Hiburan

Naim Daniel Sanggup Korbankan Rambut Demi Project: Exit

Share
Demi menyempurnakan watak sebagai ‘budak nakal’, pelakon dan penyanyi, Naim Daniel sanggup mengorbankan rambutnya.
Menurut penyanyi lagu popular Sembah itu, imej ini merupakan tuntutan menerusi drama bersiri terbaharu berjudul Project: Exit, iaitu karakternya yang menjual bahan terlarang demi mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan.
“Drama ini saya memegang watak sebagai Ucop iaitu antara budak yang masuk sekolah pemulihan akhlak sebab sebelum ini dia jual dadah.
“Kerana itu juga saya memilih untuk membotakkan kepala ini sebab sebelum ini rambut saya dah panjang dah, dan pihak produksi meminta saya untuk botakkan kepala jadi saya buat lah.
“Untuk kali ini memang saya nak bawakkan kelainan juga supaya orang boleh membezakan watak saya disebabkan itu juga saya buat keputusan untuk tukar penampilan kepada rambut botak,” katanya kepada Remaja.
Naim berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media lawatan ke set pengambaraan Projek: Exit di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Projek Exit merupakan sebuah drama bersiri terbitan Astro Shaw di bawah jenama Astro Originals yang bakal ditayangkan September ini.
Antara barisan pelakon hebat yang lain termasuk, Shasha Aebdul, Naim Daniel, Nabila Huda, Kimberly Chuah dan ramai lagi.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Naim Daniel



IKLAN