Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan juara Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin telahpun bergelar suami kepada gadis pilihan, Nur Fatin Alissa Azam pada 24 Jun 2023.
Berlangsung dalam sebuah majlis akad nikah di Hulu Langat sekitar tengah hari tadi, Alif atau nama sebenarnya, Alif Muhaimin Abdul Rahman telah dinikahkan kepada Fatin Alissan oleh bapa pengantin perempuan, Azam Abdullah sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam, Kariah Masjid Al-Ehsan, Sungai Serai, Hulu Langat, Ahmad Khaliq Ahmad Rasid.
Tampil dalam persalinan serba klasik songket berona biru laut, Alif, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM15,000 dan sebentuk cincin. Turut diserahkan oleh pelakon Sentuhan Najwa itu adalah lima dulang hantaran yang dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan.
Biarpun majlis berlangsung di bawah cuaca panas terik di lokasi ‘outdoor’ sehingga memaksa kira-kira 200 tetamu yang duduk berdekatan beralih ke kawasan yang lebih redup, ia sama sekali tidak menghalang kegembiraan yang dirasai oleh merpati sejoli itu yang tersenyum riang.
Ads
Ads
Turut kelihatan ialah rakan finalis Hero Remaja 2017, pelakon dan pempengaruh, Safwan Nazri yang menyandang tugas sebagai pengapit pengantin lelaki.
Alif dan Fatin Alissa dijadualkan bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi di lokasi sama pada malam ini. Terdahulu, Aliff dan Fatin Alissa telah mengikat tali pertunangan pada tanggal 22 Oktober 2022.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suatu waktu dahulu, aplikasi Face App pernah menjadi tular apabila ia menyediakan fungsi untk menukar wajah seseorang menjadi lebih muda, tua, menukar jantina dan sebagainya.
Setelah ‘sepi’ selama setahun, ia kembali tular apabila ramai netizen yang mulai mencubanya semula dan memuat naik ke akaun media sosial masing-masing.
Oleh itu, kami bertindak ‘nakal’ sedikit dan mencuba aplikasi ini terhadap 12 orang finalis Hero Remaja 2020. Hehe.. *ampun!*
Ramai adik, abang dan saudara kepada selebriti lelaki popular yang menyertai ujibakat Hero Remaja 2020.
Namun tak semua berjaya mengharungi sehingga ke peringkat akhir ujibakat kecuali salah seorang finalis ini.
Imran Aqil, 21 merupakan adik kepada pemegang title Hero Favourite 2017, Nabil Aqil.
Dalam sidang semalam yang turut menjemput Nabil sebagai salah seorang jemputan, pelakon dan model tinggi lampai itu gembira apabila adiknya, Imran terpilih.
“Saya betul-betul berbangga dengan penglibatannya dalam Hero Remaja 2020 dan saya harap dia lakukan yang terbaik untuk musim ini.
”Cuma saya enggan terlalu menekan dia dengan memberi terlalu banyak tip kerana saya rasa dia perlu menonjolkan diri dengan cara sendiri. Saya dahulu pun lakukannya sendiri dan saya percaya dia juga boleh lakukannya. Make his own path,” jelas Nabil.
Ditanya pula mengenai perasaan ibu mereka, Yasmi Abdul Hamid apabila kedua-dua orang anak lelakinya bergelar finalis Hero Remaja, Nabil berkata ibunya gembira dengan keputusan Imran.
“Just be humble, itu yang penting. Kru produksi di sekeliling bekerja lebih kuat daripada kita sebagai peserta. Be yourself as always tapi jangan lupa untuk berterima kasih selalu.”
*
Korang rasa Imran Aqil boleh mengulangi kejayaan Nabil hingga ke peringkat finale?
Siapa sangka nasibnya daripada hanya menjadi pekerja bank seterusnya berubah apabila berjaya menempatkan diri di dalam Pencarian Hero Remaja kira-kira 10 tahun yang lalu.
Rozaidi Abd Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi berkongsi kisahnya sewaktu mula-mula menyertai program Hero Remaja suatu ketika dahulu.
“Semuanya yang berlaku tidak dijangka kerana pada mulanya sepupu saya saja-saja menghantar borang penyertaan kepada Majalah Remaja bagi pihak saya. Niatnya yang ingin bergurau akhirnya menjadi satu titik permulaan untuk membuka peluang buat saya menceburkan diri dalam bidang seni,”
“Bermula dengan menjadi orang pertama yang muncul sebagai wajah penghias kulit, saya juga merupakan orang pertama yang menjawab soalan dari pihak Remaja. Sering menjadi antara yang pertama, tak sangka pula bila di hari final pencarian Hero Remaja saya juga dinobatkan sebagai tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Hehe..,” jelas Zed Zaidi.
Bercerita tentang kehidupannya sebelum masuk ke program Hero Remaja, Zed mengakui dirinya hanya seorang remaja biasa yang bekerja di bank dan cuba untuk masuk ke dalam industri seni untuk mencari duit poket.
“Bila dah diterima masuk menjadi peserta, niat saya memang ingin mencari duit lebih dengan menceburkan diri dalam bidang lakonan dan modeling. Selepas sahaja memenangi Hero Remaja, saya diterima menjadi hos dalam sebuah rancangan yang disiarkan di Astro Ria iaitu Lasak,”
“Daripada situ bakat saya dilihat dan seterusnya mendapat tawaran berlakon. Sehinggalah saya berlakon drama Sembilu yang pada ketika itu mendapat sambutan hangat daripada penonton. Jika diingatkan kembali, tanpa Hero Remaja memang orang tidak akan kenal saya kerana semua yang saya ceburi sekarang ini bermula dengan penglibatan dalam program Hero Remaja,” jelas Zed yang kini menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Seniman.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!