah Zamani dan pasangan memilih mi segera sebagai doorgift di majlis perkahwinannya.
Menafikan bahawa dia merupakan orang pertama yang memberikan mi segera sebagai hadiah kepada tetamu, Najihah mendapat idea ini kira-kira 9 tahun lepas, apabila terlihat di Facebook dan terus berniat nak buat begitu juga.
Ramai yang memberikan respon positif terhadap perkongsiannya itu dan ada juga yang bercadang untuk memberikan doorgift mi segera ini juga di majlis kahwin mereka nanti.
Paling menarik apabila pihak Maggi Malaysia sendiri turut mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru serta berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada majlis perkahwinannya. Comel je. Hiks!
Tidak kiralah walau apa saja yang korang nak berikan pada tetamu di hari bahagia korang nanti, paling penting kena ikhlas. Tetamu yang hadir pun akan happy. Betul tak?
Kami juga ingin mengucapkan tahniah buat Siti Najihah Zamani serta pasangan yang bakal mendirikan perkahwinan tidak lama lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysia kehilangan seorang tokoh seni bina yang amat disegani, arkitek utama di sebalik pembinaan Masjid Negara hari ini.
Berita duka mengenai pemergian Allahyarham Datuk Baharuddin Abu Kassim telah dikongsikan oleh bekas Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia, Profesor Sarly Adre Sarkum, melalui laman media sosial, Facebook.
“Kita telah kehilangan seorang tokoh yang sangat disegani dalam komuniti seni bina, Datuk Baharuddin Abu Kassim. Beliau adalah seorang arkitek negara dan tokoh yang sumbangannya telah membentuk struktur alam bina kita,” kata beliau pada Selasa.
Menurut Sarly, visi dan dedikasi Datuk Baharuddin, yang diterjemahkan melalui reka bentuk Masjid Negara, akan terus memberi inspirasi kepada generasi arkitek dan rakyat Malaysia.
Masjid Negara
Beliau turut mendoakan agar Allah SWT menempatkan Allahyarham di syurga tertinggi dan memberi kesabaran serta kekuatan kepada keluarganya untuk menghadapi kehilangan ini.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia seni bina tempatan dan antarabangsa, terutamanya dalam konteks seni bina Islam yang penuh dengan nilai estetika dan simbolisme.
Lima fakta menarik Masjid Negara
Reka Bentuk Ikonik: Masjid Negara direka dengan bumbung berbentuk payung dan menara setinggi 73 meter, yang mencerminkan gabungan elemen seni bina tradisional Islam dan moden. Bumbung utama yang berbentuk separa bintang bersegi 16 melambangkan 13 negeri di Malaysia serta Islam sebagai agama rasmi negara.
Siap Dibina pada Tahun 1965: Pembinaan Masjid Negara bermula pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1965. Masjid ini dibina sebagai simbol kemerdekaan Malaysia dan keinginan negara untuk mencapai kemajuan tanpa melupakan identiti Islam.
Dibina oleh Tiga Arkitek Tempatan: Masjid Negara direka oleh sekumpulan arkitek tempatan yang terdiri daripada Datuk Baharuddin Abu Kassim, Howard Ashley, dan Hisham Albakri dari Jabatan Kerja Raya Persekutuan. Mereka berjaya mencipta reka bentuk yang menggambarkan perpaduan antara seni bina Islam dan ciri-ciri tempatan.
Dibina di Atas Tanah Seluas 5.2 Hektar: Masjid Negara terletak di kawasan seluas 5.2 hektar di tengah-tengah Kuala Lumpur. Kawasan ini juga menempatkan taman-taman yang indah, yang memperkukuhkan suasana tenang dan damai di sekitar masjid.
Kapaciti Sehingga 15,000 Jemaah: Masjid Negara mampu menampung sehingga 15,000 jemaah pada satu-satu masa, menjadikannya salah satu masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini juga sering menjadi lokasi acara-acara besar Islam di Malaysia, termasuk solat Jumaat, solat Hari Raya, dan majlis keagamaan lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita ini mungkin bukan baru bagi sesetengah orang. Tapi mungkin ramai yang belum mengetahuinya juga terutama di kalangan anak remaja yang tidak berapa care mengenainya.
Jika sebelum ini, untuk membuat pengeluaran melibatkan Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Wawasan dan lain, kita perlu beratur di pejabat pos, kios ASNB, bank dan sebagainya untuk mengeluarkan duit. Malah ada ketika, kita mengambil masa agak panjang beratur khususnya di pejabat pos kerana pelanggan membuat urus niaga lain seperti membayar bil dan sebagainya.
Namun mulai 27 April 2020, pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) memudahkan orang ramai ramai membuat pengeluaran secara online di mana kita hanya perlu masuk ke laman web rasmi www.myasnb.com.my.
Tapi sebelum kita bersorak gembira sebab tak perlu beratur, ada maklumat lain korang kena tahu dan ia mungkin sedikit mengecewakan (bagi sesetengah orang laa).
Berita sedikit mengecewakan ialah had maksimum pengeluaran hanya RM500 sahaja sebulan. Ya sebulan ya. Bukan sehari, hikz.
Lebih pada itu, sekali pengeluaran secara online hanya RM100 bagi satu transaksi (aduh, kalau nak pakai duit banyak acaner?)
Pengeluaran hanya boleh dibuat tiga kali sahaja dalam sebulan.
Lebih perlu tahu masa pengeluaran. Kalau korang rasa nak buat tengah malam ke atau senggang-senggang yang korang rasa sesuai, maaf ya sebab ASNB memberi masa transaksi dibuat.
Masa dibenarkan membuat pengeluaran ialah pada :
• Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi-6:00 petang, Isnin – Ahad* • Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin- hingga Ahad*
(*kecuali cuti umum) Wang anda akan dimasukkan ke akaun bank pada hari berikutnya ke akaun korang seperti Maybank, CIMB, Hong Leong dan sebagainya. Bukan pada hari yang sama ya. Kalau rasa urgent, boleh beratur di bank, pejabat pos dan kios ASNB ya. Tapi kalau korang rasa pengeluaran secara online nie lagi ok, ikut step step diajar oleh ASNB ini.
Boleh buat pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English
Pilih BM iaitu Bahasa Melayu
Klik Log Masuk di bahagian kanan atas
Di bahagian Log Masuk Pengguna, masukkan ID Pengguna
Klik Teruskan
Akan keluar satu frasa keselamatan
Jika ia bukan frasa keselamatan yang korang pilih, klik Tidak.
Jika ini frasa keselamatan yang korang pilih, klik Ya.
Masukkan Kata Laluan
Klik menu Portfolio
Kemudian akan terpapar No Ahli dan senarai Jenis Unit Amanah yang korang langgan
Di hujung sebelah kanan unit amanah, iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB), ada butang Transaksi
Klik butang Transaksi
Pilih Jualan Balik
Kini korang berada di bahagian 1, iaitu Pengisytiharan
Sila baca elok-elok ya sebelum meneruskan transaksi.
Kemudian tandakan Tick di bahagian Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan kenyataan Terma & Syarat, Penafian Pelaburan, Kriteria Minimum untuk Urus Niaga, termasuk semua notis dalam semua perkara di atas.
Selepas langkah itu, korang akan berada di bahagian 2, iaitu Jualan Balik
Maklumat akan terpapar secara automatik:
Sila masukkan amaun duit ASB yang ingin dikeluarkan
Tick di bahagian Saya mengesahkan maklumat di atas yang diberikan adalah tepat
Akan keluar satu popup yang menyatakan Jualan balik korang akan di kreditkan ke dalam akaun bank korang yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
Jika bersetuju, klik Teruskan
Kini anda berada di bahagian 3, iaitu Pengesahan
Klik Permintaan TAC
Masukkan nombor TAC yang diterima dalam bentuk SMS pada nombor telefon yang didaftarkan
Klik Seterusnya
Transaksi untuk keluarkan duit ASB secara online kini sudah berjaya
Sila semak akaun bank anda untuk mengesahkan duit ASB sudah masuk
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi hubungan mereka mungkin sering menjadi perhatian, namun kali ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil dengan momen yang lebih santai dan mencuit hati...