Padam Foto ‘Freehair’ Di Instagram, Julia Farhana Kini Tampil Ayu Berhijab

Share

Selepas ramai selebriti wanita mengenakan hijab, kini giliran pelakon jelita, Julia Farhana Marin pula dilihat tampil ayu berhijab.

“Disclaimer: Rakaman ini dibuat sebelum Ju (Julia) bertudung. Saya patuh kepada tanggungjawab terhadap kolaborasi ini mengikut hantaran yang sudah dijadualkan awal”

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Melebih, Tidak Kurang. Solekan Natural Julia Farhana Boleh Ditiru Dengan 5 Produk Ini

Demikianlah perkongsian pelakon drama Ku Kirim Cinta itu yang seperti mengesahkan penampilannya kini yang sudah mengenakan berhijab apabila memuat naik penjelasan berhubung hantaran terkininya menerusi entri Instagram.

Kata Julia, hantaran tersebut membabitkan gambar lama ketika memenuhi tuntutan kerja kempen promosi barangan perabot serta dekorasi kediaman bersempena kedatangan Aidilfitri yang telah dipersetujui lebih awal.

Pada masa sama, pelakon filem Coast Guard Malaysia itu turut memadam kesemua foto lama sebelum dirinya berhijab, selain hanya meninggalkan gambar yang tidak menampakkan rambut.

Antaranya termasuklah foto bersama suami tercintanya, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada hari pernikahan mereka.

Menjengah diruangan komen, rata-rata peminatnya menzahirkan rasa teruja dengan perkara tersebut selain mendoakan pelakon berkenaan agar terus istiqamah untuk berhijab.

Sekadar informasi, Julia dan Hafiz selamat mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Disember tahun lalu.

SUMBER FOTO: Instagram Julia Farhana

IKLAN