Terbaru, kerajaan mengumumkan bahawa setiap penjawat awam digalakkan untuk mengenakan pakaian batik pada setiap hari bekerja sebagai alternatif kepada pakaian pejabat sedia ada. Inisiatif ini dilihat sebagai satu pendekatan baharu yang lebih fleksibel, selain menyokong usaha penjimatan tenaga dalam sektor awam.

Menerusi sebuah kenyataan yang dikongsikan menerusi Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), langkah tersebut diperkenalkan susulan pelaksanaan penyelarasan suhu penyaman udara di bangunan kerajaan kepada minimum 24 darjah Celsius. Pendekatan ini bertujuan mengurangkan penggunaan tenaga secara lebih berkesan.

Penjawat Awam Digalakkan Pakai Batik Setiap Hari, Sokong Usaha Jimat Tenaga Di Bangunan Kerajaan

 

 

Ads

Penjawat Awam Digalakkan Pakai Batik Setiap Hari, Sokong Usaha Jimat Tenaga Di Bangunan Kerajaan

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, memaklumkan bahawa garis panduan tersebut adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.7.2.3 yang menyentuh mengenai etika pakaian dan penampilan pegawai awam.

“Di bawah perenggan 5, Jadual 1 (iii): Pakaian Pegawai Lelaki Ketika Menjalankan Tugas dan perenggan 8, Jadual 2 (ii): Pakaian Pegawai Wanita Ketika Menjalankan Tugas, pemakaian baju batik adalah diwajibkan setiap Khamis dan digalakkan dipakai pada setiap hari bekerja sebagai alternatif kepada pakaian pejabat,” katanya.

Ads

Pada masa yang sama, penjawat awam turut diberi kelonggaran untuk mengenakan pakaian korporat sepanjang minggu bekerja kecuali pada hari Khamis yang kekal sebagai hari pemakaian batik.

Penjawat Awam Digalakkan Pakai Batik Setiap Hari, Sokong Usaha Jimat Tenaga Di Bangunan Kerajaan

Penjawat Awam Digalakkan Pakai Batik Setiap Hari, Sokong Usaha Jimat Tenaga Di Bangunan Kerajaan

Ads

Tambah beliau, Ketua Jabatan mempunyai budi bicara untuk membenarkan pegawai memakai pakaian korporat atau pakaian kerja lapangan bagi tujuan tertentu selaras dengan keperluan tugasan semasa.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan bahawa kawalan penggunaan tenaga di bangunan kerajaan akan diperketatkan termasuk menetapkan suhu penyaman udara pada minimum 24 darjah Celsius sebagai sebahagian usaha mendepani cabaran krisis tenaga global.

Sumber: Facebook JPA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads