Pasangan kembar popular, Muhammad Amin Othman dan Muhammad Abid Othman, telah berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Seni Kreatif (Seni Lukis dan Seni Reka) dalam Istiadat Konvokesyen ke-99.
Graduan dari UiTM Merbok Kedah itu, sempat berkongsi pandangan tentang cara pendekatan belajar masing-masing.
Menurut Amin yang juga salah seorang penerima Anugerah Naib Canselor, dia menekankan pentingnya memahami pelajaran di kelas, manakala Abid menekankan adab dan ilmu sebagai kunci keberkatan dalam menimba ilmu.
“Cara yang Amin apply ketika belajar adalah kita kena faham apa yang kita belajar di kelas. Itu paling penting.
Ads
“Cara Abid pula adalah adab yang pertama, yang kedua adalah ilmu. Kita perlu sentiasa menjaga adab dengan guru mahupun pensyarah, di mana adab itulah menjadi keberkatan semasa kita menimba ilmu. Insya-Allah, Allah permudahkan,” kongsi kedua beradik itu.
Pada masa sama, pemenang Anugerah Education Creator Of The Year TikTok Award 2024 itu turut menzahirkan penghargaan buat ibu bapa yang telah menyokong mereka dari peringkat diploma hingga ke ijazah.
Mereka juga menghargai pengalaman berharga yang diperoleh semasa belajar di Korea, hasil bimbingan pensyarah.
“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang selama ini telah menyokong kami daripada pengajian diploma sehinggalah kami meraih ijazah sarjana muda.
“Selain itu, tidak dilupakan buat para pensyarah kami sehingga kami dapat terbang ke negara Korea dan mendapat pengalaman di sana. Alhamdulillah, peluang yang diberikan ini amat bernilai buat kami.
Ads
“Buat adik-adik di luar sana, jika rasa putus asa dalam meneruskan pelajaran. Ingatlah, ia satu ibadah dan amanah Allah kepada kita. Jadi, gunakanlah sebaik mungkin,” tutur Amin.
Sekadar info, pasangan kembar ini mula dikenali ramai di serata media sosial kerana selalu menghasilkan barangan kreatif bersama-sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Abid Othman & FB UiTM Media Rasmi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahhh, sebut sahaja taugeh mesti korang akan terbahagi kepada dua golongan. Sama ada korang akan suka atau tidak suka sama sekali taugeh.
Sumber Gambar : Healthline
Bagi orang yang gemar makan taugeh ia merupakan sejenis sayuran biasa dan no big deal pun kewujudannya dalam menu makanan terutama dalam mee goreng, kuetiau goreng dan sup.
Tapi bagi orang yang tidak suka taugeh, ia bolehlah kita ibaratkan sebagai kryptonite bagi mereka. Tiada tolenrasi and a big NO to taugeh dalam makanan mereka. Malah ada yang sanggup tak sentuh langsung makanan kalau terdapat taugeh dalam masakan.
Kenapakah sayuran ringkas yang tidaklah mempunyai rasa pahit atau jengkel ini cukup untuk membuatkan ramai yang tak suka kepadanya? Sebab tak ada sebarang rasa atau bagaimana?
Terpulanglah pada selera masing-masing. Tapi tahukah korang bahawa taugeh mempunyai khasiatnya yang tersendiri dan memberi banyak kelebihan terutamanya kepada golongan wanita? Nak tahu apakah khasiatnya jom ikutinya di bawah.
Cegah Kanser Payudara
Sumber Gambar : Anna Tarazevich from Pexels
Antara zat yang terkandung dalam taugeh ialah vitamin E yang mempunyai fungsi antioksida. Dan antioksida ini berfungsi untuk mengawal sel radikal bebas yang mampu menjadi trigger kepada kanser terutamanya kanser payudara bagi golongan wanita.
Tingkatkan Tahap Imunisasi
Sumber Gambar : Utusan Borneo
Taugeh juga mengandungi zat yang dikenali sebagai saponin yang berfungsi untuk memperbaiki sistem pertanahan badan dengan cara meningkatkan aktiviti sel-sel darah. Percayalah jika sistem pertahanan badan dijaga dengan baik korang sukar dijangkiti penyakit dan boleh melakukan pelbagai aktiviti dengan baik dan hidup dengan sihat.
Cantik Kulit
Sumber Gambar : Shiny Diamond from Pexels
Vitamin E yang terkandung di dalam tugeh juga boleh membantu untuk memperbaiki dan merawat kulit dari dalaman. Untuk dapatkan kulit yang halus, kenyal, lembap dan terhindar dari masalah kulit makanlah taugeh!
Elak Senggugut
Sumber Gambar : Pexels.com
Mungkin ada sesetengah daripada korang sentiasa berdepan dengan masalah senggugut atau sakit perut ketika menstruasi. Antara cara untuk elakkan daripada ia berulang ialah dengan meminum air putih yang mencukupi dan mengamalkan pemakanan sihat seperti buah dan sayur. Antara sayur yang banyak memberi faedah kepada badan korang ialah taugeh yang mampu melancarkan perjalanan darah dan membantu mentruasi lebih lancar.
BANTU RAWAT KULIT DAN KUKU
Sumber Gambar : Valeria Boltneva from Pexels
Bagi wanita selain kulit dan rambut, kuku juga merupakan antara anggota yang sangat penting. Bak kata orang kuku merupakan ‘jendela’ kepada kebersihan diri seseorang. Taugeh yang kaya dengan vitamin E mampu memberikan kuku yang lebih sihat, bersinar dan tidak mudah patah.
Buat kepada yang tidak gemar makan taugeh, bolehlah cuba untuk berjinak-jinak dengan sayur yang banyak disalah erti. Apa salah taugeh ya? LOL
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu pengambilan vaksin Covid-19 menjadi perdebatan antara individu yang tidak percaya akan vaksin tersebut. Terdapat ramai juga kumpulan anti-vaksin yang mempertikaikan tujuan kerajaan yang mewajibkan pengambilan vaksin tersebut.
Namun kini bagi mereka yang beragama Islam, pengambilan vaksin tersebut adalah wajib jika mahu menunaikan ibadah haji yang dijangka bermula pada tahun ini. Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah menggariskan peraturan hanya mereka yang telah divaksin sahaja boleh melakukan ibadah haji tahun ini.
Menurut agensi Reuters, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah berkata, ia merupakan antara peraturan utama yang ditetapkan kepada para jemaah haji bagi mencegah penularan virus Covid-19.
Tahun lalu, hanya 1’000 jemaah haji yang tinggal di negara itu sahaja boleh menunaikan ibadah haji lantaran penularan virus Covid-19. Setakat ini Arab Saudi telah menyaksikan sebantak 378,002 kes positif Covid-19 dengan 368,926 orang pulih dari virus itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi.
Sumber Gambar : Pexels.com
Sedekah atau pun derma bukan sekadar wang mahupun harta, malah darah juga boleh didermakan. Ia merupaka satu sumbangan yang paling berharga yang boleh diberikan oleh sesiapa pun kepada yang memerlukan.
Keputusan korang untuk menderma darah boleh menyelamatkan satu kehidupan, atau bahkan beberapa nyawa sekaligus. Tapi, apa kata dunia perubatan soal menderma darah semasa berpuasa? Adakah dibenarkan menderma darah dalam keadaan perut kosong?
Menderma darah di bulan Ramadan tidak membatalkan puasa.
Namun, umat Islam digalak menderma selepas berbuka jika menderma darah di siang hari memudaratkan kesihatan sehingga menjejaskan ibadah puasa.
Terbaru, Pusat Darah Negara (PDN) menyeru kepada orang ramai untuk menghadirkan diri menderma darah di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak.
Menerusi ciapan di Twitter, penderma darah yang beragama Islam boleh menderma selepas berbuka puasa dan penderma bukan Islam diseru untuk hadir menderma sepanjang bulan Ramadan ini.
“Makanan berbuka disediakan untuk penderma darah utuh yang menderma,” kata PDN menerusi ciapan itu.
Tidak cuma itu, anda juga membawa kelengkapan sendiri seperti sejadah dan telekung.
Bagi sesiapa yang berhasrat untuk menderma darah, anda boleh ke PDN Jalan Tun Razak pada setiap Isnin hingga Jumaat (7.30 pagi hingga 9 malam) dan pada hari Sabtu dan Ahad atau cuti umum (8 pagi hingga 4 petang).
Jika korang memenuhi syarat-syarat untuk menderma darah dan berada dalam keadaan yang sihat, mungkin ini adalah sumbangan yang boleh dibuat kepada golongan yang memerlukan di bulan puasa ini.
Hari ini kita tolong orang, esok lusa mungkin ada yang tolong kita pula.
Sumber: Pusat Darah Negara
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!