Pasaraya Tesco Pula Ucap Selamat Tinggal, Sah Jual Operasi Di Malaysia Dan Thailand

Share

Agaknya lepas ni kita shopping dekat mana ye?

Sektor peruncitan antara yang teruk terkesan dengan tempoh kuarantin di seluruh dunia disebabkan Covid-19. Rasanya ini bukan berita pertama pengecilan dan penutupan syarikat besar yang kita dengar.

Sumber Gambar : FIS

Terbaru, rangkaian pasaraya terbesar Britain, Tesco Plc itu sah akan menjual perniagaannya di Thailand dan Malaysia.

So macam mana kita nak beli produk Tesco yang sedap dan murah ni  guys??huhuhu

Sumner Gambar : News Straits Times

Menurut laporan, penjualan Tesco Plc kepada CP Retail Development Company Ltd (CPRD) itu akan dimuktamadkan pada minggu depan. Pada 9 Mac yang lalu, Tesco Plc telah bersetuju untuk menjual perniagaannya pada CPRD dengan nilai AS$10.6 bilion (RM43.1 bilion).

Penjualan Tesco bagi pasaran Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Thailand ini juga dikatakan merupakan salah satu strategi Tesco dalam memfokuskan kepada pasaran mereka di UK.

Untuk makluman, Tesco Malaysia dilancarkan pada tahun 2002 dan mempunyai 74 pasaraya. Manakala rangkaian terbesar Tesco adalah di Thailand dengan 1,967 pasaraya sejak 1998.

Hmm….semua orang terjejas dengan Covid-19 ni kan. Tapi penulis sedih la sebab penulis suka beli barang bulanan di Tesco.

Sumber : Berita Harian 

IKLAN