
Selesa, comel dan penuh warna-warni! Begitulah gambaran paling tepat untuk kolaborasi terbaru Skechers bersama Care Bears yang menghidupkan kembali karakter ikonik dari zaman kanak-kanak menerusi koleksi kasut yang cukup playful. Menggabungkan elemen nostalgia dengan rekaan kontemporari, koleksi ini tampil sebagai pilihan menarik buat peminat Care Bears daripada pelbagai generasi yang mahu menyuntik sedikit keceriaan dalam gaya harian.
Baru saja dilancarkan pada 11 September lalu, koleksi ini merangkumi dua gaya Foamies untuk wanita, satu rekaan Foamies untuk kanak-kanak perempuan serta enam model kasut untuk kanak-kanak perempuan dan toddler. Setiap rekaan mengetengahkan karakter Care Bears, warna-warna ceria, kemasan ‘glitter’ dan elemen ‘light-up’, selain dilengkapi teknologi ‘comfort’ daripada Skechers seperti ‘Air-Cooled Memory Foam’, ‘flexible traction outsole’ dan material EVA kalis air pada model terpilih.
Menurut Presiden Skechers, Michael Greenberg, elemen nostalgia menjadi antara tarikan utama kolaborasi ini, khususnya apabila Care Bears terus dekat dengan generasi dewasa yang membesar bersama karakter tersebut.
“Nostalgia sedang mendapat tempatnya dan Care Bears merupakan antara kenangan zaman kanak-kanak yang paling menjadi dambaan jutaan orang dewasa hari ini.”
“Mereka membesar dengan mesej tentang kasih sayang, perpaduan dan keselamatan emosi yang kami rasakan sangat selari dengan misi jenama kami untuk memberikan keselesaan kepada dunia,” katanya.
Selain itu, beliau melihat koleksi ini sebagai gabungan segar dan ‘playful’ yang membolehkan peminat meraikan karakter Care Bears kegemaran mereka menerusi pelbagai warna dan corak pada rekaan ikonik Skechers.
Bagi koleksi wanita, Foamies Max Cushioning hadir dengan pilihan warna seperti Pink, Lavender dan White pada harga RM299, menampilkan enam karakter Care Bears termasuk Cheer Bear, Good Luck Bear dan Sweet Dreams Bear. Sementara itu, Foamies Surge berharga RM259 hadir dalam
Lavender, Blue dan Pink dengan elemen pelangi, bintang, awan serta CaliBits berbentuk wajah karakter Care Bears. Untuk si kecil pula, Foamies Swifters berharga RM199 menawarkan rekaan bertali pelangi bersama perincian Care Bears dan ciri yang lebih ‘light-up’.Sementara itu, pilihan kasut ‘sneakers’ untuk kanak-kanak pula hadir menerusi beberapa siri termasuk Skechers x Care Bears Hugs N Snugs, Skechers Street x Care Bears UNO Lite serta Skechers Twinkle Toes x Care Bears Twinkle Sparks. Harga bermula RM259, dengan rekaan yang menampilkan karakter Care Bears, grafik berwarna-warni, glitter serta ciri
light-up dan cushioned insoles.Lebih daripada sekadar aksesori pelengkap gaya, koleksi ini membawa semula dunia “Care-A-Lot” dalam bentuk yang lebih dekat dengan kehidupan seharian. Daripada outing santai hinggalah pengembaraan kecil bersama keluarga, rangkaian ini direka untuk memberikan pilihan mengikut personaliti pemakai sambil mengekalkan fokus Skechers terhadap keselesaan dan fungsi.
It is your time to look adorable! Bermula daripada RM199, koleksi Skechers x Care Bears kini boleh didapati di cawangan terpilih Skechers seluruh negara termasuk 1 Utama Shopping Centre, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC Mall dan The Exchange TRX Mall, selain boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman rasmi Skechers Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.