Atas dasar simpati kepada rakyat Palestin, penyanyi popular, The Weeknd atau nama sebenar, Abel Tesfaye, 33, melalui organisasi miliknya, XO Humanitarian Fund menderma AS$2.5 juta (RM11.65 juta) untuk bantuan makanan.
Sumbangan dihulurkan penyanyi kelahiran Toronto, Ontario, Kanada itu difahamkan mencukupi untuk 4 juta bekalan makanan kecemasan kepada rakyat Gaza yang terjejas.
Ads
Baru-baru ini, Program Makanan Dunia (WFP), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan sumbangan itu mampu membiayai 820 tan metrik bungkusan makanan, selain dikatakan mampu diagihkan kepada lebih 173,000 rakyat Palestin untuk tempoh dua minggu.
Ads
Pengarah WFP Timur Tengah, Afrika Utara dan Rantau Eropah Timur, Corinne Fleischer dalam satu kenyataan berkata, bantuan itu sangat diperlukan di Gaza.
Katanya, ini berikutan krisis yang berpunca daripada pengeboman berterusan tentera Israel terhadap kumpulan militan Hamas.
“Konflik ini mencetuskan malapetaka kemanusiaan yang di luar jangkaan. WFP bekerja sepanjang masa untuk memberikan bantuan di Gaza, tetapi skala besar diperlukan untuk menangani tahap kelaparan terdesak seperti kita lihat.
“Pasukan perlukan keselamatan dan akses kemanusiaan yang berterusan serta sokongan tidak putus penderma demi mencapai lebih ramai mangsa semampunya.
“Kami berterima kasih kepada Abel untuk sumbang sangat bermakna buat rakyat Palestin. Kami berharap Abel menjadi contoh lain untuk menyokong usaha kami,” katanya.
Terdahulu, Tesfaye dilantik sebagai Duta Muhibah WFP sejak Oktober 2021 dan berterusan menyokong pelbagai misi murni persatuan itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru sahaja melancarkan poster teaser album single pertama LALISA secara rasmi, ahli kumpulan Blackpink, Lisa Manoban telah pun memecahkan rekod dengan mendapat pra-tempah albumnya itu sebanyak 100,000 unit.
Hanya dalam masa 27 jam, Lisa sekali gus mencipta rekod apabila menjadi artis wanita K-pop pertama yang merekodkan jualan terpantas dalam sejarah Ktown4U.
Album LALISA mencatatkan jualan lebih daripada 96,000 pra-tempah dalam masa 24 jam di Ktown4U dan menjadikannya penyanyi wanita pertama yang berjaya memecahkan rekod itu.
Ada setengah orang suka buat macam-macam jenis aktiviti pada waktu pagi. Dan tidak kurang juga yang lebih bersifat seperti ‘burung hantu’, bila malam menjelma dia bertukar menjadi orang yang sangat cergas.
Walau apapun masa yang korang suka untuk lakukan aktiviti, kerja sekolah atau kegiatan suka ia terpulang kepada preferences masing-masing. Kita semua berbeza dan mempunyai cita rasa yang berbeza.
Nak tahu sama ada korang morning atau night person? Jom try kuiz di bawah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak sah sekiranya Anugerah Akademi (Oscars) yang meraikan filem-filem terbaik Hollywood sepanjang tahun lalu tidak terpalit dengan kontroversi di sebalik pemilihan pemenangnya.
Dalam acara Oscars ke-97 yang bersiaran dari Dolby Theater di Los Angeles sebentar tadi, kemenangan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik telah berpihak kepada pelakon muda, Mikey Madison menerusi lakonan memberangsangkan dalam filem Anora.
Mikey, 25 mengenepikan saingan sengit terutamanya daripada Hollywood darling, Demi Moore (The Substance); Cynthia Erivo (Wicked), Fernanda Torres (I’m Still Here) dan Karla Sofía Gascón (Emilia Pérez).
Mikey Madison.Demi Moore.
Sebelum ini, Mikey membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik di anugerah BAFTA (anugerah perfileman di Great Britain yang sama tarafnya dengan Oscars) setelah para juri terpikat dengan watak lakonannya sebagai seorang pekerja seks bernama Ani yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Ivan, jejaka dari Rusia yang berkuasa.
Biarpun pengkritik filem rata-rata memuji kredibiliti lakonan Mikey dalam filem Anora, masih ramai yang tidak begitu mengenali dengan lebih dekat siapakah gerangan pelakon berkulit cerah ini.
Jom lihat 5 fakta menarik mengenai Mikey Madison.
01
Biarpun Mikey berasal dari San Fernando Valley di Los Angelas, ibu bapanya merupakan pakar psikologi dan tidak terlibat dalam industri perfileman seperti majoriti pendatang baharu Hollywood yang lain pada masa kini.
02
Mikey disekolahkan di rumah bersama empat lagi adik-beradik lain. Oleh itu ketika membesar, Mikey mempunyai masa untuk bergiat dalam pertandingan menunggang kuda sama seperti yang pernah dilakukan oleh ibunya dan neneknya.
03
Tidak lama kemudian, Mikey memilih untuk meninggalkan bidang sukan tersebut kerana ingin menceburi dunia lakonan yang boleh memakan masa yang lama. Ibunya menyokong sepenuhnya minat Mikey itu dan mendaftarkannya ke dalam kelas lakonan.
“Saya tertarik dengan intimasi dan connection yang hadir dalam dunia lakonan. Bagi saya, ia amatlah berani, mendalam dan beremosi. Kesemua itu adalah perasaan yang saya tidak terokai sebagai seorang penunggang kuda dahulu,” katanya dalam satu temubual bersama Vogue.
04
Sebelum Anora dan Scream V, Mikey terlebih dahulu melakonankan watak utama pertamanya pada tahun 2017 menerusi sebuah filem indie berjudul Liza, Liza, Skies Are Grey.
Mikey juga pernah menjayakan watak berskala kecil dalam filem Once Upon A Time… In Hollywood arahan Quentin Tarantino. Scream V merupakan filem yang benar-benar menjulang populariti Mikey apabila gandingannya bersama Jenna Ortega berjaya mencuri tumpuan penonton. Terbaru, Mikey juga muncul dalam filem Lady In The Lake.
05
Watak Ani dalam filem Anora ditulis khas oleh pengarahnya, Sean Baker setelah beliau menonton lakonan Mikey dalam filem seram, Scream V. Namun menurut Sean sewaktu menerima trofi Pengarah Terbaik Oscars ke-97 sebentar tadi, beliau benar-benar merasakan Mikey sesuai membawakan watak Ani itu setelah menontonnya dalam filem Once Upon A Time… In Hollywood.
Sebaik dilamar oleh Sean untuk melakonkan watak Ani, Mikey tidak menunggu lama menyatakan persetujuannya dan merasakan dirinya adalah pelakon wanita paling bertuah di dunia apabila menerima pelawaan tersebut.
Dalam ucapan kemenangannya di Oscars, Mikey sekali lagi mendedikasikan kemenangannya itu kepada komuniti pekerja seks seperti yang pernah dilakukannya di anugerah BAFTA.
“Saya juga ingin sekali lagi mengiktiraf dan memberikan penghormatan kepada komuniti pekerja seks. Saya akan terus menyokong dan menjadi sekutu wanita-wanita luar biasa ini.
“Peluang bertemu dengan wanita-wanita daripada komuniti tersebut adalah salah satu sorotan terbaik saya sepanjang pengalaman (membintangi Anora).”
Tahniah Mikey Madison setelah menjadi salah seorang pelakon wanita termuda pernah menjulang trofi keramat tersebut di pentas berprestij Oscars.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!