Neelofa Kini Ada Aplikasi Sendiri, Beri Bayangan Ciri-Ciri “TheNoor” Di Laman Sosial

Share

Jika sebelum ini, ramai yang fobia dan memadam aplikasi yang tular mengenai kononnya pihak ketenteraan Amerika Syarikat telah membeli data pengguna sebuah aplikasi mobile Islamik, iaitu Muslim Pro.

Rentetan daripada itu, Noor Neelofa seorang pengacara, usahawan terkenal dan juga Dewi Remaja tahun 2009/10 sebelum ini telah memberikan petanda yang mana beliau bakal hadir dengan sebuah aplikasi tersendiri, dinamakan TheNoor. Kini, lanjutan daripadanya, Neelofa turut memperlihatkan ciri-ciri yang bakal dibawakan melalui aplikasi tersebut.

Daripada demo ringkas yang dikongsikan di laman instagram miliknya, ia menunjukkan yang mana aplikasi TheNoor akan menyertakan pemain al-Quran untuk anda mendengar bacaan al-Quran dan turut mengakses kepada terjemahan. Menariknya, pengguna turut boleh menghubungkan ia kepada sistem inforia pada kenderaan, dan mendengar ketika memandu.

Disamping itu, pengguna turut boleh mengakses kepada bahagian waktu solat untuk melihat waktu solat semasa, disamping mengakses melihat arah kiblat dan melihat senarai tempat solat berhampiran.

Sumber : Instagram Neelofa

Aplikasi TheNoor ini dijangka ditawarkan secara percuma, dan bebas daripada iklan – sekaligus ingin menjadi aplikasi gaya hidup muslim.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasminya masih tidak diketahui lagi. Dengan perkongsian pelbagai informasi berkenaan dengannya, kita boleh menjangkakan aplikasi ini dilancarkan tidak lama lagi.

Adakah aplikasi “TheNoor” ini mempunyai fungsi seakan sama dengan Muslim Pro? Kita nantikan jela nanti okay.

SUMBER : Instagram NEELOFA

IKLAN