Sejak bahagian pertamanya mula ditayangkan pada 1 November lalu, drama Astro Originals terbaru berjudul Projek: Exit telahpun meraih perhatian ramai disebabkan mesej penting yang amat relatable dengan generasi muda zaman ini.
Drama bersiri lakonan Mierul Aiman, Shasha Abedul, Naim Daniel dan Kimberly Chuah ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang merancang untuk melarikan diri daripada penempatan pusat rehabilitasi juvana yang dilengkapi sistem sekuriti bertaraf tinggi.
Biarpun luarannya kelihatan normal, masing-masing pernah atau sedang berdepan isu kesihatan mental serius termasuklah depresi, perasaan cemas atau anxiety serta keinginan untuk membunuh diri akibat pengalaman masa lampau yang malap mahupun hubungan kekeluargan sulit yang mereka hadapi.
Rata-rata isu seperti ini selalu kedengaran dalam kalangan remaja di Malaysia sendiri seperti mana yang dilaporkan oleh media massa. Justeru, keberanian Astro Originals untuk mengangkat isu seberat ini untuk memberi pendedahan dan kesedaran meluas kepada khalayak masyarakat seharusnya dipuji.
Tambah menarik apabila tema drama Projek: Exit ini tidak terhenti dalam skop lakonan fiksyen sahaja.
Baru-baru ini, pengguna aplikasi X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) mula menyedari klip pendek yang berlegar di timeline mereka. Ia menampakkan pelakon Mierul Aiman dan Shasha Abedul memberikan kata-kata semangat kepada pengguna X yang meluahkan perasaan menerusi ruangan status mereka.
Ads
Tuntas salah seorang pengguna X iaitu @tattyhassan, sebaik menonton episod pertama Projek: Exit air matanya sudahpun mengalir disebabkan faktor relatability antara karakter drama itu dengan pengalaman peribadinya atau orang di sekeliling.
“Jika anda pernah merasai depresi atau rasa cemas kronik, anda akan memahami dan merasai apa yang watak utamanya lalui. Cuma rasa ingin lepaskan diri dan ingin hentikan kesakitan itu,” ciap pengguna tersebut.
Dek kerana menyertakan tanda pagar #ProjekExit dalam ciapannya itu, Tatty memperolehi balasan daripada akaun X rasmi Astro Malaysia dengan klip pendek watak lakonan Shasha Abedul, Jannah dengan pesanan ringkasnya.
Hantaran-hantaran ini adalah sebahagian daripada misi kempen promosi drama Projek: Exit dan Astro Malaysia untuk memberikan sokongan moral dan positiviti di platform media sosial popular seperti X kepada warganet yang merasa sedih, kecewa dan cemas dengan kehidupan masing-masing. Ia juga bertujuan menghulurkan bantuan dan menunjukkan bahawa mangsa tidak keseorangan.
Klip A.I tadi dijana menggunakan sistem pemantauan sosial bagi mengenal pasti perkongsian beremosi. Teknologi A.I ini dilatih menggunakan rakaman suara dan aksi video pelakon. Lalu, klip-klip responsif itu akan meniru gaya dan nada pelakon tadi.
Hebat kan! Bak kata Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro iaitu Tai Kam Leong, teknologi sememangnya boleh membawa kita ke haluan yang lebih baik dan positif sekiranya digunakan dengan tepat.
Ads
“Kami percaya kandungan bukan sekadar tontonan tetapi ia juga boleh memberi kesan yang membangkitkan semangat orang ramai dalam kehidupan.
“Dengan menggabungkan kandungan, selebriti dan teknologi; kami berharap dapat memberi inspirasi kepada penonton di kalangan muda serta menyokong masyarakat secara keseluruhannya,” ujar beliau.
Buat masa ini, Astro Malaysia telah menghasilkan 50 respon pada setiap hari kepada pengguna X yang menyertakan tanda pagar #ProjekExit tadi dan dilihat pada respon yang aktif, dikatakan lebih 100 respon telah dihasilkan dan mendapat RT yang meluas terutama dari beberapa selebriti.
Sebagai info, Projek: Exit Bahagian 1 telahpun ditayangkan bermula 1 November lalu dan merangkumi episod 1 hingga 4. Sementara itu, Bahagia 2 (episod 5 dan 6), bahagian akhir pula akan disiarkan padda 15 November ini. Korang bolehlah check out drama bersiri ini secara on demand melalui Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan di aplikasi sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah mendengar cadangan daripaa pelanggan setia mereka, Tealive sedang berusaha untuk menjadi jenama yang lebih green friendly.
Lalu tak lama lagi, minuman Tealive tidak lagi akan didatangkan dengan straw kertas (yang TBH agak mudah lunyai sebelum minuman dihabiskan).
Kesemua minuman akan dihidangkan dalam tumbler bubble tea Tealive x OneCup yang diperbuat daripada material ‘eco glass’.
Secara tak langsung, Tealive menjadi jenama bubble tea pertama di Malaysia yang berbuat sedemikian. 2 tumbler baharu ini adalah sebahagian daripada siri Tealive Eco dan boleh didapati bermula bulan Jun tahun ini.
Ramai warganet yang menyambut baik usaha yang dilakukan ini. Namun mereka juga gusar sekiranya harga minuman di Tealive akan meningkat sejajar dengan kos penghasilan tumbler ini.
Satu lagi pertanyaan popular yang hadir daripada mereka adalah sekiranya Tealive akan memperkenalkan sistem diskaun bagi pelanggan yang membawa tumbler sendiri dalam usaha untuk menyelamatkan alam sekitar.
Hhm, bagus juga kan cadangan yang diberikan. Bukan saja pelanggan boleh berjimat, REMAJA juga pasti jualan minuman mereka akan meningkat.
Jika minuman bubble tea bukan minuman kegemaran korang, apa kata cuba aiskrim Black Hojicha terbaru ni. Rasanya agak…
Bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal kembali meraih perhatian warganet apabila memuat naik satu hantaran di platform Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, pemilik nama Norsyasya Syafiqah Shahrizal itu ada berkongsi beberapa foto dirinya di sebuah kafe bersama seorang rakannya.
“Sedang mencipta keindahan untuk kehidupan saya sendiri, one kick at a time,” coretnya di ruangan kapsyen.
Namun begitu, lain pula yang diperhatikan pengikutnya apabila rata-rata mereka mendakwa melihat penampakan ‘baby bump’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mencoretkan ucapan tahniah meskipun tiada sebarang penjelasan yang dibuat Syasya mengenai perkara tersebut.
“Oh my god, pregnant?” komen seorang pengikut.
“Baby bump aw,” tulis pengikut lain.
“Adakah Syasya…. tahniah!” komen juga seorang individu.
Terdahulu, industri seni tanah air dikejutkan dengan berita pengunduran Syasya menerusi hantaran dalam akaun rasmi mereka pada 8 Mac lalu.
Selepas itu, Syasya juga mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Syasya Rizal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sepanjang tiga tahun yang lalu, selebriti tempatan terutamanya dalam kalangan selebriti wanita telah silih berganti diundang ke program hiburan popular, MeleTOP sebagai pengacara jemputannya pada setiap minggu.
Akhirnya, misi mencari pendamping Nabil Ahmad bagi menggantikan Noor Neelofa di program MeleTOP berakhir juga pada malam ini setelah si cantik manis, Hawa Rizwana diumumkan sebagai pengacara tetap baharunya.
Hawa Rizwana.Nabil Ahmad bersama pengacara MeleTOP terdahulu, Noor Neelofa.
Pengumuman tersebut dilakukan secara langsung pada episod malam ini dan telah disambut dengan sorakan gemuruh oleh penonton di studio. Ia juga dilakukan sempena sambutan usia program MeleTOP yang telah mencecah sedekad.
Menerusi bahagian komen di akaun Instagram MeleTOP, beberapa selebriti tempatan mengambil kesempatan bagi mengucapkan tahniah di atas perlantikan Hawa ini.
Antaranya termasuklah Uyaina Arshad yang pernah beberapa kali muncul sebagai pengacara jemputan MeleTOP. Katanya, “Congratulations my dear sister Hawa Rizwana! Fly high with MeleTOP!”
Terlebih dahulu, Hawa juga pernah beberapa kali diundang sebagai pengacara jemputan MeleTOP sejak kebelakangan ini dan respon yang diterima daripada penonton rata-rata menerima baik chemistry yang tercetus di antaranya dengan Nabil.
Mampukah Hawa mengikis persepsi bahawa pemilihannya ini punya kaitan dengan raut wajahnya yang seringkali disamakan dengan Neelofa? Dan mampukah Hawa keluar daripada bayangan ‘pengendali program televisyen serius’ dan mengembangkan potensi sebagai pengacara program hiburan?
Haa, korang kenalah tune in dan saksikan MeleTOP pada setiap minggu!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!