Jarang dapat melihat keluarga diraja sanggup ketepikan protokol kerana berjiwa rakyat. Semestinya sebagai rakyat marhaen kita sukar untuk bersua muka dan berinteraksi dengan golongan bangsawan ini.
Namun berbeza bagi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar sinonim dengan sifat sopan dalam menyantuni rakyat serta berjiwa rakyat. Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang aktif menggunakan Twitter rasmi miliknya @cheminahsayang membuatkan rakyat berasa mudah untuk berinteraksi.
Namun ramai yang terkejut dan sedih apabila akaun twitter ini sudah tidak lagi aktif. Adakah Tuanku merajuk dengan sikap netizen?
Netizen Bersedih
Ads
Berikut sebahagian respon yang diluahkan pengguna media sosial susulan tindakan Tuanku Permaisuri Agong yang mungkin telah nyah aktif akaunnya
Saya bersedih dengan berita Permaisuri Agong yang telah “deactivate” Twitter. Apakah kerana Permaisuri Agong berduka dengan reaksi netizen yang kurang sopan?
Kami mahu Permaisuri Agong kembali ke Twitter. Bring back all the positivity you showed to us all this while. pic.twitter.com/inB9EJHAqJ
Tuanku permaisuri agong is the one that cheered my twitter. She was like a caring mother who is trying to get closer to her children.😭 pic.twitter.com/98aFQJ52oS
Malah, ada yang menyatakan bahawa Tuanku Permaisuri Agong memadam akaun Twitternya kerana terdapat segelintir netizen mengeluarkan komen-komen negatif tentang perkongsian baginda.
Woke up to the sad news that DYMM Raja Permaisuri Agong has deactivated her Twitter account due to negative comments by some stupid Malaysians.
Apa la perangai segelintir netizen ni, kan dah semua tak dapat berinteraksi dengan Tuanku. So lepas ni kita kena follow portal berita & instagram rasmi seperti @fotopenerangan je la untuk tahu update Tuanku.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerajaan Madani mengumumkan pemberian tol percuma selama empat hari bermula esok sehingga Jumaat dan Isnin depan kepada pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman untuk meraikan lebaran bersama keluarga tercinta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan Tol Rahmah percuma tersebut akan melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.
“Pelaksanaan Tol Rahmah percuma akan melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.
“Ikhtiar ini dapat mengurangkan kos bayaran tol bagi rakyat yang akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing serta memudahkan perancangan perjalanan balik ke kampung,” katanya.
Selain itu, kerajaan juga bersetuju memberikan satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk Hari Raya Aidilfitri dan pulang ke kampung halaman.
Beliau memaklumkan, sekiranya tarikh 1 Syawal jatuh pada Jumaat, maka Kerajaan menetapkan hari Isnin iaitu 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Selepas kecoh dua minggu lalu apabila pengasas kosmetik berusia 23 tahun ini dilaporkan telah kembali kepada identitinya sebagai seorang ‘perempuan’, kini Safiey llias kembali diperkatakan netizen atas tindakannya memuat naik gambar bersama teman lelaki di akaun media sosial.
Ramai mempertikaikan apakah motif Safiey perlu berbangga dengan memiliki teman lelaki walaupun perkara tersebut adalah salah dan menyalahi fitrah dirinya sebagai seorang lelaki yang beragama Islam.
Ada orang suka tengok, ada orang meluat. Ada juga yang menyamakan tindakannya seperti Nur Sajat, seorang lagi jutawan kosmetik Malaysia.
Haih, semua ‘perempuan’ ni memang pandai buat bisnes, eh?
Jika niat Safiey Ilias hanya semata-mata untuk melariskan bisnes kecantikan, banyak lagi strategi lain yang boleh digunakan. Mengapa perlu memancing kutukan dan cercaan netizen sehingga komen yang dibaca berbaur cercaan keluarga malah fitnah yang ditokok tambah.
Bagi penulis, apa jua cara untuk melariskan perniagaan, jangan sesekali mempermainkan agama. Tindakan Safiey Ilias itu juga secara tak langsung membuatkan peniaga lelaki lembut lain yang banyak mencari mencari rezeki dalam bidang kosmetik seakan teraniaya. Mereka turut terkena tempias daripada isu Safiey Illias ini walaupun mereka tidak terlibat.
Penulis tidak keseorangan dengan pendapat sedemikian kerana influencer di media sosial, Mohd Fauzi Yusoff atau Abang Gee juga menyatakan tindakan Safiey IIlias itu tak wajar dan pesannya, “Jangan aniaya ‘pondan’ lain yang cari rezeki dengan cara halal.”
“Kalau dia mempersendakan agama, dari lelaki jadi maknyah, kemudian jadi lelaki balik dan kemudian menjadi maknyah kembali, menayang boyfriend. Bagi saya itu wajar diboikot!
“Tempiasnya pasti kena pada orang lain yang mencari rezeki,’ katanya ketika diminta mengulas sama ada Safiey Ilias wajar diboikot.
“Kalau betul niat kita semata-mata mahu mengejar dunia, mempermainkan agama, itu wajar diboikot. Tetapi jangan boikot lelaki lembut lain yang cari rezeki secara halal hanya kerana Safiey Ilias seorang,” katanya yang selalu menjadi pengacara majlis dan melakukan posting reviu makanan, lokasi menarik dan banyak lagi.
Tindakan Safiey Illias juga telah mendapat teguran dari Dr. Syahr Musafir yang juga seorang pensyarah, penulis buku dan pakar motivasi di Facebook miliknya.
Baca komen Dr Syahr Musafir tentang isu boikot Safiey Illias ini.
Saya tak pernah komen tentang identiti #Nursajat sebab saya tak ada bukti dia adalah lelaki yang bertukar jadi perempuan secara real. Saya tak ulas benda saya tak tahu. Jadi saya tak kata Ya, saya tak kata Tidak. Malas nak sembang, selagi dia tak mengaku, kita serahkan hal ini kepada Tuhan.
Tetapi tentang #SafieyIllias, satu dunia tahu dia adalah lelaki yang berubah jadi perempuan, menggemparkan satu dunia dengan kisah penghijrahan taubatnya menjalani proses menjadi lelaki semula. Kononnyalah. Sekarang dia nak berubah jadi perempuan semula, mengaku dia adalah lelaki yang nak jadi perempuan dan sudah tidak malu mengatakan dirinya perempuan asal dari lelaki. Saya tak nak kata apa kecuali saya nak kata dia adalah perempuan jadian lelaki, macam serigala jadian manusia. Confirm dia adalah lelaki yang transgendered menjadi perempuan.
Concern utama saya di sini bukan pasal lelaki jadi perempuan, sebab sudah ramai mengulas. Tetapi perihal manusia bernama lelaki, dengan rupa yang elok, dengan badan yang berotot, dengan poket berduit, yang mengaku lelaki secara batin dan zahir, akhirnya secara publik mempersembahkan kepada dunia dia bercinta dengan perempuan jadian seperti Safiey ini.
Dah tahu si dia itu lelaki yang berubah jadi perempuan, kenapa engkau yang lelaki ini nak kat dia pulak?
Zaman sekarang kita kena tegaskan bahawa lelaki kena cintakan perempuan dan perempuan kena cintakan lelaki.
Zaman sekarang kita kena cakap betul-betul lelaki kahwin perempuan dan perempuan kahwin lelaki.
Bukan lelaki kahwin lelaki.
Bukan perempuan kahwin perempuan.
Bukan lelaki kahwin perempuan jadian.
Bukan perempuan kahwin lelaki jadian.
Benda asas sebegini sudah jadi ILMU PERINGKAT TINGGI, kalau tak diajar, takut anak-anak generasi sekarang tidak reti.
Lelaki pondan kalau nak kahwin pun kena kahwin perempuan, sebab lelaki pondan tetap lelaki. Lelaki bukan pondan janganlah pergi kahwin dengan lelaki pondan, ini bodoh namanya.
Perempuan yang benar-benar perempuan ramai, kenapa lelaki pilih perempuan jadian dan berbangga dengannya…
Alang-alang ni saya nak juga menyeru kita #boikot produk-produk keluaran orang sebegini – janganlah support. Makin support makin naik minyak geng-geng ni… Support dengan cara doa diam-diam supaya mereka kembali ke pangkal jalan, jangan beli produk diorang. Makin kaya mereka makin terpesong
Selepas lama berdiam diri, akhirnya Safiey Ilias hari ini menjawab kritikan yang dilemparkan ke arahnya setelah isu kembali dengan imej ‘perempuan’ hangat diperkatakan.
Menerusi akaun Instagram-nya, dia menafikan niat mempersendakan agama atay menjadi penunggang agama. Bahkan, Safiey merasakan adalah normal untuk iman seseorang itu untuk adakalanya naik dan adakalanya turun.
Dia turut bersedih apabila ada rakannya yang pernah diturunkan ilmu perniagaan sambil dibantu dengan bermacam-macam cara turut serta berkata buruk tentangnya.
“Masa ini kita jumpa siapa kawan siapa lawan. Siapa mengampu siapa penjilat. Paling sedih, kita pernah bagi ilmu bisnes dan tolong pun, cakap macam-macam dekat kita. Tapi tak apalah, itu bukan dosa kot.”
“Apa-apa pun, tunggu 31 Disember ini”
Nak buat press conference ala Fattah Amin dan Fazura ke Safiey?
Susah sebenarnya untuk penulis simpulkan isu ini kerana ia melibatkan banyak pihak dan maruah. Lebih baik jika jangan muat naikkan perkara sensasi yang terang-terangan berlawanan dengan fitrah umat Islam seperti itu di media sosial. Ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan, malah menambahkan dosa cercaan adalah.
Seperkara lagi, seharusnya isu peribadi seperti seksualiti dan perhubungan janganlah sesekali DICAMPUR ADUKKAN dengan perniagaan dan karier. Kalaupun nak lakukan perkara yang bertentangan dengan fitrah, ‘sorok-soroklah’ sedikit. Tak perlu berbangga.
Nak jadi apa pun, itu antara individu tersebut dengan Tuhan. Kita sebagai orang yang melihat dari jauh lebih baik doakan supaya dia kembali ke pangkal jalan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
REMAJA tidak mempunyai niat lain, hanya sekadar ingin berkongsi pendapat dan pandangan terhadap isu ini selain daripada mendidik remaja khususnya.
Berikutan daripada kes bunuh diri di kalangan remaja kian meningkat termasuk remaja di Malaysia, isu bintang kpop Goo Hara yang dahulunya popular dengan grup wanita KARA, dikhabarkan hampir membunuh dirinya akibat tekanan daripada pelbagai pihak.
Goo Hara yang berusia 28 tahun itu dijumpai oleh pengurus peribadinya sendiri dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya. Pengurus Hara bertindak serta-merta setelah menghidu niat wanita itu. Goo Hara ditemui pengsan di dalam bilik yang dipenuhi asap dan terus dibawa ke hospital berdekatan.
Hara sempat menyampaikan kata-kata terakhir di Instagram Story nya dengan kata-kata depresi yang diakhiri dengan ‘selamat tinggal’ Sabtu lalu. Bukan saja pengurus peribadinya, malah netizen juga dapat merasakan ada sesuatu tidak kena pada posting wanita itu. Rata-rata memberi kata-kata semangat kepada wanita itu agar tidak membuat keputusan melulu dan terus tabah dalam menghadapi dugaan.
Goo Hara sebelum ini mendapat perhatian netizen di Korea Selatan ekoran kes dera oleh bekas teman lelakinya sendiri. Malah penyanyi dan pelakon di bawah agensi Keyeast Entertainment itu mendapat kecaman bertubi-tubi daripada peminat apabila dia menjalani pembedahan plastik pada wajah.
Korea Selatan menduduki tangga ke-10 dan merupakan negara Asia pertama terkenal dengan kes bunuh diri. Hara bukanlah kes pertama kerana ramai selebriti terkenal negara tersebut melakukan percubaan membunuh diri malah ada antara mereka berjaya membunuh diri mereka sendiri.
Antara selebriti terkenal yang telah menarik nyawa mereka sendiri adalah Shinee Jonghyun dan pelakon drama Winter Sonata, Park Yong Ha.
Antara perkara yang menjadi punca ramai membuat keputusan untuk membunuh diri adalah media sosial yang membawa kepada penyakit depresi. Budaya di Korea Selatan tidaklah seindah wajah ahli kumpulan BTS ataupun Red Velvet. Kebanyakan selebriti hidup untuk memuaskan kehendak orang sekeliling mereka terutamanya peminat.
Sikap masyarakat yang mengagung-agungkan selebriti seperti tuhan dan menuding jari apabila mereka melakukan kesalahan dah jadi asam garam industri hiburan tak kira negara. Mereka terpaksa menjaga penampilan, menjaga tingkah laku agar dilihat sempurna di mata masyarakat. Perlu tahu, selebriti juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada silap meskipun peminat adalah sumber rezeki selebriti tersebut.
Dikhabarkan, ini kali kedua Hara mencuba untuk membunuh dirinya. Walau bagaimanapun, dia kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dalam proses pemulihan.
Apa yang REMAJA cuba sampaikan di sini, tak kira sebesar mana pun kesilapan seseorang itu, kita yang melihat perlu bantu mereka bukan terus mengecam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...