Ramai yang sudah membuktikan bahawa umur bukan penghalang untuk seseorang individu itu menimba ilmu dan mendapatkan pendidikan tertinggi jika mereka mahu.
Bagi seorang warga emas, impiannya untuk bergelar doktor falsafah akhirnya tercapai pada usia 70 tahun selepas enam tahun berusaha.
Dr Abdul Rahim Ramli melanjutkan pengajian dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah berkata, gelaran itu diidam-idamkannya sejak dahulu lagi dan beliau menanam azam untuk berusaha mencapai impian itu selagi kesihatan masih baik.
Beliau juga merupakan bekas pensyarah sambilan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari 2006 hingga 2019 dan terdorong untuk menyambung pengajian selepas melihat rakan-rakan pensyarah lain telah pun mempunyai gelaran doktor dan profesor.
Ads
“Semasa menjadi pensyarah sambilan, sekeliling saya adalah doktor dan profesor dan saya tersedar bahawa saya perlu berusaha untuk merasai sendiri gelaran itu,”
“Tanpa disedari selama enam tahun saya melanjutkan pengajian sepenuh masa, akhirnya sampai juga ke tahap ini,” jelas beliau.
Abdul Rahim turut menasihati golongan muda agar sentiasa mencabar diri untuk menyambung pengajian dan tidak mensia-siakan waktu mereka.
Ads
“Orang muda perlu belajar dan jangan lepas peluang, jangan leka dengan hiburan, gaji besar dan sebagainya sehingga kurang minat menuntut ilmu,”
“Pandemik COVID-19 ini tidak boleh dijangka, jadi mereka perlu buat persediaan awal kerana kita tidak tahu apa lagi dugaan yang kita akan hadapi pada masa akan datang,” tambahnya lagi.
Ads
Tahniah diucapkan kepada Dr Abdul Rahim dan semoga kisah perjalanannya ini dapat menyuntik semangat anak muda yang masih berjuang untuk menggenggam segulung ijazah.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dua laporan kes cabul disahkan diterima oleh Polis Sepang kelmarin oleh Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof.
Tular di laman media sosial Twitter pada 6 April mengenai dua kes cabul oleh suspek berusia 20 tahun ke atas dua mangsa wanita di kawasan parkir pusat komersil, Tamarind Square dekat Cyberjaya.
Laporan pertama melibatkan seorang pembantu peribadi berusia 27 tahun berlaku pada jam 2 petang di kawasan parkir aras bawah tanah. Manakala laporan kedua pula diterima oleh seorang lagi wanita berusia 34 tahun. Kali ini ia berlaku di hadapan lif tingkat dua Tamarind Square hanya selang 15 minit kemudian.
Sejurus menerima aduan tersebut, Polis Sepang melakukan semakan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati suspek lelaki tempatan yang bekerja sebagai seorang penghantar makanan (food rider) menunggang motosikal Yamaha Lagenda 115 ZR berwarna merah. Dia meletakkan motosikal di kawasan parkir aras bawah sebelum dilihat berjalan menuju ke kawasan kaki lima pusat berkenaan.
Kata Wan Kamarul, suspek ditahan pada 6 April di Taman Putra Perdana, Puchong, kira-kira pada jam 12.50 tengah hari dan suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaaan kerana mencabul. Beliau turut menambah bahawa suspek mempunyai rekod jenayah untuk kesalahan mencuri motosikal dan memiliki barang curi serta dipercayai terlibat dalam kes cabul di pusat komersial sama pada 21 Disember 2021.
Girls! REMAJA berharap korang terus berhati-hati apabila berada di kawasan awam seperti ini walaupun pada hari siang. Seeloknya, berjalanlah berpasangan dengan kenalan atau ahli keluarga untuk mengelakkan perkara seperti ini daripada terjadi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kit Ujian Kendiri COVID-19 digunakan sebagai ujian saringan yang dilakukan sendiri oleh individu. Ia jauh lebih mudah kerana korang tidak lagi perlu membuat ujian swab di klinik atau hospital untuk mengesan virus COVID-19.
Individu hanya perlu mengambil sampel (air liur, nasal swab dan lain-lain) secara kendiri seperti yang telah dinyatakan dalam arahan kit tersebut.
Menurut Public Health Malaysia, saringan menggunakan air liur sebenarnya sensitif, pantas dan mampu dilakukan dengan mudah. Namun, ia bergantung kepada kualiti sample dan teknik yang digunakan.
Berikut adalah contoh sample air liur yang tidak berkualiti:
• Air liur bercampur dengan bahan asing lain
• Air liur terlalu sedikit (dibawah 1.0 ml)
• Perubahan warna akibat sisa minuman/makanan (sepatutnya jernih)
• Gumpalan makanan, lendir atau sisa lain
• Berbuih-buih, sisa ubat gigi
Jadi, penting untuk korang memastikan untuk tidak melakukan perkara-perkara dibawah, satu jam sebelum melakukan ujian saringan air liur.
• Jangan makan dan minum
• Jangan merokok dan vape
• Jangan kunyah gula-gula getah
• Elakkan berus gigi atau berkumur dengan pencuci mulut/air garam
• Kumur dengan air kosong untuk mengeluarkan sisa makanan dan minuman (kopi)
Take note ya guys! Nanti result korang tak valid pula.
Telur dadar merupakan menu yang paling mudah dan sedap, telur dadar gebu yang penuh dengan lemak dan padat selalunya kita jumpa di kedai Thai je.
Ramai yang cuba buat untuk dapatkan telur dadar begini tapi tak menjadi. Untuk masak telur dadar yang garing, tepinya berkerinting rangup perlu sedikit teknik ketika bancuh dan juga tuang waktu menggoreng.
Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Julia Aleen Aireish ini, bukan saja menjadi seperti yang dikehendaki malah telur dadar ini juga tak berminyak.
Cara buat telur dadar garing, tepi berkerinting
Sedikan 1 biji telur (boleh guna saiz A), 3 sudu makan air paip dan
secubit garam.
2. Satukan telur bersama air dan garam dalam mangkuk dan pukul sampai berbuih banyak.
3. Panas minyak dalam kuali, kena guna minyak banyak ya dalam secawan.
4. Pastikan minyak cukup panas baru tuang bancuhan tuang telur dalam kuali. Waktu tuang angkat tinggu bekas supaya bancuhan telur turun selari cantik. Nanti akan jadi percikan kerinting tepi telur dadar.
5. Kuatkan api, biarkan masak garing bawahnya kemudian baru alihkan sebelah lagi. Biar masak garing kedua belah.
6. Sediakan tapis, angkat telur toskan minyak. Biarkan sekejap. Kemudian sediakan tisu, letak telur atas tisu pula supaya dapat serap lagi saki baki minyak yang ada.
Siap. Telur dadar elok kering tanpa minyak. Telur ini dah sejuk pun dapat rasa lagi garingnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!