“Okey Insya-Allah” -Naim Daniel Muncul Di Mahkamah Ditemani Ibunya

Share

Spekulasi mengenai penglibatan seorang selebriti lelaki terkenal dalam kes amang seksual terhadap remaja perempuan akhirnya seakan-akan terjawab hari ini apabila kelibat penyanyi dan pelakon Naim Daniel dilihat hadir ke Mahkamah di Putrajaya, pagi tadi.

Penyanyi berusia 28 tahun itu tiba sekitar 8.34 pagi dengan mengenakan sut serba hitam, menaiki sebuah kereta

Mercedes berwarna putih dan ditemani oleh ibunya, Nora Taherah.

Ketika ditanya oleh pihak media mengenai kehadirannya, Naim hanya sempat mengucapkan ringkas.

Assalamualaikum, okey Insya-Allah.

Namun begitu, Naim tidak menjelaskan tujuan sebenar beliau berada di mahkamah.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa Pejabat Pendakwa Raya Selangor telah mengeluarkan arahan pertuduhan terhadap suspek, yang disiasat di bawah Seksyen 14(a), Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792)

.

Kesalahan ini melibatkan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Kredit: Instagram Naim Daniel

Difahamkan, selebriti berkenaan yang

baru pertama kali membawa mangsa ke sebuah hotel, mula berkenalan dengan remaja tersebut kira-kira dua bulan lalu. Perkara itu diperoleh hasil siasatan awal oleh pihak polis.

Terdahulu, individu terbabit telah ditahan pada 3 Jun lalu, selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap mangsa di sebuah hotel sekitar Selangor. Suspek bagaimanapun

dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: MH

Published by
Fath