Pasangan warganegara Rusia yang tular pada minggu ini setelah mendedahkan foto-foto mereka memanjat menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur baru-baru ini telahpun menerima implikasi perbuatan mereka itu setelah disahkan akan disiasat oleh pihak polis atas kesalahan meneroboh.
Ivan Beerkus dan Angela Nikolau.
Terdahulu dalam laporan REMAJA mengenai aktiviti ‘daredevil’ yang dilakukan oleh Ivan Beerkus dan Angela Nikolau ini, ramai warganet Malaysia telah tampil mengkritik keberanian mereka yang ‘tidak kena pada tempat’ ini.
Lantas, setelah Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman kelmarin berkata pihaknya akan memanggil Ivan dan Angela untuk merakam kenyataan mereka atas tuduhan menceroboh; sebahagian besar warganet merasakan tindakan itu adalah wajar.
Biarpun Ivan dan Angela sudah bergelar pendaki profesional pelbagai bangunan pencakar langit di seluruh dunia sekaligus mempopularkan setiap satu tarikan tersebut, warganet merasakan keberanian mereka di menara Merdeka 118 tidak seharusnya berlaku.
Tambahan pula, menara itu masih belum beroperasi secara rasmi dan belum dibukan kepada umum.
*
Ads
Bagaimanapun, tetap wujud segelintir warganet yang memuji keberanian pasangan dari Rusia ini.
Menerusi hantaran video terbaru di Instagram Ivan dan Instagram Angela, mereka berdua membuktikan bahawa foto-foto yang tular sebelum ini bukannya palsu dan mereka benar-benar telah mendaki hingga ke puncak menara kedua tertinggi di dunia itu.
Pada ketinggian 679m atau 2,227 kaki, Ivan dan Angela berjaya berselindung daripada ‘ditangkap’ kamera berlitar tutup (CCTV) dan pegawai keselamatan yang bertugas di tapak menara.
Ads
“Semasa pendakian di aras 118, hanya kaki kami sahaja yang terkesan.
“Ada sahaja kes-kes di mana pendaki (di menara Merdeka 118) telah ditangkap sebelum kami. Tiada siapa yang boleh ke sana tanpa dikesan,” kata Ivan yang menjelaskan bahawa mereka berdua sering melakukan ‘homework’ atau kajian terlebih dahulu.
Tambahnya lagi, “Sekuriti bangunan benar-benar melakukan kerja yang bagus. Kami memerlukan masa yang lama untuk naik dan turun dari menara ini tanpa ditangkap.
“Ia adalah pendakian paling sukar dalam hidup saya,” katanya.
Ads
Buat masa ini, masih belum ada kenyataan susulan daripada pihak polis Malaysia mengenai siasatan terhadap pasangan tersebut.
Yang salah tetap salah, namun adakah korang merasakan perbuatan Ivan dan Angela wajar dibanggakan oleh rakyat Malaysia?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi korang yang selalu menyaksikan acara finale pertandingan ratu cantik, pastinya korang tahu satu isu yang akan terpalit dengan wakil Malaysia hampir setiap tahun.
Plagiarisma.
Namun itu hanyalah claim yang dilontar oleh pemerhati serta peminat ratu cantik dari negara seberang, Indonesia.
Entah bagaimana ia boleh dimulakan pada setiap tahun. Ada saja poin yang dibangkitkan oleh sebahagian daripada mereka. Sebahagian ya, bukan kesemuanya.
Seperti pada tahun lalu, kostum nasional yang disarungkan oleh Miss Universe Malaysia 2018, Jane Teoh disamakan dengan elemen kostum nasional Indonesia pada tahun 2017 yang menyamai Orang Utan.
Tahun ini, kostum nasional wakil lelaki negara pula yang menjadi sasaran.
Kostum Miss Universe Indonesia & Miss Universe Malaysia.Wakil Malaysia ke Mister Global 2019.
Dalam sebuah pertandingan antarabangsa yang melibatkan wakil lelaki iaitu Mister Global, wakil Malaysia, Chris Chan telah menyarung kostum ‘Borneo Dayak’ ketika segmen awal pertandingan iaitu Kostum Nasional.
Dibawakan secara langsung dari Bangkok Thailand di Facebook, ia bagaimanapun dicemari dengan komen penonton Indonesia yang mendakwa kostum tersebut berasal dari negara mereka.
Perbalahan pendapat itu juga berlarutan di foto Instagram wakil Malaysia itu.
Menariknya, terdapat juga beberapa komen yang menjelaskan bahawa dakwaan baik daripada penonton Malaysia atau Indonesia itu tidak salah.
Ini kerana suku kaum Dayak berasal dari kepulauan Borneo yang terdiri daripada negara Malaysia, Indonesia dan Brunei. Jadi tidak seharusnya wujud sebarang ‘claims’ yang mengatakan ia milik sesebuah negara.
Lihat foto kostum nasional tersebut di bawah dan jika korang berpendapat ia adalah milik pakaian tradisional Indonesia.
Pakaian tradisional suku Dayak di Kalimantan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang pelajar atau alumni Universiti Putra Malaysia (UPM), mesti dah familiar dengan pokok besar yang ada di atas bukit tu kan?
Baru-baru ini, kecoh tentang pokok tunggal yang berusia puluhan tahun itu tumbang menyembah bumi.
Ada yang mengatakan bahawa pokok itu sudah terlalu tua dan daunnya juga dah tak serimbun dulu.
Pelbagai reaksi daripada orang ramai turut dikongsi di laman media sosial.
Bukan saja menjadi ikonik untuk pelajar UPM, pokok besar tersebut juga kerap kali muncul di kaca TV dan layar perak.
Paling diingati penonton adalah apabila pokok ikonik ini menjadi latar belakang bagi filem Lagenda Budak Setan lakonan Datuk Farid Kamil dan Lisa Surihani.
Selain itu, pokok ini juga pernah menjadi lokasi untuk klip video Di Penjara Janji nyanyian penyanyi terkenal negara, Awie.
Air Asia tidak ketinggalan untuk mengabdikan lakaran gambar pokok lagenda tersebut pada sebuah badan pesawat atas kerjasama mereka dengan UPM pada 12 September 2017.
Tak dinafikan lokasi pokok besar tu memang sangat menarik. Ramai juga pelajar yang menjadikan tempat itu sebagai port ambil gambar time konvo.
Pastinya ia menjadi menyimpan seribu kenangan buat mereka..
Di saat banyak negara bimbang penularan COVID-19 dan menggalakkan rakyat duduk di rumah, negara matahari terbit mengambil pendekatan berbeza mengenai wabak ini.
Satu perkongsian dari rakyat Malaysia yang menetap di Jepun iaitu Zulkarnain Hasan Basri yang juga pengasas Japan Da’wah Centre In Osaka berkongsi di fbnya mengenai kempen dijalankan oleh Jepun di mana rakyat diajar hidup bersama COVID-19 dan masa yang sama melancarkan beberapa kempen bagi menggalakkan ekonomi negara.
Baca perkongsiannya.
Kerajaan Jepun telah memulakan kempen GO TO TRAVEL kepada rakyatnya. Kerajaan akan membayar maximum sehingga 50% daripada kos penempatan.
Next kerajaan Jepun sedang mengkaji untuk kempen GO TO EAT pula. Dimana sesiapa yang makan di restaurant, kerajaan Jepun akan menampung sebahagian harganya.
Ya, kami di Jepun sedang diajar bagaimana mahu hidup bersama Covid.Beberapa ubat untuk melawan penyakit ini telahpun diluluskan untuk digunakan.
Kerajaan Jepun telah membuat keputusan bahawa ekonomi lebih penting daripada menghadkan pergerakan penduduknya. Peratus kematian covid amat rendah jika dibandingkan dengan kerosakan ekonomi yang berlaku jika pengawal pergerakan dilakukan.
Lihat data dan buat keputusan. Diberitakan sejak bulan july, kes bunuh diri telahpun meningkat. Mereka membuat keputusan, kesan penguncupan ekonomi adalah lebih teruk daripada covid.
Think Positif, Allah sedang menguji kita.
Qs 2:155 Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
Qs 2:156 (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."