Sesuai sangat nombor pendaftaran ini kita beli sebagai ingatan untuk orang disayangi. Apatah lagi perkataan SYG sangat sinonim dengan panggilan bagi setiap pasangan.
Memetik laporan Berita Harian, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip hasil bidaan lebih RM3.4 juta bagi nombor pendaftaran SYG yang dikeluarkan JPJ Sabah iaitu yang tertinggi mengatasi bidaan bagi nombor pendaftaran ALL sebelum ini.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, berkata jumlah bidaan itu RM100,254 melebihi kutipan nilai bidaaan untuk nombor pendaftaran ALL yang dibuka JPJ Perak pada September tahun lalu.
Ads
Beliau berkata, bidaan bagi siri nombor pendaftaran itu dibuka selama enam hari sehingga 15 Jun lalu melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid). "SYG 1 menjadi nombor paling mahal dibida melalui pelaksanaan JPJeBid dengan bidaan nilai tertinggi RM115,000 daripada 14 pembida.
"Bidaan kedua tertinggi adalah nombor pendaftaran SYG 9 bernilai RM70,000, diikuti SYG 9 yang bernilai RM52,000 dan SYG 10 dengan nilai bidaan sebanyak RM50,000," katanya dalam sidang media di ibu pejabat JPJ di sini hari ini.
Ads
Dalam pada itu, nombor lain yang turut menerima bidaan paling ramai adalah SYG 8055 dengan 25 pembida dan nombor berkenaan berjaya dibida dengan nilai RM19,000.
Nombor lain adalah SYG 4111 yang dibida oleh 22 pembida dan berjaya dibida dengan nilai RM5,500 serta SYG 174 yang dibida 19 pembida dan berjaya dibida dengan nilai RM7,500.
Ads
"Seramai 7,424 pembida daripada 190,225 pengguna yang berdaftar dengan JPJeBid membuat bidaan untuk siri nombor pendaftaran SYG.
"Sebanyak 3,173 siri nombor berkenaan dibida melalui JPJeBid dan selebihnya 6,826 lagi nombor yang tidak dibida akan dibuka kepada orang ramai untuk pembelian mulai 1 Julai depan," katanya.
Sumber : Berita Harian Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang diramalkan oleh banyak pihak, Mira Filzah nyata mempunyai kelebihan pada malam ini setelah pelakon manis tersebut diangkat sebagai Bintang Paling Popular 2019.
Berlangsung di Putrajaya Convention Centre, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 telah mengiktiraf Mira sebagai penerima anugerah tertingginya dengan undian sebanyak 6,320,463.
Foto: BH Online
Sebelum menerima anugerah daripada penyanyi, Aisyah di kemuncak acara sebentar tadi, Mira terlebih dahulu dinobatkan sebagai pemenang anugerah Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa dan Pelakon Filem Wanita Popular.
“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas rezeki ini kepada Allah SWT. Anugerah ini adalah untuk emak abah, Meeracle Legacy, Mira Biru. Terima kasih juga kepada pihak media yang tidak putus-putus menyokong kerjaya Mira sepanjang 4 ke 5 tahun ini.
Mira membuktikan popularitinya pada tahun ini setelah hamper kesemua projek drama lakonannya ‘menjadi’. Ia bermula sejak tayangan filem Rise: Ini Kalilah, Sangkar, drama Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda, dan terbaru drama Sweet Dreams.
Selain hebat di hadapan kamera, Mira juga perlahan-lahan menjadi ikutan peminat fesyen berhijab di Malaysia setelah gaya tudung dan pemakaiannya mudah diterima terutamanya oleh remaja perempuan.
Tak semua remaja zaman sekarang memilih pekerjaan seperti yang diperkatakan oleh netizen.
Memiliki paras rupa yang elok adalah satu kelebihan bagi seseorang insan, boleh dijadikan ‘pemberian’ ini sebagai satu kerjaya. Namun bukan pada remaja lelaki berusia 20 tahun ini, Nur Haadi Abdul Rani apabila memilih menjadi seorang pengawal keselamatan di usia muda.
Baru-baru remaja ini menjadi perhatian warganet apabila penampilan menarik dan aktif menggunakan aplikasi TikTok, Haadi tular kerana terlihat segak dan tampan walaupun mengenakan pakaian pengawal keselamatan.
Mesra dengan dengan panggilan Haadi , pemuda ini tak malu untuk pamerkan perkerjaannya walaupun sering dipandang rendah dan diperlekeh oleh segelintir masyarakat. Meskipun masih muda, namun dia kelihatan sangat matang dan gembira semasa menjalankan tugas.
Menurut laporan Mstar, Haadi yang berasal dari Terengganu ini memaklumkan dia bangga apabila video yang dimuat naik mendapat perhatian kerana dapat berkongsi bagaimana kerjanya sebagai pengawal keselamatan kepada umum.
“Saya rasa bangga sangat. Mungkin sebelum ini ada segelintir individu yang pandang remeh kerja ini. Saya buat video sebab nak tunjuk situasi pekerjaan saya.”
“Mungkin ada yang malu dengan kerja ini. Tapi bagi saya tak perlu malu nak kerja sebagai pengawal keselamatan.”
“Alhamdulillah, lepas saya buat video, ramai anak muda mesej saya dan tanya mengenai pekerjaan ini. Ramai yang minat sebenarnya,” katanya
Pelakon yang popular dengan lakonan dalam drama Doctor Stranger, Lee Jong Suk dilaporkan kini bercinta dengan bekas ahli Hello Venus, Nara.
Memetik laporan Newsls, kedua-dua mereka bertemu ketika Nara masih lagi merupakan ahli Hello Venus dan bibit-bibit cinta mula berputik apabila Lee Jong Suk ingin idol itu menyertai agensinya, A Man Project.
Perkara tersebut disahkan oleh sumber dalam agensi tersebut.
“Ketua A Man Project adalah Lee Jong Suk dan dia bertanggungjawab menjaga semua aktiviti Kwon Nara. Setelah kontrak penyanyi itu bersama Fantagio tamat, dia (Lee Jong Suk) menghabiskan masa yang banyak untuk karier Nara,” katanya.
Dipercayai, kedua-dua mereka sering kelihatan pergi dating dan Nara juga sering mengunjungi kafe Lee Jong Suk iaitu 89 Mansion.
Kedua-dua mereka kelihatan serasi bersama dan difahamkan Lee Jong Suk juga merupakan peminat kepada Nara.
Walaupun kini pelakon drama Pinocchio itu kini sedang menjalankan khidmat tenteranya, namun Nara sering melawatnya.
Bagaimanapun, agensi pengurusan kedua-dua mereka iaitu A Man Project pantas mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut.
“Khabar angin itu adalah palsu! Untuk pengetahuan, Lee Jong Suk dan Nara hanya rapat sebagai senior dan junior sahaja,” kata kenyataan tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.