Rezeki, jodoh, ajal, maut terletak di tangan Tuhan. Semua orang dah tahu, kan?
Namun masih wujud golongan yang mempertikaikan mengapa jodoh seseorang itu belum kesampaian. Seperti mereka pula yang panas punggung jika kita belum mempunyai pasangan atau belum berkahwin. Eh kau kenapa nak sibuk?
Tular di media sosial apabila seorang pengguna akaun Twitter bernama Anis Ashaari memuat naik Tweet semalam berhubung isu jodoh ini. Alkisahnya, seorang rakan lama gadis berusia 25 tahun itu menghantarkan mesej biadap kepadanya dan memanggilnya ‘andartu’ hanya disebabkan dia belum berkahwin lagi.
Eh bro, 25 tahun tu muda lagi kot! #sabarpuasaenam
Mengikut layangan mesej yang dikongsikan oleh Anis, lelaki bernama Amirul itu berharap agar Anis menurunkan ekspektasinya terhadap kaum lelaki dan tidak terlalu mengharapkan bulan dan bintang daripada lelaki.
Iya, lelaki itu menasihati Anis agar sentiasa meletakkan harapan kepada Allah dan berdoa kepadaNya. Bagaimanapun, dia kemudiannya berkata Anis terlalu memilih jodohnya sedangkan rakan-rakan mereka sudah berkahwin dan dikurniakan anak.
Anis membalasnya dengan berkata, “Hidup ini bukan satu pertandingan. Aku gembira kalau kawan kita sudah berkahwin, sudah beranak. Jika Tuhan sudah tetapkan jodoh aku lambat, aku tak pertikaikan langsung.
“Dan siapa kau untuk menuduh aku memilih. Kita memang berkawan sejak sekolah rendah tetapi kau tak ada hak untuk memanggil aku andartu.”
Perbualan bertambah hangat apabila Amirul menyebut, “Andartu is a joke, by the way.”
Okaylah begini, bagi penulis Amirul mungkin tidak mempunyai niat untuk menyindir secara terang-terangan. Dia cuma berharap agar rakannya itu menemui jodoh. Tetapi seperti yang tertulis di atas, jodoh adalah rahsia yang tertulis dan hanya Allah yang mengetahuinya. Jadi tidak perlulah kita untuk mempertikaikannya.
Bagi Anis, dia sudah tentu tahu siapa yang terbaik untuknya dan sebagai rakan, Amirul hanya perlu doakan yang terbaik saja. Lagipun, korang baru berusia 25 tahun! TWENTY FIVE. Jalan hidup masih jauh, insyaAllah dan that andartu title has no place in your dictionary, girl.
Bak kata kak Adibah Noor yang membalas Tweet tersebut, “Girl, you do you.”
Ads
Netizen juga mempertikaikan kenyataan Amirul tersebut dan memberikan galakan kepada Anis.
Haih, disebabkan Amirul setitik, rosak Amirul sebelanga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah membuka dua cawangan taman tema di bawah jenama ESCAPE di Pulau Pinang dan di pusat membeli-belah Paradigm Petaling Jaya, kini pengusahanya iaitu Sim Leisure Group bersama-sama Hektar Muda Sdn Bhd bersedia untuk membuka cawangan baru ESCAPE.
Siapa sangka, destinasi sasaran mereka pada kali ini ialah kawasan pelancongan tanah tinggi, Cameron Highlands!
Dalam sesi menandatangani memorandum rasmi secara atas talian pada hari ini, CEO merangkap pengasas Sim Leisure Group, Encik Sim Choo Kheng dan Dato Jimmy Doh dari Hektar Muda Sdn Bhd tampil memberikan gambaran menarik mengenai apa yang dirancang oleh dua syarikat tersebut untuk ESCAPE Cameron Highlands.
(Dari kiri atas) Pengacara majlis Nadia Heng, Encik Sim Choo Kheng dan (bawah) Dato Jimmy Doh
Menurut mereka, Cameron Highlands bukan saja berkisarkan kepada tarikan ladang teh dan buah-buahan. Ia juga merupakan lokasi pilihan ramai rakyat Malaysia yang ingin ‘melarikan’ diri buat seketika waktu terutamanya meluangkan masa hujung minggu dalam persekitaran dingin.
Jom kita lihat 5 poin menarik yang dikongsikan sebentar tadi.
KONSEP
Dalam keadaan seluruh dunia sedang bergelut dengan pandemik COVID-19 sekarang, salah satu sektor paling teruk terjejas adalah sektor pelancongan. Tanpa kemasukan pelancong asing dan rakyat di dalam negara pula tersekat daripada merentas daerah serta negeri, industri pelancongan yang selalunya membawa masuk keuntungan berbilion Ringgit dijangka akan memfokuskan kepada pelancongan dosmetik untuk beberapa tahun akan datang ini.
Lalu, ESCAPE Cameron Highlands yang terletak di atas tanah seluas 60 ekar ini ialah lokasi istimewa bagi meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Terbuka kepada semua peringkat usia, dari yang muda hinggalah yang lebih berusia dapat menikmati masa bercuti di sini.
Gambaran Artis : ESCAPE Cameron Highlands.
Apa yang menjadikannya lebih menarik adalah konsep taman tema ini yang pertama seakannya di rantau Nusantara. ESCAPE Cameron Highlands mempunyai tarikan ‘Dry Ski Slope’ atau lereng ski kering dengan persekitaran yang diilhamkan daripada benua Eropah. Ilham itu datang daripada sejarah zaman penjajahan Cameron Highlands sendiri yang mengadaptasi budaya Eropah; baik dari segi seni bina atau makan minumnya.
LAPANGAN SKI KERING
But wait, apa yang dimaksudkan dengan ski kering? Adakah pengunjung akan meluncur di atas pasir?
Kongsi Encik Sim, dry ski slope bukanlah sesuatu yang baharu di Eropah. Lapangan ski kering selalu digunakan oleh atlet ski profesional di sana semasa negara mereka memasuki musim bunga, panas dan luruh tanpa turunnya salji.
Gambaran Artis : ESCAPE Cameron Highlands.Sky lift chair membawa pengunjung ke puncak. Imej Tangkap Layar dari video yang dimainkan.
Permukaan berwarna putih ini diperbuat daripada plastik dengan tekstur berus (brushes) dan ia akan ‘terbentang’ sejauh 1.2 kilometer dari ketinggian 200 meter! Wow, memang menyerupai lapangan ski betul ni.
Bukan itu saja, ESCAPE Cameron Highlands merancang untuk mempunyai sky lift chair sepanjang 920 meter dari kawasan landai hinggalah ke puncak taman tema. Dapatlah korang ‘feeling’ tengah ski.
AKAN DISIAPKAN MENGIKUT FASA
Bercakap mengenai tarikan di ESCAPE Cameron Highlands, kesemuanya akan dibina mengikut fasa; dari fasa 1 hingga fasa 4. Fasa 1 dijangka memulakan pembinaan pada Disember tahun ini dan memakan masa 18 bulan sebelum siap pada pertengahan tahun 2023.
Pada fasa pertama ini, antara tarikan sudah dibuka kepada pengunjung nanti adalah seperti lapangan ski dan sky lift chair yang disebut tadi. Selain itu, pemaju juga merancang pusat penginapan jenis glamping, camping dan hotel dalam bentuk kotej lereng bukit.
Dari pandangan udara. Gambaran Artis : ESCAPE Cameron Highlands.Gambaran binaan kotej penginapan lereng bukit persis di negara Eropah. Imej Tangkap Layar dari video yang dimainkan.
Setiap fasa yang dirancang akan mempunyai beberapa zon; ilham beberapa bahagian benua Eropah yang berbeza. Antaranya seperti zon Iberian, zon British Isle, zon Balkan, zon Nordic dan zon Alpian. Setiap zon mempunyai permainan berbeza untuk kepuasan pengunjung. Apabila ditanya tentang jenis-jenis permainan dari zon British Isle, Encik Sim berkata kita boleh menjangkakan aktiviti tradisi masyarakat Inggeris seperti ‘Street Bowling’ dan ‘Chasing after Cheese’.
Gambaran Artis : ESCAPE Cameron Highlands.Gambaran Artis : ESCAPE Cameron Highlands.
Tambahnya, pengunjung akan memerlukan 2 hari berturut-turut untuk menghabiskan kesemua 20 permainan yang disediakan. Bersiap-sedialah korang untuk tidur semalam di sini.
MESRA ALAM
Sudah tentu, setiap projek pembinaan semega ESCAPE Cameron Highlands ini akan mendatangkan persoalan mengenai keadaan alam semulajadi di sana. Apakah ia akan menganggu habitat Cameron Highlands yang sebelum ini tidak terusik?
Pihak pemaju akan memastikan pembinaan kurang impak terhadap persekitaran seperti yang pernah mereka lakukan di ESCAPE Pulau Pinang. Taman tema di kawasan tanah tinggi ini juga menggunakan 100 peratus tenaga boleh guna semula yang bersifat neutral karbon.
Sumber tenaga bagi mengoperasikan ESCAPE Cameron Highlands datang dari fasiliti photovoltaic (sumber cahaya matahari), wind turbine (sumber angin) dan beberapa lagi alternatif lain.
Antara permainan yang biasa kita lihat di ESCAPE Pulau Pinang dan Paradigm Mall juga ada di sini. Imej Tangkap Layar dari video yang dimainkan.
Penulis sedar keadaan trafik yang cukup menguji iman apabila kita memandu naik ke Cameron Highlands. Sedangkan pada hujung minggu pun kereta bersesak-sesak ke sana, inikan lagi pada musim cuti sekolah. Adakah dengan pembukaan taman tema ini, bukan hanya jalan bertambah sesak tetapi nafas kita turut sama sesak? Hehe..
Jelas Encik Sim, mengikut Rancangan Malaysia ke-12 yang diumumkan kerajaan awal tahun ini, terdapat perancangan untuk menyediakan laluan baharu ke Cameron Highlands tanpa perlu melalui Tanah Rata. Ia dapat mengelakkan sebarang kesesakan major di sana.
Di ESCAPE Cameron Highlands juga, mereka merancang jumlah parkir kenderaan yang memadai bagi mengelakkan kesesakan sewaktu laluan masuk ke tanah tinggi itu.
Pemandangan dari puncak. Imej Tangkap Layar dari video yang dimainkan.
SOALAN CEPUMAS : HARGA TIKET
Walaupun masih belum memulakan pembinaan, penulis tidak sabar lagi untuk mengetahui harga tiket masuk ke taman tema ini.
Untuk pengetahuan, masih belum ada harga tiket masuk yang ditetapkan. Namun korang boleh menjangkakan harganya tidak akan jauh berbeza berbanding tiket masuk ke taman tema ESCAPE Pulau Pinang. Ia bermula serendah RM80 hingga RM160 bergantung kepada seawal mana korang mendapatkan tiket tersebut. Lebih awal, lebih murah.
*
Jadi, adakah korang bersedia menantikan ESCAPE Cameron Highlands pada 2023?!
Penyanyi bersuara emas, Aliff Aziz mencuri perhatian para pengikutnya apabila memuat naik satu hantaran di platform Instagram sebagai tanda penghargaan buat isteri tercintanya yang juga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.
Mencoretkan dedikasi teristimewa sempena perkenalan hampir sedekad, sepanjang hidup bersama dengan isterinya itu, penyanyi lagu hit Kalau Cinta tersebut menyifatkan isterinya sentiasa berada di sisi meski terpaksa melalui pelbagai ujian sepanjang mereka berumah tangga.
Selain itu, Aliff turut meluahkan rasa syukur kerana mempunyai seorang isteri yang terbaik buat dirinya dan juga anak-anak kecilnya.
“Sudah lama saya tidak memuat naik posting penghargaan buat isteri. Foto pertama dan kedua adalah pada tahun 2014 di mana saya dan isteri bertemu.
“Masa itu saya berada dalam fasa paling terendah dalam hidup dan hampir berputus asa. Terima kasih sayang atas pengorbanan, kasih sayang, kesabaran, keazaman, dorongan dan beri saya dua cahaya mata di dunia ini.
“Berkahwin selama tujuh tahun dan berkenalan lebih 10 tahun. Penuh suka dan duka, awak sentiasa bersama saya. Semoga Allah merahmatimu dengan khayr yang kekal di sini dan di akhirat kelak,” coretnya di Instagram.
Dalam pada itu, pelakon naskhah popular Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu berterima kasih buat isterinya kerana sudi menjadi sebahagian daripada hidupnya dan membuatkan dirinya berada di tahap ini.
“Saya akan terus melakukan yang terbaik untuk menjadi anak yang lebih baik kepada ibu bapa saya, abang kepada adik-adik saya, suami kepada awak, dan ayah kepada anak-anak kita,” katanya lagi.
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 September 2016.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Kata orang, jika muka sudah mirip maknanya jodoh kuat!”
Begitulah antara komen warganet pada hantaran foto-foto terbaru pelakon popular Indonesia, Cinta Laura Kiehl pada 31 Januari 2023 yang sekali lagi memaparkan teman pelakon, Arya Vasco.
Laura dan Arya dilihat sama-sama mengunjungi The Getty Museum yang terletak di Los Angeles di mana Arya dipercayai baru sahaja mendarat di sana. Hantaran ini sekaligus menimbulkan semula persoalan sama ada mereka berdua benar-benar sedang bercinta atau sekadar teman rapat tapi mesra.
Kehadiran Arya yang memulakan kerjaya sebagai seorang pelakon Indonesia sejak tahun 2017 dalam hidup Cinta Laura sudah dapat dihidu sejak awal Januari 2023 lagi.
Aktor filem My Generation ini merupakan anak watan Bali, Indonesia dan dilahirkan pada 18 Disember 2003. Ini bermakna dia 6 tahun lebih muda dari Cinta Laura yang sudah menginjak ke usia 26 tahun pada 2023.
Arya difahamkan memiliki darah campuran Jawa Indonesia di sebelah ibunya, manakala ayahnya pula merupakan seorang yang berdarah Belanda. Tidak hairanlah wajah Pan Asiannya seringkali disebut-sebut cocok dengan wajah Cinta Laura yang juga berdarah kacukan (Indonesia-Jerman).
Selain berlakon filem, Arya juga masih aktif bergelar model di mana dia pernah menghiasi klip video penyanyi Maudy Ayunda berjudul Kutunggu Kabarmu pada tahun 2017 dan klip video Maizura berjudul Aku Tanpamu pada tahun 2019.
Detik pertemuan Arya dan Cinta Laura dipercayai bermula semasa mereka berkongsi set penggambaran drama bersiri Daniel & Nicolette.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!