Baru-baru ini, hasrat skuad sepak takraw negara untuk mempertahankan gelaran Piala Dunia ISTAF dalam acara double lelaki tidak kesampaian apabila tumbang kepada musuh tradisi Thailand 2-1 di peringkat separuh akhir di Bihar, India, semalam.
Walau bagaimanapun, Malaysia yang diwakili oleh Aidil Aiman Zawawi, Shahril Aiman, dan Noraizat Nordin berjaya bangkit selepas tewas pada set pertama 9-15 sehingga mencatat kemenangan pada set kedua 17-15.
Kredit: Persatuan Sepaktakraw Malaysia – PSM
Momentum tersebut gagal diteruskan di set penentuan apabila skuad negara tewas tipis 15-17 kepada seteru utama mereka, sekaligus terlepas peluang untuk beraksi di perlawanan akhir.
Ads
Kegagalan ini juga menyaksikan skuad kendalian Zulkarnain Arif tidak dapat menyamai pencapaian gemilang tahun lalu apabila muncul juara dalam acara tersebut.
Namun, skuad negara tetap membawa pulang pingat gangsa, satu pencapaian yang wajar dibanggakan.
Ads
Skuad negara yang menggalas cabaran di Bihar, India (Kredit: ersatuan Sepaktakraw Malaysia – PSM)
Aksi skuad negara turut membuktikan semangat juang yang tinggi serta kesungguhan untuk bersaing di pentas antarabangsa. Kekalahan tipis kepada Thailand, yang juga merupakan pasukan terbaik dunia dalam sukan ini, menjadi petunjuk bahawa Malaysia masih berada di landasan yang tepat untuk terus mencabar dominasi mereka.
Sekadar info, pada edisi 2024 di Kuala Lumpur tahun lepas, Aidil-Noraizat mencatat kemenangan 17-16, 15-13 ke atas gandingan Thailand Seksan Tubtong-Kittiphum Sareebut dalam final double untuk merangkul pingat emas.
Ads
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan lambakan kafe yang ada di Malaysia ini, nampaknya The Loaf terpaksa akur dengan prestasi kurang memberangsangkan mereka.
12 tahun kafe bakeri, The Loaf telah menemui peminat makanan pastri dan kopi. Penulis tak dapat menafikan bahawa seleksi roti dan pastri di kafe tersebut memang sedap dan merupakan antara yang terbaik di Malaysia.
Namun kelmarin selepas lebih sedekad beroperasi, akhirnya The Loaf dilaporkan mengambil keputusan untuk menutup kesemua cawangan mereka.
The Loaf merupakan kafe bakeri yang diilhamkan oleh Tun Mahathir Mohamed dengan pemilikan 51% saham. Dengan kerjasama dengan Motoko Resources Sdn Bhd, The Load kemudiannya diuruskan oleh M&M Consolidated Sdn Bhd.
Cawangan pertamanya di Telaga Harbour yang dibuka pada tahun 2006 pernah mencetuskan frenzy di kalangan peminat pastri dan roti kerana ia dikatakan sedap dan autentik! Tak seperti bakeri lain yang kadangkala menghidangkan menu yang sejuk dan sudah lama terperap, menu di The Loaf selalunya datang dalam keadaan segar dan enak.
Setahun selepas itu, ia dibuka pula di Pavilion, Empire Shopping Gallery, Mitsui Outlet Park dan The Mines, Seri Kembangan.
Menurut penasihat kewangan The Loaf iaitu Andrew Heng, mereka memilih untuk menutup kesemua cawangan sekaligus kerana mereka tidak mampu untuk meneruskan lagi perniagaan berkenaan akibat kerugian yang dialami sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Di kesemua cawangan The Loaf kelmarin, didapati notis telah ditampal pada pintu kedai dengan menyatakan ucapan terima kasih kepada kesemua pelanggan setia mereka.
Sementara itu, ada di kalangan pekerja The Loaf yang mendakwa mereka tidak tahu menahu mengenai penutupan tersebut sehinggalah pada pagi Khamis lalu semasa tiba di tempat kerja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah 9 tahun kita tidak bergosip, AKHIRNYA grup remaja paling fashionable di kota New York kembali menghiasi kaca televisyen kita dengan siri reboot Gossip Girl yang mula disiarkan pada hari ini.
Cumanya kali ini, ia tidak dibintangi oleh pelakon kegemaran korang seperti Blake Lively, Leighton Measter, Penn Badgley, Chace Crawford, Ed Westwick dan Taylor Momsen. Gone are the troublesome characters, tiada lagi Blair Waldorf, Serena van der Woodsen, Chuck Bass, Nate dan Dan Humphrey untuk korang.
Bagaimanapun, jujurnya, kami rasakan korang akan menyukai siri reboot pada kali ini and we will tell you why.
*
Gossip Girl kembali ke saluran HBO dengan episod pertamanya yang ditayangkan, petang tadi. Masih mengambil tempat di Constance-Billard School Manhattan, siri ini digambarkan sebagai sambungan kepada siri original biarpun menampilkan karakter berbeza.
Oh! Cuma seorang saja pelakon asalnya yang kembali untuk siri reboot ini. Well, kalau korang boleh menganggap dia pelakon Gossip Girl lah. Kristen Bell kembali sebagai suara penyampai gosip terhangat di Manhattan.
Tanpa memberikan apa-apa spoiler kepada korang, jom lihat beberapa nota kecil yang sempat penulis catatkan semasa menonton episod pertama Gossip Girl sebentar tadi.
*
1) Err, mereka tidak semewah geng dahulu. Dalam dunia sekarang di mana keadaan ekonomi amat mencabar, karakternya dilihat memilih kenderaan seperti Uber dan bukannya limosin. Malah ada juga yang mengambil subway.
2) Tidak lama selepas bahagian intro, kita terus diperkenalkan kepada grup pelajar kaya: Julien, Monet dan Luna yang berbalas teks mengenai pilihan barang kemas yang harus mereka pakai.
Okay, pelajar-pelajar Gossip Girl MASIH kaya.
JulienZoya dan Julien
3) Hari pertama persekolahan mereka diibaratkan seperti hari pertama ke sekolah selepas musim pandemik di New York beransur pulih. Mungkin ~ Terdapat juga babak yang menampilkan sepanduk protes. Ia amat selari dengan beberapa protes yang pernah berlaku di New York pada 2020 dan 2021.
4) Hi Zoya! Dia mempunyai vibe seperti Jenny Humphrey yang dilakonkan oleh Taylor Momsen. Zoya diperkenalkan sebagai ‘wing girl’ kepada Julien Calloway.
5) Oh wow. Pastikan korang nampak reference kepada Nate Archibald yang kini dianggap sebagai alumni berjaya dari Constance-Billard School. That is a nice touch.
Monet de Haan dan Luna La.
6) Berbeza dengan siri dulu, penulis baru sedar bahawa kita sekarang hidup dalam dunia digital sedangkan media sosial tidak begitu canggih pada era 2007 – 2012.
7) Gossip Girl kali ini lebih dekat dengan realiti remaja sekarang. Perkataan seperti ‘cancel culture’ ada dimasukkan. Zoya dimasukkan ke dalam ‘group text’ seperti yang selalu kita lakukan dengan aplikasi WhatsApp dan Telegram. Kumpulan guru sekolah juga menggunakan Twitter untuk menghantar gosip palsu (walaupun gagal mendapatkan sebarang likes). So 2021!
Akeno “Aki” MenziesMax Wolfe
8) Tapi masih ada perangai yang tidak berubah dari 2007 iaitu mengambil foto dan video pelajar lain secara senyap-senyap menggunakan telefon pintar dan ia kemudian disebarkan sebagai gosip.
9) Baru episod pertama, tapi penonton sudah ‘dimanjakan’ dengan babak menghadiri pertunjukan fesyen Christopher John Rogers di New York. THANK YOU.
10) Di penghujung episod pertama, barulah kita melihat konflik pergaduhan yang akan tercetus di antara dua watak utamanya, Julien dan Zoya. Please let there be more! Kami rindukan pergaduhan seperti Blair vs Serena.
*
Secara keseluruhannya, episod debut Gossip Girl kali ini tidak sekuat siri dahulu. Jika dulu, penonton akan tertanya-tanya apakah yang akan terjadi pada episod kedua. Malangnya, penulis belum mendapat vibe itu.
NAMUN, penonton sekarang berlainan dengan penonton tahun 2007. Bagi korang yang tidak pernah mengikuti siri Gossip Girl terdahulu, korang akan mudah tertarik dengan jalan ceritanya, visualnya di Manhattan dan tentunya, inspirasi fesyen Gossip Girl kali ini.
Jangan lupa untuk terus menonton Gossip Girl di Astro menerusi On Demand, Astro Go dan HBO Go.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden rusuhan keganasan di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia oleh penyokong Garuda pada 5 September lalu telah meninggalkan kesan yang mendalam buat Malaysia walaupun selepas meraih kemenangan menang dengan mata 3-2.
Tapi malam ini pasukan bolasepak Malaysia bakal bertemu semula dengan Indonesia untuk saingan kelayakkan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023. Bahangnya kian terasa dan ia dilihat begitu memcuri tumpuan para penyokong kedua-dua negara.
Ia ditambah lagi dengan sejarah pertemuan antara dua-dua pasukan yang tidak pernah lari dengan kontroversi melibatkan penyokong.
Provokasi Garuda
Belum lagi perlawanan bermula, provokasi-provokasi daripada penyokong Indonesia telah bertebaran di media sosial.
Salah satu yang berjaya dihidu adalah menerusi Instagram kelab penyokong yang dikenali sebagai Indonesianfootballculture_ yang memberikan amaran mengenai kehadiran mereka di Malaysia
Walau bagaimanapun, tiupan api kebencian penyokong-penyokong Indonesia sekadar hebat di media sosial sahaja. Ultras yang berkunjung ke Malaysia kebanyakkan dilayan baik oleh rakyat Malaysia. Mereka juga bergambar bersama penyokong Malaysia tanpa sebarang pergaduhan.
Hal ini dapat dilihat menerusi posting-posting yang dibuat oleh kelab-kelab penyokong Harimau Malaya yang menunjukkan perkara positif dengan kehadiran mereka ke Bukit Jalil.
Kelihatan beberapa banner menghiasi area Stadium Bukit Jalil. “Indonesia Malaysia” “Serumpun Sahabat Selamanya” “Selamat datang Team Garuda”
Jangan berulang tragedi itu
Untuk rekod, Malaysia kini menduduki tangga keempat Kumpulan G dengan kutipan enam mata manakala Indonesia gagal meraih sebarang mata selepas empat perlawanan. Ayuh mengaum di depan penyokong dan negara kita Harimau Malaya. Kami ekor harimau sentiasa menyokong dan doakan kemenangan kita.
Apapun walaupun kita mengharapkan kemenangan untuk Harimau Malaya, diharap tiada lah lagi insiden sehingga mengakibatkan kecederaan seperti yang terjadi di Stadium Gelora Bung Karno sekitar Oktober lepas. Chill la! Go Harimau Malaya!
Sumber : Fralone, ultrusmalaya, comrademalaya
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!