
Puteri sulung kepada pasangan usahawan terkenal, Dato’ Sri Aliff Syukri dan Datin Sri Nur Shahida, Qadejah El Zahra sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dilihat menasihati adik-adiknya dengan penuh ketegasan namun sarat dengan nilai kasih sayang.
Mesra disapa Cess, remaja ini membuktikan bahawa usia muda bukan penghalang untuk membantu ibu bapa dalam mendidik dan membimbing adik-adik, khususnya dalam memahami soal adab dan batas pergaulan sejak awal usia.
Menerusi satu video yang dikongsikan di platform Threads oleh pengguna @tunafzanandrha, Qadejah dilihat memberi penerangan kepada adik-adiknya mengenai batas sentuhan dengan cara yang jelas, berhemah dan mudah difahami.
Apa yang lebih menyentuh hati, adik-adik Qadejah turut dilihat memberi tumpuan sepenuhnya dan mendengar dengan baik setiap nasihat yang disampaikan, sekali gus mencerminkan hubungan kekeluargaan yang erat serta didikan yang konsisten.
Tindakan Qadejah ini sekali gus mengundang pujian warga maya. Rata-rata memuji kebijaksanaannya dalam menyampaikan nasihat kepada adik-adiknya dengan pendekatan yang matang dan relevan dengan cabaran dunia hari ini.
Ramai juga berpendapat bahawa didikan ibu bapa memainkan peranan besar dalam membentuk sikap bertanggungjawab Qadejah, selain menganggap sikap penyayang yang ditunjukkannya sebagai satu contoh teladan buat remaja lain.
Jelas, kehadiran Qadejah bukan sahaja sebagai seorang kakak, malah sebagai inspirasi kecil yang memberi impak besar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.