“Oh Mak Kau!” Comel Je Suzy & Lee Seung-gi Cakap BM

Share

 

Dapat bayangkan selebriti Korea menyebut, “Oh Mak Kau” ?

 

Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada video promosi saluran atas talian, Netflix untuk mempromosikan K-drama terbaru mereka, Vagabond kepada penonton di Malaysia.

Sebelum ini, pelakon Hollywood Neoh Centineo dan Odiseas Georgiadis pernah melakukan video berkonsep seakan sama untuk mempromosikan filem The Perfect Date. Kali ini, tiba giliran pelakon Korea Selatan pula.

Pasangan serasi, Bae Suzy dan Lee Seung-gi yang merupakan teraju utama drama Vagabond diminta untuk meneka maksud beberapa slang percakapan berbahasa Malaysia.

“Jom tengok siapa yang dapat pelajari Bahasa Malaysia dengan lebih pantas!” kata Seung-gi sebelum bermula.

Antaranya slang yang perlu mereka teka maksudnya termasuklah ‘Oh Mak Kau’, ‘Alamak’, ‘Fuyoh’, ‘Power’ dan ‘Member’.

Kami ingatkan game seperti ini mudah untuk Suzy dan Seung-gi memandangkan mereka agak familiar dengan peminat di rantau ASEAN. Tetapi tidak! Hehe..

Ada jawapan yang mereka dapat agak, ada yang tersasar.

Cer tengok video yang dikongsikan oleh Netflix Malaysia di bawah. Serius comel!

Bukan hanya REMAJA yang merasakan video tersebut comel. Ramai penonton Netflix di Malaysia juga berpendapat sedemikian.

 

 

Kami pun terus terasa nak tengok drama bersiri Vagabond ni.

Best tak?

*

HEY GIRLS WE’RE BACK

 

IKLAN