
Khabar baik buat penggemar muzik bergenre Hipdut di Malaysia apabila dua penyanyi terkenal, Tenxi dan Naykilla bakal berkongsi pentas menerusi konsert Panggung Puting Beliung yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Januari tahun hadapan.
Panggung Puting Beliung bukan sekadar konsert biasa. Ia menandakan kemunculan pertama Tenxi di Malaysia — sesuatu yang amat dinantikan oleh peminat tempatan yang mengikuti perjalanan seninya sejak awal.
Tenxi Teruja Persembahkan Muzik Hipdut di Malaysia
Menurut Tenxi, beliau sudah lama ingin beraksi di Malaysia kerana merasakan suasana muzik di sini sangat kuat dan penuh energi. “Kami mahu bawakan sesuatu yang bukan sekadar persembahan, tetapi pengalaman yang orang akan ingat lama selepas konsert berakhir,” katanya dengan penuh semangat.
BACA: Akhirnya Jejakkan Kaki Di Malaysia! TXT Bakal Hangatkan Kuala Lumpur Februari Tahun Hadapan
BACA: Atas Permintaan Ramai! My Chemical Romance Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Selama 2 Hari

Naykilla Janji Persembahan Luar Biasa
Bagi Naykilla pula, Malaysia sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam hatinya. Beliau tidak sabar untuk membuat penampilan sulungnya di pentas Zepp KL sambil menikmati kehangatan sorakan peminat tempatan. “Kami janji, malam itu akan jadi sesuatu yang luar biasa,” ujar Naykilla yang turut teruja dengan kolaborasi dalam Panggung Puting Beliung ini.
Simbol Gelombang Muzik Baru
Untuk pengetahuan, Panggung Puting Beliung bukan sekadar konsert bagi menghiburkan para peminat, tetapi juga satu pentas penting bagi memperlihatkan perubahan arus muzik moden di rantau ini. Kejayaan album Puting Beliung menjadikan Tenxi antara figura penting dalam gelombang muzik baru Nusantara, dengan beberapa lagu popularnya seperti “Garam & Madu”, “Kasih Aba-aba”, dan “Bintang 5” sering tular di platform TikTok.
BACA: Kembali Gegarkan Pentas Malaysia! Afgan ‘Retrospektif Showcase’ Bakal Temui Peminat Disember Ini

Menurut penganjur, Icon Entertainment, pemilihan Tenxi dan Naykilla bukanlah kebetulan. Mereka mewakili suara generasi baharu yang berani mencabar sempadan muzik tempatan. Jurucakap Icon Entertainment menyatakan bahawa Panggung Puting Beliung melambangkan peralihan ke arah pendekatan muzik yang lebih moden dan terbuka dalam kalangan artis rantau ini.

Bagi peminat lagu-lagu Tenxi dan Naykilla, harga tiket konsert akan ditawarkan pada kadar berpatutan sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang terus menyokong perjalanan seni mereka. Tiket rasmi bagi Panggung Puting Beliung akan mula dijual bermula 7 November ini — jadi pastikan anda tidak terlepas peluang menyaksikan persembahan penuh tenaga dan emosi ini di Zepp Kuala Lumpur!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
























