Rebecca sebelum ini selamat melahirkan bayi seberat 2.71 kilogram di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur pada Jumaat 12 Mei 2023. Terbaru, menerusi hantaran di Instagram mengumumkan nama penuh bayi lelakinya iaitu Nor Ammar Al-Rizky.
“Di pagi Jumaat yang barokah ini, saya memperkenalkan kepada anda semua nama bayi saya, iaitu Nor Ammar Al-Rizky.
Alhamdulillah hari ini Jumaat, hari kelapan buat baby Ammar yang dan mummy yang baru melahirkan.
Ads
Semoga Baby Ammar membesar dengan sihat, Bijak pandai, menjadi anak yang soleh, dan di jaga Allah SWT di setiap langkahNya, Ameen”– tulis Rebecca di Instagram
Dedah Wajah Penuh Bayi Lelaki Lepas Berpantang
Ads
Tambahnya lagi, Rebecca turut menjelaskan bahawa dia bakal mendedahkan wajah penuh anaknya itu setelah dirinya selesai menjalani tempoh berpantang.
Ads
Terdahulu, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Nur Azman pada 14 Januari 2011. Pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Aliff Al-Raffael, 7, Nor Ahmed Al-Reaggan, 4 dan Nor Aurora Riana, 4.
Memang unik-unik nama anak Rebecca ni, apa-apapun tahniah kami ucapkan!
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramadan tahun lalu pastinya menjadi memori yang sukar dilupakan buat penyanyi dikir barat, Eda Ezrin.
Bukan sekadar berpuasa dalam tahanan, malah dia terpaksa menyambut Syawal di sebalik tirai besi tanpa insan tersayang di sisi. Namun, setahun berlalu, takdir menghadirkan sinar baharu dalam hidupnya.
Kini, Eda atau nama sebenarnya Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 31, memilih untuk bangkit dan mengisi Ramadan dengan cara yang lebih bermakna iaitu dengan berniaga colek bersama suami tercinta.
Ujian 9 Bulan Yang Mematangkan
Ramadan kali ini cukup berbeza buat Eda selepas melalui detik hitam apabila ditahan hampir sembilan bulan di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand.
Lebih menggembirakan, penyanyi yang terkenal dengan lagu Bae Soba Bae itu kini sedang hamil lapan bulan dan dijangka melahirkan cahaya mata ketiga pada Mei ini.
“Ramadan kali ini sangat bermakna buat saya dan suami, Mohd Affendi Ahmad, 36, selepas diuji selama sembilan bulan berada dalam penjara di Wilayah Narathiwat.
“Kali ini saya menyambut Ramadan dengan anak dan keluarga. Sepanjang Ramadan, saya dan suami berniaga colek iaitu menu terkenal di negeri ini.
“Sambutan luar biasa di kedai kami di Bulatan Jam Besar, di sini, sehingga tidak menang tangan melayan pelanggan.
“Bidang jualan makanan tidak asing buat saya kerana sebelum ini pernah membuka kedai makan dan berniaga colek,” katanya.
Dari Tirai Besi Ke Bulatan Jam Besar
Terdahulu, media melaporkan Eda Ezrin bersama suami dan empat rakannya dibebaskan dari Penjara Pusat Narathiwat pada 6 Ogos tahun lalu selepas lebih sembilan bulan ditahan.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwa raya Thailand gagal mengemukakan saksi dan bukti untuk merayu kes berkenaan.
Pada 14 Januari tahun lalu, Eda Ezrin dan lima yang lain termasuk suaminya didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil Yaba dan penggunaan dadah.
“Saya Boleh Menangis Bila Terkenang…”
Mengimbau kembali Ramadan lalu, Eda mengakui ia adalah fasa paling mencabar dalam hidupnya.
“Setiap kali terkenang, saya boleh menangis memikirkan peritnya menanggung rindu terhadap anak dan suami.
“Namun, saya mengambil ujian itu dari sudut positif yang boleh mematangkan saya. Sepanjang Ramadan di penjara wanita, saya menjadi bilal untuk solat Tarawih dan solat sunat Aidilfitri,” katanya.
Pengalaman itu bukan sahaja menguji ketahanan emosi, malah membentuk dirinya menjadi lebih tabah dan matang dalam menilai kehidupan.
Nama Tercalar, Sokongan Tetap Ada
Walaupun terpalit kontroversi, Eda bersyukur kerana masih menerima sokongan peminat yang tidak pernah berhenti memberi semangat.
“Kehidupan semakin baik, saya akan mengeluarkan lagu raya tidak lama lagi, namun sepanjang Ramadan, saya tidak mengambil tawaran membuat persembahan.
“Saya berharap peminat terus memberi semangat untuk terus bangkit dalam bidang seni dikir barat,” katanya.
Daripada tirai besi ke dapur colek yang tidak putus pelanggan, kisah Eda Ezrin membuktikan bahawa setiap manusia berhak mendapat peluang kedua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: BH Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak perlu lagi korang dari Sarawak untuk bersusah payah terbang ke Semenang untuk mendapatkan produk dari Mamonde selepas ini.
Sebelum ini, Mamonde telah menemui penggemar jenama penjagaan kecantikan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Johor Bahru. Dan daripada sambutan yang diterima, ramai yang mengakui akan keberkesanan produk buatan Korea Selatan itu.
Kini, tiba masa untuk kiosk pertama Mamonde dibuka di Sarawak pula!
Bertempat di Ground Floor Vivacity Megamall, Kuching, korang boleh mendapatkan produk berasaskan bunga yang terbaru daripada jenama itu. Antara produk yang dijangka akan menjadi pilihan rakan-rakan kami di Sarawak ialahPang Pang Hair Shadow, Creamy Tint Squeeze Lip, Pore Clean Blackhead Stick, Everyday Sun Stick, Rose Water Toner dan banyak lagi.
Walaupun kiosk-nya tidaklah sebesar stor biasa, tetapi mereka pasti mempunyai stok yang disediakan khas untuk korang.
Tambahan pula dengan sijil Halal yang diterima Mamonde baru-baru ini daripada JAKIM, lebih ramai yang yakin untuk menggunakan jenama itu selepas ini.
Dengar cerita, kiosk kedua Mamonde akan dibuka di Lembah Klang pula pada tahun hadapan. Tak sabar!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi K-Pop kelahiran Malaysia, Isaac Voo yang juga merupakan ahli kumpulan SKYE (dahulunya dikenali sebagai IN2IT), mengumumkan bahawa beliau kini menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sebagai satu penghormatan terhadap negara.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, penyertaan Isaac atau pemilik nama sebenar Isaac Voo Kai Meng (31) dalam PLKN telah menarik perhatian ramai kerana beliau merupakan antara rakyat Malaysia pertama dari industri hiburan Korea Selatan yang menunjukkan komitmen terhadap program patriotik tersebut.
Menurutnya dalam satu temu bual, keputusan menyertai PLKN dipengaruhi oleh semangat yang timbul selepas melihat rakan-rakan anggota kumpulannya di Korea menyertai khidmat ketenteraan. Pengalaman itu telah mendorong pelantun lagu ‘Shining Star’ untuk turut serta merasai suasana latihan sebagai seorang askar.
“Saya menyertai PLKN 3.0 untuk berkhidmat kepada negara tetapi saya bersedia untuk berkhidmat sebagai lelaki anda,” tulisnya.
“Memang tak sangka dapat peluang pakai baju celoreng dan pegang senjata sebenar Rifle M16. Tapi jangan risau, saya bukan nak tukar profesion,” katanya ringkas.
Isaac juga dilihat teruja dengan peluang yang diberikan dan menyifatkan penyertaannya sebagai satu pengalaman berharga dalam kehidupannya, selain menzahirkan rasa bangga sebagai anak Malaysia.
Buat masa ini, Isaac telah ditempatkan di Lapang Sasar Mawilla, Markas Wilayah Laut 1, di mana dia menjalani latihan bersama peserta-peserta lain dari pelbagai latar belakang.
Langkah Isaac menyertai PLKN disambut positif oleh peminat dan para peminat yang melihatnya sebagai contoh terbaik artis muda yang mengangkat nilai cinta akan tanah air melalui tindakan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!