Masyarakat Malaysia seolah “terdidik” untuk mengatakan sesuatu makanan itu SEDAP asalkan ia ditularkan di media sosial.
Lihat saja impaknya, asal ada saja kedai jual sedap, besar, murah berlumba-lumba kita mahu mencuba tanpa mahu memastikan sama ada bersih, halal atau pun tidak.
Buktinya ketika kedai serbaneka asal Jepun, Family Mart memperkenalkan ODEN, makanan cucuk ala-ala steambot, orang ramai perlu beratur agak lama sebelum boleh menikmati oden yang sangat lazat ini kerana kedai terlalu penuh.
Yummy, ramai penggemar akui oden dari Family Mart ini sedap. Tapi bagi korang yang nak buat sendiri pun boleh. Beli perisa tomyam dan asam pedas kemudian satukan keduanya. Rasanya sama macam dijual di kedai tau.
Namun pendedahan dari portal fb atas nama Sahabat Halal yang mulai tular sejak semalam mula membuatkan masyarakat terpana kerana kedai serbaneka ini sebenarnya tidak mempunyai status halal pun.
Dalam makluman terkininya, fb Sahabat Halal ini menulis, premis Family Mart bukan pemegang Sijil Halal. Maka status halal makanan-makanan yang dikira kritikal dari aspek syarak yang dijual di dalamnya terutama yang jenis masak di premis tidak diketahui status halalnya kerana tiada semakan dan pengesahan dari pihak berkuatkuasa.
Nak tahu premis yang ada sijil halal, lakukan carian di www.halal.gov.my
Terima kasih dan semoga dijauhkan kita semua dari perkara yang SYUBHAH dan HARAM.
Ads
Carian mendapati status syarikat tiada dalam Portal Rasmi Halal Malaysia
Untuk membuktikan hal ini, REMAJA memasuki portal rasmi Halal Malaysia dan carian ketika menulis nama FAMILY MART mendapati status permohonan syarikat berkaitan premis ini TIADA.
Owh, jadi oden nie halal ke tidak ya? Ramai dah makankan sebab ramai yang kata rasanya betul-betul sedap!
Sebelum korang terus panik dan bertanya status sesuatu makanan itu bagaimana, REMAJA menghubungi Imam Muda Asyraf berkenaan makanan halal yang harus dititik beratkan oleh umat Islam demi menjaga hati yang ada kaitan dengan roh dan juga fizikal. Masa yang sama, beliau turut ditanya apa yang harus dilakukan andai seseorang itu sudah termakan makanan diragui statusnya?
Imam Muda Asyraf berkata, premis yang tidak sijil halal makanannya tidak semestinya haram. Cuma belum memohon lagi. Tapi umat Islam memang digalakkan mencari yang halal kerana ia fardhu
Menurut Imam Muda Asyraf, premis yang tidak melekatkan sijil halal tidak semesti haram makanannya.
“Sebagai contoh kedai tomyam, warung nasi lemak dan lain-lain lagi. Ikutkan semua kedai-kedai kecil ini tidak mempunyai sijil halal. Tapi kita biasanya yakin dan tak ragu-ragu pun nak makan kerana melihat kepada siapa pemilik dan tukang masaknya. Masa yang sama nak mohon sijil halal ini perlukan masa kerana bukan senang.
Ads
“Ini sama jugalah dengan premis makanan mewah dan mahal. Tapi kebiasaannya kalau syarikat itu mampu membayar sewa bulanan yang mahal, maka dia juga berkemampuan memohon sijil halal yang biasanya mengambil masa yang lama.
“Permohonan sijil halal ini perlu bagi meyakinkan orang ramai bahawa premis itu halal dan tidak bersifat syubahah,” jelasnya.
Tambah Imam Muda Asyraf lagi, sesuatu makanan yang bersifat syubahah atau meragukan status halalnya perlu dielak sama sekali demi menjaga fizikal dan roh itu sendiri.
Bagaimana kalau dah termakan benda yang syubahah?
Kata Imam Muda Asyraf lagi, biasanya bagi mereka yang selalu atau sengaja makan benda yang diketahui haram ini, hatinya menjadi gelap.
Ads
“Ada hadis soheh menyebut tentang ini. Hati kita akan jadi hitam, malas untuk bersolat. Apa yang kita doa pada Allah tidak akan dimakbulkan. Inilah beberapa sebab mengapa kita tidak digalakkan memakan benda haram,”katanya lagi.
Kalau dah termakan bagaimana tanpa tahu ia halal atau tidak?
Jangan bimbang kerana Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.
Kata Imam Muda Asyraf, kalau dah makan sebab tak tahu, cukuplah meninggalkannya sama sekali, tidak mengulanginya lagi dan selalulah lidah beristigfar memohon keampunan dari Allah taala.
“Allah itu lebih maha mengetahuinya,” katanya ketika dihubungi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Banyak betul gosip percintaan melibatkan selebriti Korea pada minggu ni.
Pada awal minggu, khabarnya pelakon Park Shin Hye sedang bersama Choi Tae Joon. Kini, tiba pula giliran gosip kononya pelakon Lee Dong Wook dan Bae Suzy sedang bercinta. Wow, cantiknya couple ni!
Kelmarin, media dari Korea Selatan, TV Report telah mengeluarkan bingkisan tentang gosip ini. Menurut sumber rapat mereka, pada awalnya, Dong Wook dan Suzy sekadar berkawan saja di lokasi penggambaran, namun hubungan itu menjadi lebih rapat dan hhm – romantik.
Sehingga kini, masih belum ada confirmation daripada pihak agensi mereka berdua iaitu King Kong dan JYP. So terpaksalah kita semua menunggu laporan rasmi, atau foto dating mereka berdua tersebar. Hehe..
Sebelum ini, Suzy menjalinkan hubungan dengan seorang lagi aktor kacak, Lee Min Ho namun hubungan itu tak berkekalan kerana masalah di antara mereka. Walaupun kami memang merasakan Suzy dan Min Ho sangat sepadan, tetapi iyalah, Suzy dah move on dengan Dong Wook. Eh!
Ini dia 4 perkara mengenai hubungan baru ini yang mungkin korang akan rasakan menarik.
01
Semasa Suzy merupakan tetamu di rancangan Strong Heart pada tahun 2012, di mana Dong Wook merupakan pengacara tetap, Suzy mengakui kualiti lelaki idealnya ada dalam diri Dong Wook. Ramai juga media yang melaporkan bahawa pelakon drama Goblin itu juga menyukai gadis bersifat rendah diri dan ceria, seperti Suzy.
Ramai yang terkejut pada awalnya kerana mereka berdua mempunyai perbezaan umur 13 tahun. Dong Wook dilahirkan pada tahun 1981 manakala Suzy pula lahir pada tahun 1994. But what is there in age differences, kan?
03
Ada yang pernah melihat mereka berdua di sekitar daerah Cheongdam-dong di Seoul. Tapi tak diketahui sama ada mereka kebetulan mempunyai urusan tertentu ataupun sedang dating.
04
Sebelum ini, ada beberapa gosip liar tentang lelaki yang menjadi pilihan Suzy selepas putus dengan Lee Min Ho. Ada yang berkata dia secara senyap bersama dengan Lee Jong Suk kerana imej #relationshipgoal mereka di dalam drama While You Were Sleeping. Ada juga yang berkata Suzy dan Lee Min Ho cuba untuk kembali bersama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sedih juga apabila kami sebagai rakan media dan rakan selebriti, Emma Maembong perlu melaporkan berita sebegini..
Namun seperti yang dinyatakan sebentar saja tadi oleh Emma melalui klip Instagram Live bersama rakan di Rotikaya, dia menegaskan bahawa tiada siapa yang memaksanya untuk memakai hijab 4 tahun lalu mahupun memaksanya menanggalkan hijab sekarang.
Keputusan tersebut 100 peratus datang daripada dirinya sendiri. Walaupun tahu akan kesalahannya tersebut, Emma enggan sesiapa untuk menunding jari terhadap ahli keluarganya dan kenalan rapatnya sebagai punca dia menanggalkan hijab.
”4 tahun lalu, saya memakainya atas kehendak sendiri. Walaupun saya dikelilingi oleh rakan yang tidak berhijab dan tidak semua ahli keluarga saya juga berhijab, saya peroleh kekuatan untuk teruskan dengan niat (untuk berhijab) daripada mereka juga.
”Mereka fahami kehendak dan keperluan saya sepanjang tempoh itu. Jadi janganlah mereka dibebankan pula dengan cerita yang tak benar.
“Sejak ura-ura ini keluar, masih ramai yang menasihati saya secara baik dan untuk itu saya amat berterima kasih.
Foto terbaru Emma Maembong di akaun Instagram.
”Kalau ada kelakuan saya yang kurang disenangi, tegurlah saya, nasihat dan motivate saya secara baik. Jangan pula merekacipta dan memburukkan keadaan,” pinta Emma yang dilihat sudah tidak berhijab di dalam temuramah tersebut.
Ditanya mengenai gelaran yang dihambur netizen kepada Emma – antaranya seperti hipokrit mungkin kerana Emma sendiri pernah melancarkan koleksi hijab sebelum ini, dia merasakan mereka tidak layak untuk menggelarnya sebegitu.
Koleksi My Sketchbook Shawl by Emma Maembong
”Semua orang ada lakukan kesilapan dan semua orang ada jalan kehidupan masing-masing. Saya mungkin tak pernah melalui kepayahan yang kamu lalui dan sebaliknya begitu juga.
”Tak apalah, saya terima saja kata-kata mereka. Asalkan saya ada keluarga dan kenalan rapat yang memberi sokongan dan motivasi dari belakang, cukuplah.”
Keputusan Emma Maembong untuk menanggalkan hijab berlaku selepas insiden gambarnya tanpa hijab dan berseluar pendek tersebar di internet minggu lalu. Ia diikuti dengan penjelasan daripada Emma sendiri yang memohon maaf atas kekhilafannya serta penjelasan abang kepada Menteri Belia & Sukan, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang berada di dalam gambar tersebut.
Sumber: Kosmo Online
Setiap manusia itu ada cabaran hidupnya dan ini adalah cabaran untuk insan bernama Emma Maembong. Semoga dia tabah dan kita doakan dirinya serta diri kita sendiri untuk perlahan-lahan berubah ke arah kebaikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketika ini kecoh di media sosial mengenai berita penangkapan ejen Mossad yang merupakan sebuah agensi perisikan negara Israel. Paling mengejutkan tertuduh ditangkap yang merupakan warganegara Malaysia dipercayai direkrut oleh agensi tersebut untuk menjalankan tindakan seperti yang diarah.
Kejadian cuba menculik dua warga Palestin yang kini menetap di Malaysia menjadi titiktolak kepada terbongkarnya rangkaian ejen Mossad yang aktif di Malaysia. Namun tahukah anda, sebelum ini seorang rakyat Malaysia juga pernah ditangkap kerana menjadi ejen perisik negara asing?
Dia ialah Siddiq Mohamad Ghouse yang merupakan setiausaha politik kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad selama tujuh tahun ketika bekas Perdana Menteri Malaysia itu bergelar Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri. Siddiq merupakan pengasas UMNO bahagian Ampang Jaya dan pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua UMNO Sungai Petani.
Kes tersebut menjadi perhatian umum apabila Siddiq ditangkap pada 13 Julai 1981, tiga hari sebelum Tun Dr. Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Memetik laporan Utusan Malaysia, dia terlebih dahulu dibuang kerja beberapa hari sebelum ditangkap dan ditahan sebagai tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Perisikan yang dijalankan pihak Polis Cawangan Khas mendapati ejen KGB selalu menemui Siddiq di kawasan gelap pada waktu malam, sesetengah pertemuan itu dibuat dalam kereta Siddiq sendiri.
Seiring dengan penangkapan Siddiq, semestinya isu tersebut menjadi satu perkara yang dibimbangi boleh menggangu gugat keamanan negara lantaran penglibatannya sebagai ejen perisik KGB. Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, KGB merupakan sebuah agensi perisikan yang dimiliki oleh kerajaan Soviet Union sebelum kesatuan itu berpecah menjadi beberapa buah negara pada 1991.
Menurut laporan daripada keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 14 Julai 1981 pula, seiring dengan penangkapannya, tiga orang pegawai Kedutaan Soviet di Kuala Lumpur telah diarahkan keluar negara pada hari tersebut sebelum pukul 12.30 tengahhari. Pengusiran tiga pegawai tersebut merupakan kejadian pertama seumpamanya yang berlaku di negara ini.
Namun penglibatan Siddiq sebagai ejen KGB bukanlah baru diketahui oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu. Beliau sudah menghidu kegiatan Siddiq sejak 1979, namun beliau mengambil keputusan untuk mengekalkan Siddiq sebagai pekerjanya bagi memudahkan pihak polis membuat siasatan menyeluruh dan mengutip bukti-bukti terhadap Siddiq dan juga ejen-ejen Soviet.
Walau bagaimanapun, Tun Dr. Mahathir ketika itu menjelaskan keselamatan negara tidak terjejas memandangkan apa yang dilakukan Siddiq tidak ada yang berguna bagi ejen-ejen Soviet. Ini kerana dia tidak dibenarkan memegang dokumen berdarjah ‘rahsia besar’ negara ketika bertugas sebagai Setiausaha Politik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.