
Usahawan dan personaliti media sosial, Noor Nabila sekali lagi menjadi tumpuan apabila mendedahkan rahsia di sebalik wajah berserinya.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Nabila memberitahu bahawa dia sanggup melabur lebih RM140,000 setahun
untuk rawatan kecantikan kulit semata-mata untuk tampil yakin walaupun tanpa solekan.Perkongsian tersebut nyata mengejutkan ramai warganet.
Rata-ratanya terkesima dengan jumlah yang diperuntukkan oleh kakak kepada usahawan dan hos terkenal, Noor Neelofa itu
semata-mata bagi memastikan kulit wajahnya kekal sihat, segar dan berseri setiap masa.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.