Kecoh di media sosial apabila seorang penguna Facebook disyaki menyebarkan berita mendakwa Nilai 3 terletak di Selangor.
Hal ini berpunca daripada pasangan selebriti, Neelofa dan suaminya, Haris yang menaikkan kemarahan netizen Malaysia kerana didapati berkali-kali melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
Terbaru mengenai isu rentas negeri di Nilai untuk membeli karpet, namun Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan terhadap pasangan ini.
Susulan keputusan itu, netizen kini seakan cuba ‘bersangka baik’ dan mengatakan bahawa Nilai kini sudah terletak di Selangor dan bukannya Negeri Sembilan. Malah di Twitter, ada yang berkongsikan tangkap layar lokasi Nilai sudah ditukarkan dari Negeri Sembilan ke Selangor.
Tapi ini sebenarnya 5 fakta tentang Nilai yang korang kena tahu
1) Kenali sejarah Nilai
Memetik petikan daripada portal Majlis Bandaraya Seremban, berikut di bawah adalah catatan sejarah ringkas bagaimana Nilai ‘bermula’.
Serba Ringkas Asal Usul Pembukaan
Ads
Nilai mempunyai asal-usul dan sejarahnya yang tersendiri. Mengikut sejarahnya, Nilai dahulunya diletakkan di bawah luak Sungai Ujong yang ditadbir oleh waris di Darat yang ditadbir atau waris di Air. Di bawah Dato’ Johan daripada waris di Darat terdapat tiga Dato’ Lingkungan yang mengetuai tiga corak suku Batu hampar yang tertumpu di beberapa buah kampung.
2) Tertubuh Majlis Perbandaran Sendiri
Untuk pengetahuan korang, Nilai asalnya berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Seremban yang ditubuhkan pada 1 Janurari 1979. Penubuhan Majlis Daerah Seremban itu adalah daripada fasa penyusunan semula enam penguasa tempatan di Negeri Sembilan seperti yang termaktub di bawa Seksyen 3 (A) dan 3 (B), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Enam penguasa tempatan itu merangkumi Majlis Tempatan Pajam (1957), Majlis Tempatan Mantin (1958), Majlis Tempatan Lembaha Bandaran Rantau (1959), Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Nilai (1959), Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Broga (1959) dan Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Labu (1959).
Bagaimanapun pada 2 Februari 2002, bandar Nilai (yang asalnya di bawah Majlis Daerah Seremban) secara rasminya telah dinaik taraf menjadi Majlis Perbandaran Nilai (MPN). Maka dengan tertubuhnya MPN ini, sebanyak lapan buah mukim di sekitar perbandaran ini ditadbir di bawah pentabiran MPN iaitu Setul, Labu, Rantau, Lenggeng, Pantai, sebahagian Rasah, sebahagian Ampangan dan sebahagian Seremban.
Kawasan Setul, Labu, Rantau, Lenggeng dan Pantai ditadbir penuh di bawah MPN manakala sebahagian Ampangan, Rasah dan Seremban pula dibahagikan bersama Majlis Bandaraya Seremban.
Ads
3) Lokasi paling strategik di Negeri Sembilan
Sesiapa yang menetap di Nilai adalah sangat beruntung kerana lokasinya dikatakan begitu strategik berbanding mana-mana daerah atau perbandaran di Negeri Sembilan. Jika lihat lokasinya dalam Google Maps di bawah ini, kedudukan geografi Nilai sangat ‘beruntung’ kerana dikelilingi oleh pelbagai mercu tanda utama seperti ibu kota, pantai, pusat pentadbiran negara, ibu negeri dan kawasan alam semulajadi.
Kalau korang nak tahu jarak Nilai ke ibu negara, Kuala Lumpur: jaraknya sekitar 49 kilometer & mengambil masa kira-kira 48 minit jika melalui Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban. Dekat je rupanya.
4) Banyak Tempat Menarik
Ads
Banyak tempat menarik yang ada di Bandar Baru Nilai. Kalau korang nak borong kain yang dekat dengan pusat bandar, korang boleh ke Nilai Square. Kat situ banyak kedai-kedai kain berjenama yang dijual dengan harga cukup berpatutan. Selain tu kalau nak makan-makan sedap, ada banyak kedai makan menarik di bandar ini.
Negeri yang terkenal dengan adat perpatih ini pastinya menyajikan pelbagai pengalaman baru untuk diterokai jika anda berkunjung ke sana. Kalau berkesempatan untuk singgah ke Negeri Sembilan, pastikan anda wajib mencuba menu istimewa mereka iaitu masak lemak cili api!
5) Nilai 3, Tempat beli langsir untuk hari raya
Tidak sahlah kalau datang bertandang ke Nilai tapi tak singgah di Nilai 3. Korang mesti tahu kan, Nilai 3 merupakan ‘lubuk’ jualan permaidani, langsir, kain, barang rumah, pinggan mangkuk dan perhiasan yang menjadi ‘igauan’ para emak-emak dan isteri-isteri kita.
Puluhan deretan kedai-kedai yang menjual segala keperluan rumah di sini, termasuklah beberapa jenama besar pengeluar kain ‘gergasi’. Jadi kalau nak kahwin ke, nak beraya ke, tak perlu susah-susah nak ke ibu kota yang sesak tu. Boleh je pergi ke Nilai 3.
“Kita menegaskan bahawa Nilai 3 adalah kawasan dalam pentadbiran IPD Nilai, Negeri Sembilan, dan bukan terletak di Selangor,” Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman
Daripada itu, dakwaan yang tular dalam media sosial itu boleh menyebabkan kegentaran awam dan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai. Pemilik akaun dikenali sebagai ‘N9 RADAR’ itu akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
So kesimpulannya, memang Nilai di Negeri Sembilan okay bukan Selangor.
Saban hari bilangan pesakit positif Covid-19 telah meningkat dari semasa ke semasa dan telah mengorbankan banyak nyawa di serata dunia. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kesihatan dalam membendung virus ini, bukan sahaja pihak kesihatan di Malaysia, malah serata dunia sedang berusaha mencari vaksin untuk virus ini.
Jika sebelum ini namanya disebut atas sikap prihatinnya membantu adik Ainul Mardhiah dalam pembedahan membuang tumor, kali ini pelatih pakar bedah kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Imperial College London, Dr Nur Amalina Che Bakri menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana adalah antara doktor yang terbabit dalam kajian keberkesanan vaksin COVID-19 terhadap manusia sihat di United Kingdom (UK).
Doktor muda berusia 33 tahun itu mengumumkan penglibatannya untuk merekrut sukarelawan dalam ujian percubaan vaksin COVID-19 yang pertama di UK, di twitter rasminya.
Beliau juga memaklumkan bahawa pasukan itu sedang melakukan percubaan vaksin itu di National Institute for Health Research (NIHR) Imperial Clinical Research Facility Imperial College yang diketuai oleh Dr Katrina Pollock. Beliau juga terlibat merekrut sukarelawan yang sihat dan memberi vaksin kepada untuk beberapa minggu akan datang.
Selain itu juga, The Health Secretary UK, Mr Matt Hancock memberitahu kerajaan UK telah memperuntukkan sebanyak 22.5 juta pound untuk menyokong fasa 2 ujian klinikal Imperial Project dan akses kepada beribu sampel dan juga permulaan untuk mereka melakukan percubaan fasa yang lebih besar.
Pusat pengajian terkenal dunia, Universiti Oxford juga menerima dana sebanyak 20 juta pound untuk mereka menjalankan juga ujian vaksin mereka.
Dr. Amalina Bakri sering mendapat perhatian di media sosial kerana idola Malaysia ini jelas sekali bukan saja bijak, malah gaya fesyennya juga membuatkan ramai anak muda terpesona.
Sumber : Twitter Dr Amalina Che Bakri
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan hanya menakut-nakutkan, perkara ini betul-betul berlaku dan akan dilaksanakan di negara jiran kita, Singapura mulai 8 Disember depan.
Seperti yang kita tahu pengambilan vaksin merupakan satu cara untuk mengurangkan kebolehjangkitan virus tersebut sesama manusia. Dan terbukti ianya berkesan setelah kita melihat kes baru kian menurun setiap hari di Malaysia. Namun usaha untuk mengembalikan taraf kehidupan yang baik tergendala dek segelintir kelompok yang dilihat bersikap antivaksin.
Sumber: Berita Mediacorp
Memandang serius perkara ini, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) pada Isnin lepas mengumumkan bahawa majoriti golongan tersebut kini memerlukan rawatan intensif yang turut memberi tekanan besar kepada sistem penjagaan kesihatan setelah lonjakan luar biasa kes jangkitan sejak beberapa minggu lalu.
Justeru itu, pesakit COVID-19 yang tolak divaksin atas pilihan sendiri perlu menanggung kos perubatan apabila dimasukkan ke hospital atau mendapatkan rawatan.
Menurut laporan Mediacorp, pemerintah menanggung bil perubatan sepenuhnya kepada semua penduduk Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka masa panjang serta individu yang disahkan positif sejurus pulang dari luar negara.
MOH memaklumkan undang-undang baharu itu akan dilaksanakan kepada semua pesakit COVID-19 yang layak menerima vaksin, namun memilih untuk tidak divaksinkan.
“Dalam masa sekarang, individu yang belum menerima suntikan vaksin adalah majoriti yang ditahan di unit rawatan rapi dan secara tidak langsung menyumbang kepada tekanan sumber penjagaan kesihatan negara,” katanya.
Difahamkan, bil perubatan bagi individu yang sudah divaksin satu dos akan ditanggung oleh pemerintah sehingga 31 Disember bagi memberikan mereka masa untuk menerima vaksinasi lengkap, menurut MOH.
Pesakit COVID-19 yang tidak divaksin atas pilihan mereka sendiri masih boleh memanfaatkan aturan pembiayaan jagaan kesihatan biasa untuk membayar bil perubatan mereka jika boleh.
Hal ini juga, tidak mustahil akan dilaksanakan di Malaysia juga di masa akan datang.
Dunia belum lagi selesai dengan isu COVID-19 di mana lebih kita masih tercari-cari penawar dan vaksin pandemik maut ini.
Terkini, satu lagi virus dikesan di China di mana sejumlah remaja di sebuah universiti di Provinsi Shanxi China dilaporkan telah dijangkiti virus tersebut.
Pada petang Khamis lalu, pihak universiti telah mengeluarkan kenyataan bahawa setelah mendapatkan rawatan, keadaan pelajar telah bertambah baik dan beberapa daripada mereka telah pulih.
Universiti Kewangan dan Ekonomi Shanxi di Taiyuan mengesahkan pelajar yang dijangkiti menunjukkan gejala muntah, cirit-birit dan demam. Walau bagaimanapun, anggota kakitangan hospital universiti berkenaan enggan memberikan apa-apa maklumat tambahan berkenaan status pelajar yang dijangkiti.
“Pada masa ini, hospital kampus dipenuhi dengan pelajar yang dijangkiti dan bilik asrama lelaki telah ditutup. Pelajar lain (yang tidak dijangkiti) hadir ke kelas seperti biasa,” kata beberapa pelajar di universiti itu kepada media.
Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa ujian yang dilakukan oleh jabatan pengawasan kesihatan di bandar ini tidak menemui sebarang sumber makanan tercemar di kampus yang mungkin menjadi penyebab tularnya wabak tersebut.
Virus terbaharu yang dipanggil Norovirus dipercayai akan tersebar daripada tinja ataupun tahi orang yang dijangkiti.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, lebih daripada 30 wabak Norovirus telah dilaporkan di seluruh negara sejak September tahun ini dengan jumlah sebanyak 1,500 kes.
Tapi yang penulis musykil, kenapa semua virus baru ni bermula di China ye? Hmm….