
Pelakon dan pengarah terkenal, Liyana Jasmay, akhirnya memutuskan untuk mengutamakan penjagaan kecantikan wajah selepas sering menjadi tumpuan netizen yang mengkritik penampilannya.
Menurut Liyana, komen-komen yang mengatakan wajahnya kelihatan letih, mata kuyu dan tidak segarmenjadi pendorong utama dia mengambil langkah melakukan perubahan demi meningkatkan keyakinan diri.

“Nak cantik memang kena buat rawatan muka. Kalau tak orang asyik cakap mata kuyu, muka tak segar, nampak penat, kulit kusam dan gelap.
“Jadi tahun 2026, kita buat saja muka kita!” katanya melalui InstaStory.
Dalam masa yang sama, pelakon filem popular Histeria itu turut berkongsi rancangan untuk melakukan beberapa rawatan estetik bagi memperbaiki penampilan wajah.

“Nak mancungkan hidung, buang ‘lines’ (garisan) dekat leher, buat ‘jawline’ (garis rahang).
“Saya nak jadi ‘wowzer’ tahun 2026. Nantikan wajah saya selepas transformasi,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, Liyana pernah menerima kecaman selepas memuat naik video tanpa solekan, sehingga ada pihak yang menyamakan penampilannya dengan pembantu rumah.

Malah, segelintir netizen turut mengkritik matanya yang kelihatan redup, sehingga menimbulkan tanggapan tidak berasas termasuk dakwaan kononnya dia mengambil bahan terlarang dan terlalu letih.
Namun, Liyana nampaknya lebih memilih untuk fokus kepada penjagaan diri dan keyakinan daripada memikirkan komen negatif. Tahun 2026, nampaknya bakal menyaksikan transformasi penampilan pelakon berbakat ini!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!











