
We are so undeserving..

Tapi itu tak bermaksud REMAJA tak teruja untuk menantikan kunjungan Shawn Mendes ke Axiata Area Bukit Jalil pada 5 Oktober kelak.
Penyanyi pop helok dan berbakat itu mengumumkan bahawa dia telah memilih Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi di Asia bagi menjayakan ‘Shawn Mendes: The Tour 2019’. Shawn, 20 tahun juga dijangka akan melantunkan lagu popularnya daripada album Handwritten (2015), Illuminate (2016) dan Shawn Mendes (2018).

REMAJA dilaporkan bahawa tiket akan mula dijual pada 29 April ini dari jam 10 pagi, pada harga RM258, RM358 dan RM428 menerusi laman web prworldwidelive.com dan myticket.asia.
Sementara itu, korang juga boleh mendapatkan tiket presale yang dijual bermula 25 April ini dari jam 10 pagi.

Untuk mendapatkan tiket tersebut, korang perlu mengunjungi laman web ShawnAccess.com atau muat turun aplikasi ShawnAccess terlebih dahulu.
Selain Kuala Lumpur, Shawn juga memilih beberapa lagi negara ASEAN seperti Indonesia, Filipina Singapura dan Thailand.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sandara Park 2NE1 Nafi Tuduhan Dadah, ‘Unfollow’ Park Bom Di Instagram

Penyanyi dan pengacara terkenal, Sandara 2NE1 baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila tampil bersuara berhubung tuduhan penggunaan dadah yang secara tiba-tiba mengaitkan nama beliau.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Sandara atau nama sebenar beliau Sandara Park (42) akhirnya memberikan respon ringkas selepas namanya disebut dalam satu hantaran kontroversi yang dimuat naik oleh rakan kumpulannya sendiri, Park Bom.
Terdahulu pada 3 Mac lalu, Park Bom memuat naik satu hantaran di akaun Instagram peribadinya yang kembali menyentuh kontroversi lama berkaitan isu ubat-ubatan yang pernah melibatkannya.

Dalam hantaran tersebut, Park Bom menulis, “Sandara Park ditangkap kerana dadah. Dan untuk menutupi hal itu, dia menjadikan aku sebagai pengguna dadah,” kenyataan berkenaan segera mencetuskan kecaman hebat dalam kalangan peminat K-Pop.
Walaupun hantaran berkenaan telah dipadam tidak lama kemudian, tangkap layar perkongsian tersebut sempat tular dengan pantas di pelbagai komuniti di media sosial sehingga menimbulkan spekulasi terhadap Sandara.

Susulan kontroversi itu, Sandara akhirnya memecahkan kesunyian menerusi satu mesej ringkas di Instagram Story miliknya.
“Saya tidak pernah menggunakan dadah. Saya mendoakan yang terbaik untuknya,” tegas Sandara dalam perkongsian berkenaan.
Pada masa yang sama, peminat turut menyedari bahawa Sandara dilihat sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram Park Bom, sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai hubungan antara kedua-dua anggota 2NE1 itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Taeyong NCT Kini Rasmi Dilantik Sebagai Sarjan, Tunjukkan Prestasi Cemerlang Dalam Ketenteraan

Penyanyi terkenal dan anggota kumpulan K-Pop terkenal NCT, Taeyong baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila berjaya meraih kenaikan pangkat daripada koperal kepada sarjan dalam latihan perkhidmatan ketenteraan di Korea Selatan.
Memetik laporan media Korea Selatan, sejak mula menjalani latihan ketenteraan, para peminat NCT iaitu NCTZEN sememangnya sedia maklum dengan komitmen dan kemampuan Taeyong atau pemilik nama sebenar Lee Tae Yong (30) daripada menjadi seorang pelatih biasa dalam pasukan ketenteraan Angkatan Laut kemudian naik kepada kelas satu, koperal dan kini secara rasmi diiktiraf sebagai sarjan.
Pada masa yang sama, peminat dari seluruh dunia turut meluahkan rasa bangga mereka terhadap idola kesayangan di media sosial. Selain itu, ramai yang memuji dedikasi Taeyong dan bagaimana pelantun lagu ‘Love Theory’ dan ‘Long Flight’ mampu membawa semangat sama seperti di atas pentas ke medan ketenteraan, membuktikan bahawa beliau bukan hanya seorang idola biasa.

Walaupun jauh dari spotlight K-pop buat sementara waktu, perkembangan Taeyong dalam ketenteraan tetap mendapat perhatian serta NCTZEN menyifatkan ini sebagai satu inspirasi, terutamanya buat golongan muda yang mengikuti perjalanan kerjaya beliau sejak awal.
Kenaikan pangkat Taeyong ini bukan sahaja menunjukkan peningkatan dalam kerjaya tenteranya, tetapi juga mencerminkan karakter sebenar beliau yang disiplin dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan.
Sekadar info, pangkat koperal adalah satu tahap penting dalam struktur ketenteraan. Seorang koperal biasanya diberi tanggungjawab untuk mengawasi prestasi anggota bawahan di bawah arahannya, dengan tugasan yang datang terus daripada sarjan.

Sementara itu, dalam konteks perkhidmatan tentera, koperal dianggap sebagai antara pangkat permulaan dalam kalangan pegawai bintara dan berperanan sebagai ketua bagi satu unit kecil atau regu tentera.
Kini setelah dinaikkan pangkat, Taeyong memegang status sebagai sarjan iaitu satu pangkat yang diberikan kepada anggota tentera yang telah menunjukkan kemahiran, disiplin dan pengalaman yang kukuh, bertugas memimpin pasukan, bertanggungjawab dalam aspek latihan, kebajikan, dan disiplin anggota di bawahnya.
Menerusi status baharu sebagai sarjan, tak mustahil prestasi Taeyong akan terus menyerlah. Apa yang pasti, peminat akan terus menyokong dari jauh sehingga hari beliau kembali semula ke dunia hiburan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat
![[ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat 26 [ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/06/199129.jpeg)
Setelah kebenaran untuk menunaikan solat Jumaat di zon berstatus hijau telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan minggu ini, beberapa masjid di kampus Institut Pengajian Tinggi seluruh negara mula menerima kunjungan jemaah secara perlahan-lahan, sebentar tadi.
Walaupun kapasiti jemaah yang dibenarkan hanyalah satu pertiga daripada kapasiti penuh, namun jemaah rata-rata meluahkan rasa syukur mereka apabila tuntutan agama ke atas kaum lelaki yang memenuhi syarat itu mulai ditunaikan.
Bersesuaian dengan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang sedang berlangsung sekarang, jemaah perlu beratur mengikut marking yang ditetapkan untuk merekodkan suhu sebelum dibenarkan masuk.
Cara solat Jumaat ditunaikan juga berbeza daripada biasa apabila jemaah dijarakkan sejauh 1 meter di antara satu sama lain, selain diwajibkan memakai pelitup muka.
Setelah tamat sesi solat Jumaat, jemaah terus diminta bersurai secara tenang.
Jom lihat gambaran masjid di IPT tempatan terpilih yang dikongsikan oleh warganet.
Masjid Muhammad Al-Fateh
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
![[ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat 27 [ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/06/199125.jpeg)
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah
Universiti Islam Antarabangsa Gombak
![[ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat 28 [ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/06/199126.jpeg)
Masjid An-Nur
Universiti Teknologi Petronas Perak
![[ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat 29 [ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/06/199124.jpeg)
Masjid Sayyidina Abu Bakar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
![[ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat 30 [ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/06/199123.jpeg)
Pusat Islam UTMKL
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
![[ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat 31 [ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/06/199128.jpeg)
Universiti Malaysia Pahang
![[ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat 32 [ FOTO ] Masjid Di IPT Tempatan Perlahan-Lahan Terima Kunjungan Jemaah Tunai Solat Jumaat](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/06/199127.jpeg)
*
Dalam pada itu, ada universiti yang perlu menangguh solat jumaat di masjid utama kampus memandangkan ia tidak termasuk dalam senarai masjid yang diperkenankan untuk mendirikan solat jumaat.
Antaranya termasuklah masjid di kampus Universiti Teknologi MARA Shah Alam.
Tak mengapalah.
Yang penting solat Jumaat perlahan-lahan ditunaikan selari dengan norma baharu di Malaysia, Alhamdulillah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

