Semalam, kedai Ayamas telah mengadakan majlis pelancaran ayam panggang terbarunya, Golden Sesame Roaster sempena perayaan Tahun Baru Cina bersama dengan Buku Masakan Mutiara Johor Corporation berjudul “Nak Masak Apa Mak? Meh Mak Tunjuk …” di Kedai Ayamas Taman Tun Dr. Ismail.
Dengan kombinasi yang sempurna dari rasa masam, manis dan savuri, “Golden Sesame Roaster” adalah ayam panggang Ayamas yang enak yang diperap menggunakan kaedah vacuum tumbler marinator dan diadun dengan perisa bijan panggang, mencetuskan rasa yang unik dan pastinya memuaskan selera anda!
Rasa ayam panggang terbaik. Dari kiri Merrill Pereyra – Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd., Calvin Ang – Pengarah Eksekutif KARA Holdings Sdn Bhd, Datin Noor Laila Yahaya – Pengerusi Mutiara Johor Corporation, Datuk Mohamed Azahari Mohamed Kamil – Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Bhd.
Turut meraikan sambutan tahun baru cina yang bakal disambut minggu depan
“Saya yakin “Golden Sesame Roaster” akan mendapat sambutan yang hebat daripada para pelanggan kami, bukan hanya untuk mereka yang merayakan Tahun Baru Cina tetapi juga oleh semua rakyat Malaysia untuk dinikmati,” kata Calvin Ang, Pengarah Eksekutif, KARA Holdings Sdn Bhd.
Turut dilancarkan di majlis ini ialah buku masakan tradisional yang diterbitkan oleh Mutiara Johor Corporation dengan kerjasama Women OnWards Kulim (WOW), dengan sokongan Johor Corporation (JCORP) dan rakan strategiknya, QSR Brands (M) Holdings Bhd dan KARA Holdings Sdn Bhd.
Ads
Pelancaran buku “Nak Masak Apa Mak?, Meh Mak Tunjuk… oleh Datin Noor Laila Yahaya yang juga pengerusi Mutiara Johor Corporation bersama sebahagian ahli
Bertajuk “Nak Masak Apa Mak? Meh Mak Tunjuk…”, buku masakan ini mengandungi 60 jenis resepi tradisional kegemaran sepanjang zaman, termasuk hidangan salad dan sayuran, lauk-pauk, pastri, kek, biskut dan pencuci mulut.
Dengan harga RM29.90 senaskah, penerbitan buku masakan ini adalah bagi pengumpulan dana program kebajikan serta kesejahteraan sosial yang dijalankan oleh Mutiara Johor Corporation dan juga bagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan wanita di ladang-ladang milik Kulim (Malaysia) Berhad melalui WOW. Hasil daripada jualan buku-buku ini akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan.
Ads
“Buku masakan ini adalah koleksi resipi Melayu tradisional yang disumbangkan oleh wanita Kulim (Malaysia) Berhad yang juga ahli WOW. Dengan nuansa nostalgianya yang tersendiri, buku masakan ini diharap akan menjadi warisan yang akan dapat ditinggalkan kepada generasi muda untuk rujukan mereka dalam menyediakan hidangan tradisional,” kata Datin Noor Laila Yahaya, Pengerusi Mutiara Johor Corporation.
Ayam panggang “Golden Sesame Roaster” dijual dengan harga RM26.88, dan bagi mereka yang inginkan hidangan yang lebih besar, set hidangan “Prosperity Feast” boleh didapati dengan harga RM44.88 dan set hidangan “Prosperity Dinner” dengan harga RM22.88 melalui Ayamas Roaster Express dan cawangan Deli Ayamas sahaja.
“Golden Sesame Roaster” boleh didapati bermula hari ini sehingga 12 Mac 2018 di semua kedai-kedai Ayamas, restoran Rasamas, Ayamas Roaster Express dan Deli Ayamas, selagi stok masih ada.
Ads
Cuba tengok ayam panggang nie, memang terliur dibuatnya.
“Golden Sesame Roaster” ayam panggang enak yang diperap menggunakan kaedah vacuum tumbler marinator dan diadun dengan perisa bijan panggang, memang sedap!!!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemewahan selebriti Hollywood tidak dapat dinafikan lagi buat sekian lama. Lihat sahaja dari jenama kasut dipakai sehinggalah ke barisan kenderaan mewah yang silih berganti digunakan.
Artis seperti Taylor Swift, Kanye West dan Kim Kardashian sudah semestinya memiliki nilai bersih harta yang mencecah ratusan juta ringgit. Jadi bagi mereka untuk melaburkan puluhan juta bagi membeli rumah adalah perkara enteng di mata mereka.
Namun, baru-baru ini dunia hiburan dikecohkan dengan pembelian rumah yang berharga 200 juta ringgit oleh pasangan sensasi, Beyonce dan Jay-Z!
Rumah agam konkrit besar itu dikatakan terletak di atas tanah seluas 8 ekar di luar pantai California Selatan dan mempunyai pantai persendirian, kolam renang dan ciri airnya sendiri sebagai tambahan kepada kediaman seluas 40,000 kaki persegi ini. Wow hebat!
Selain itu, rumah agam moden ini menggunakan lebih daripada 7,645 ela padu konkrit tembus mesra alam untuk membinanya. Struktur yang direka oleh arkitek Jepun, Tadao Ando itu telah mengambil masa hampir 15 tahun untuk dibina.
Oleh kerana rumah itu disenaraikan secara persendirian, jumlah bilik tidur dan bilik mandi masih menjadi tanda tanya. Namu, kawasan halaman yang menenangkan di rumah agam itu semestinya dapat memberi ketenangan kepada kedua insan terkenal tersebut.
Haaa…..‘another level’ kan pasangan selebriti ini? Kalau kita nak beli rumah semahal itu, simpan duit dari bayi pun mungkin takkan berpeluang. Haih
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Vanity Fair
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rapper dari Amerika Syarikat, Killer Mike tular di media sosial selepas beliau meraih pencapaian dengan memenangi tiga trofi di Anugerah Grammy 2024, hari ini.
Bagaimanapun, bukan kemenangan beliau yang hangat diperkatakan oleh warganet.
Sebaliknya, ia mengenai klip video berdurasi 13 saat yang menampakkan seorang lelaki mirip Killer Mike diberkas oleh pihak polis sambil dibawa keluar daripada premis yang kelihatan seperti kawasan belakang pentas.
Menerusi klip itu juga, kedua-dua tangan lelaki berkenaan digari ke belakang sambil kedengaran suara rawak berkata, “Are you serious? What the f***?”.
Wakil daripada Jabatan Polis Los Angelas melaporkan kepada agensi berita dari Jerman bahawa seorang lelaki sememangnya telah ditahan di acara tersebut namun enggan mendedahkan identiti individu berkenaan.
“Hanya selepas jam empat petang tadi, seorang lelaki dewasa telah ditahan oleh polis disebabkan satu insiden pertengkaran fizikal di dalam Crypto Arena.
“Mereka menggari individu itu dan mereka membawanya keluar dari acara berkenaan dan kini beliau sedang disoal siasat oleh pihak berkuasa,” kata mereka.
Terdahulu, rapper berusia 48 tahun itu meraikan tiga kemenangan utama menerusi kategori rap di Anugerah Grammy dengan membawa pulang trofi ‘Best Rap Album’ bagi album keenam beliau berjudul Michael.
Mike Killer turut memenangi kategori ‘Best Rap Song’ serta ‘Best Rap Performance’ menerusi lagu Scientiest And Engineers yang turut menampilkan rapper Andre 3000, Future dan Eryn Allen Kane.
Dalam ucapan kemenangan beliau, Mike Killer menidakkan faktor usia untuk mencapai kemenangan dan berharap agar lebih ramai lagi rapper di luar sana yang memasang angan-angan untuk berjaya.
“(Kemenangan) ini adalah untuk mereka yang merasakan anda terlalu berusia untuk rap.. kita yang menghidupkan hip hop. Usah berhenti melakukan apa yang sedang anda lakukan sekarang.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penerbit muzik K‑Pop terkenal, El Capitxn baru-baru ini mencuri perhatian apabila namanya menjadi bualan hangat di media sosial selepas beliau meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir peminat terutama ENGENE yang menuduh dirinya sebagai punca di sebalik pengunduran mengejut ahli kumpulan ENHYPEN, Heeseung.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya, El Capitxn atau pemilik nama sebenar Jang Yi Jeong (33) meminta orang ramai supaya berhenti menghantar mesej kepadanya berkaitan Heeseung selepas segelintir peminat dilihat menuding jari terhadapnya berhubung situasi tersebut.
Dalam hantaran berkenaan, produser itu secara terbuka meluahkan rasa kecewa dan geram selepas ada pihak yang menuduh dirinya sebagai punca kepada pengunduran mengejut Heeseung daripada kumpulan tersebut.
Pada masa yang sama, El Capitxn menegaskan bahawa tuduhan tersebut tidak berasas dan menyifatkan peminat sepatutnya memberi sokongan kepada penyanyi itu, bukannya terus mencari pihak untuk dipersalahkan.
“Berhenti hantar apa-apa kepada saya tentang Lee Heeseung. Budak itu kadang-kadang boleh buat silap. Kalau anda peminat sebenar, anda patut peluk dia sebelum melontar batu,” katanya.
“Kenapa asyik salahkan saya?” ujarnya.
Difahamkan, perkongsian tersebut dengan pantas tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi daripada peminat ENHYPEN. Sehingga ada pihak yang mempertahankan kenyataan El Capitxn, namun tidak kurang juga yang mengecamnya.
Perkongsian di Instagram El Capitxn yang meluahkan rasa kesal sebelum ia disunting padam.
Dalam pada itu, kontroversi berkenaan semakin hangat apabila segelintir pengguna internet membuat spekulasi bahawa El Capitxn mungkin mempunyai pengaruh terhadap keputusan Heeseung untuk meninggalkan kumpulan tersebut memandangkan hubungan persahabatan mereka yang diketahui umum sebelum ini.
Situasi menjadi lebih tegang apabila salah seorang pengguna media sosial menulis kritikan kepada El Capitxn yang menegaskan kepentingan peminat dalam kejayaan Lee Heeseung, yang kemudiannya dibalas oleh El Capitxn dengan menyatakan bahawa tanpa Lee Heeseung, tidak akan ada peminat sama sekali.
Terdahulu, pengunduran Heeseung daripada ENHYPEN diumumkan pada 10 Mac lalu sebelum kumpulan itu disusun semula sebagai kumpulan enam ahli yang terdiri daripada Jungwon, Jay, Jake, Sunghoon, Sunoo dan Ni‑ki. Heeseung dilaporkan bakal meneruskan kerjayanya sebagai artis solo dan kini sedang menyiapkan album baharu untuk para peminat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!