Penyanyi dan peserta Gegar Vaganza musim ke-11, Ning Baizura menyatakan bahwa beliau berpuas hati dengan persembahannya dan tidak terlalu kisah jika markah yang diberikan juri terpaksa dipotong kerana membawakan lagu sendiri.
Menurut pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu, pada persembahan yang berlangsung di Auditorium MBSA, Ahad semalam. Ning lebih terkenang mengenai perjalanan kerjayanya sebagai anak seni selama 30 tahun ini.
Pada masa yang sama, beliau terkenang akan pengorbanan ibunya yang terpaksa berpencen awal sebagai seorang guru demi menguruskan dirinya seorang diri selepas pemergian bapa tercinta.
Kredit: Astro GV11
“Walaupun Datuk Syafinaz minta untuk ‘control’ tapi saya berpuas hati dengan persembahan tadi dan tak kisah dengan pemarkahan sebab tadi saya lebih teringat dugaan perjalanan saya dari bawah sehingga hari ini”
“Macam-macam dah jadi, pernah juga kena tipu dengan ‘manager’ sebab iyalah kita orang jalanan bukan orang kayangan. Jadi, perasaan itu banyak bermain tadi tapi saya cuba untuk ‘chill and relax’,” ujarnya ketika ditemui media selepas persembahan #GV11.
“Cuma dihujung lagu saya tidak dapat menahan sebab perasaan dah lama tak nyanyi lagu ini tetapi kena nyanyi balik itu lain macam. Alhamdulillah, saya terharu bila satu dewan ikut nyanyi sama jadi saya naik bulu roma,” jelas Ning penuh rasa syukur.
Ads
Kredit: Astro GV11
Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Kajang, Selangor itu juga teruja menantikan minggu seterusnya apabila diberikan tugas untuk membawakan lagu bergenre Rock nyanyian asal kumpulan Wings ‘Sejati’ bertemakan ‘Ceritera’ dimana setiap peserta harus menyanyikan lagu yang berkait rapat dengan kisah perjalanan hidup mereka.
“Rasanya ini masa untuk saya tunjukkan bahawa kita boleh jadi seorang penyanyi yang versatile dan saya mahu lihat sama ada orang boleh terima atau tidak saya nyanyi lagu Sejati,” katanya.
Ads
“Ya saya sahut cabaran dan mungkin akan bawa gaya saya tersendiri tanpa merosakkan lagu tersebut. Lagu ini merupakan ‘trademark’ kumpulan Wings dan saya memang minat Awie. Jadi saya tidak akan tukar lagu walaupun diberi pilihan untuk membawakan lagu pilihan sendiri,” jelasnya lagi.
Tambah Ning, beliau juga menantikan reaksi penonton kerana ini merupakan kali pertama dia bakal mempersembahkan lagu Rock.
Ads
“Dua minggu berturut-turut ini saya asyik bekerja tapi inshaAllah, minggu hadapan saya akan all-out sebab saya tiada persembahan lain. Jadi mungkin saya akan minta tip dan masukkan sedikit aura Awie pada persembahan akan datang,” ujarnya.
Kredit: Astro GV11
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekeping gambar mampu menceritakan segalanya. Dari gambar kita akan belajar erti kehidupan, kemanusiaan, membentuk kasih sayang dan ada ketikanya mampu menyemai rasa kebencian.
Saksikan gambar-gambar menarik dari seluruh dunia yang telah memenangi pertandingan bagi kategori alam semulajadi yang terbahagi kepada empat kategori iaitu Wildlife (Hidupan Liar), Landscapes (pemandangan), Aerials (udara) dan Underwater (bawah air) anjuran National Geographic bagi tahun 2017.
Pemenang hadiah utama menerima US7500 dan diterbitkan di majalah National Geographic selain @NatGeo Instagram akaun. Manakala pemenang pertama akan menerima US2500.
Siapa saja yang tak suka makan? Selebriti terkenal dunia pun tak terkecuali untuk menikmati anugerah yang dinamakan ‘makanan’, sehinggakan mereka tidak kisah jika berat badan mula naik.
Realitinya, memang tidak semua bintang popular menjaga bentuk badan mereka seperti yang diharapkan oleh para peminat. Seawal pembabitan dalam industry hiburan, mereka sangat menjaga penampilan diri untuk sentiasa kelihatan menarik dan seksi, namun apabila berada di kemuncak populariti, ternyata penampilan menarik kini bukan lagi menjadi focus utama mereka.
Jom kita lihat beberapa selebriti Hollywood yang dulunya hot, kini sudah berubah sehingaa 360 darjah.
1. Briney Spears
Siapa yang tidak kenal dengan Britney Spears diawal kemunculannya dahulu. Bertubuh genit dan seksi sewaktu usia 20 tahun, kini Britney mula mengalami perubahan bentuk badan yang sangat ketara. Ada yang berpendapat bahawa masalah rumahtangganya menjadi punca dia menjadi seperti hari ini. Hmm, sadisnya.
2. Christina Aguilera
Begitu juga dengan bintang bersuara lunak ini. Di saat zaman kegemilangannya dahulu, Christina dilihat sebagai salah seorang selebriti yang memiliki tubuh badan yang sempurna. Namun begitu, meskipun telah berubah bentuk badan, suara Christina Aguilera masih lagi memukau seperti dahulu.
3. Tyra Banks
Pengacara rancangan realiti popular American Next Top Model tidak terkecuali daripada menjadi selebriti yang dahulunya hot, kini menjadi lebih berisi. Agaknya kenapa boleh jadi sampai macam ni ya?
4. Jessica Simpson
Hampir sahaja tidak mengenali pelantun suara ‘These Boots Are Made for Walkin’ ini. Jessica antara penyanyi seksi pada tahun 2000-an dan kini memiliki bentuk badan yang agak gempal. Dia kini tampak lebih berusia daripada usia sebenar.
5. Arnold Schwarzenegger
Wow, biar benar? Arnold yang dahulunya berbadan sado kini sudah menjadi seperti seorang pakcik-pakcik. Barangkali factor usia juga memainkan peranan penting. Arnold yang bakal menyambut ulangtahun ke-70 dilihat masih kekal aktif dalam melakukan kerja-kerjanya.
6. Oprah Winfrey
Suatu ketika dahulu dia pernah mengecap populariti dalam sebuah rancangan bual bicara yang dikendalikan olehnya. Selepas Oprah mengundur diri dalam industry dan masuk ke dunia perniagaan, dia mula mempunyai masalah berat badan.
7. Mariah Carey
Jika sebelum ini Mariah Carey memang memiliki susuk tubuh yang akan berisi, tetapi sejak kebelakangan ini, dia kelihatan lebih berisi. Tekanan dalam hidup mungkin membuatkan Mariah Carey sedikit berubah. Namun, dia masih mempunyai karier yang bagus di dalam industri dan memiliki beberapa buah perniagaan lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tarikh istimewa 22.02.2022 bukan saja memberi makna terindah buat pasangan muda Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah yang menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Malah buat pasangan penyanyi bervokal mantap tanah air iaitu Syamel dan Ernie Zakri, mereka turut berkongsi kegembiraan kelahiran cahaya mata yang dinanti-nantikan pada jam 10.14 pagi ini.
Syamel dan Ernie Zakri
Menerusi hantaran di Instagram, Syamel telah memaklumkan berita gembira itu dengan penuh kesyukuran sambil memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Ernie dan anaknya itu.
“Syukur Alhamdulillah, cinta hati ibu dan daddy selamat dilahirkan pada pukul 10.14 pagi tadi. Senang daddy ingat birthday, 22.02.2022.
“Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan Kak Ninie dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat-Nya,” catat Syamel.
Buat masa ini, pasangan duet lagu Aku Cinta itu masih memilih untuk merahsiakan nama bayi mereka. Begitupun, mereka tetap terbuka untuk memuat naik foto yang menampakkan sekilas imej fizikal bayi mereka.
Dalam pada itu, ribuan ucapan tahniah membanjiri ruangan komen di hantaran Syamel. Tidak ketinggalan ialah bapa saudara Ernie yang juga merupakan penyanyi popular, Anuar Zain yang menzahirkan rasa teruja untuk menantikan saat dapat menenung bayi mereka.
“Tahniah Syamel.. looking forward to meet Cucuku,” katanya.
Lah, dah pangkat atuk rupanya abang Anuar, hehe..
Turut mendoakan segalanya dipermudahkan buat mereka berdua adalah rakan selebriti lain seperti Fizo Omar, Awal Ashaari, Elizad, Tabby Dolla, Hael Husaini, Khai Bahar, Yusuf Bahrin dah ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.