
Penyanyi remaja Naim Daniel sebelum ini pernah berkongsi teaser nyanyian semula lagu ‘berhantu’ My All daripada penyanyi tersohor Mariah Carey dengan lirik bahasa Melayu yang dihasilkannya sendiri.
Pada 1 Mei lalu, Naim telah melancarkan versi penuh lagu yang diberi judul Malam di laman YouTubenya. Lagu tersebut turut menggandingkan penyanyi lelaki, Firdaus Rahmat yang juga merupakan penerbit bagi lagu rakaman semula ini.
Rata-rata pendengar memuji nyanyian semula Naim Daniel dan Firdaus Rahmat dan menyifatkan bahawa liriknya sangat deep menyentuh jiwa.





Sebelum ini, penyanyi popular negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Ning Baizura, Liza Hanim dan juga Siti Sarah turut pernah menyanyikan lagu My All dalam bahasa Melayu di sebuah persembahan pentas kira-kira 15 tahun lalu.
Apa-apa pun kedua-dua versi bahasa Melayu lagu My All ini memang mantap. Masing-masing menyanyikan dengan style mereka tersendiri.
Tak gitu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
#KL2017: “..Silat Bukannya Sukan Kampung..” – Fauzi Khalid

Siapa kata silat ni sukan kampung? REMAJA sempat luangkan masa dengan atlet silat yang pernah memenangi pelbagai tournament antarabangsa, Fauzi Khalid.
Bagaimana Fauzi boleh menyertai sukan silat?
Saya bermula agak lewat pada usia yang agak lewat, sekitar 16 tahun. Pada masa itu, jurulatih saya pada waktu itu iaitu arwah Suhardi Chin datang ke Pulau Pinang untuk perkenalkan silat olahraga kepada remaja di sana.
Gigih juga arwah luangkan masa nak berjumpa dengan remaja yang duduk melepak dekat tepi jalan, tepi laut. Semata-mata nak mencari pelapis atlet silat.
Saya kira saya bernasib baik juga dapat bertemu dengan arwah. Kalau tak, mungkin sampai ke hari ini saya masih bergelar kutu rayau.
Susah tak nak ceburi silat secara serius?
Mestilah susah. Ada banyak perbezaan antara silat peringkat kampung dan silat peringkat negeri. Of course, yang paling ketara adalah facility dan equipment yang disediakan.
Selepas menyertai skuad negeri juga, saya mula didedahkan dengan teknik sparring dan jatuhan yang betul.

Pesilat negara, Fauzi Khalid.
Foto: Izari Rosli
Semasa mula menyertai pertandingan dulu, pernah tak Fauzi terfikir untuk mengaku kalah setelah mengalami beberapa kekalahan awal kepada pihak lawan?
Acara nasional terawal saya adalah Sukan Malaysia (SUKMA) di Negeri Sembilan pada tahun 2004 dan seperti dijangka, saya kalah kerana kurang pengalaman. Tapi sebenarnya kekalahan itulah yang buatkan saya sedar, “Aku kena buat lagi baik kalau nak kalahkan dia”. Hasilnya, saya menang dalam kategori kelas 65-70 pada SUKMA 2006 dan acara kebangsaan.
Alhamdulillah!
Ada yang kata sukan silat ini tarafnya sukan kebudayaan je. Apa pendapat Fauzi?
Kalau setakat sukan kebudayaan, tak adalah saya ambil masa 2 tahun nak siapkan diri untuk Sukan SEA 2009. Bagi saya, apa-apa kejayaan dalam mana-mana sukan tak datang dengan mudah.
Lebih-lebih lagi sukan silat. Silat perlukan tahap konsistensi dan displin yang tinggi. Ia bukan hanya mementingkan teknik, ia juga memerlukan atlet berubah menjadi sangat displin.
Jurulatih pernah provoke saya dulu. Katanya, “Kalau ayah kau nelayan, tak kan lah kau pun nak jadi nelayan. Mesti kau nak jadi lebih baik daripada tu.” Saya sedar saya dari kampung. Sebab itulah saya tumpukan fokus saya untuk mengubah nasib hidup keluarga saya dari dulu melalui silat.
Apa harapan Fauzi untuk Sukan SEA KL 2017?
Selama ini, saya memenangi sebanyak dua kali di Sukan SEA tetapi ia berlaku di tempat lawan. Kali ni, saya harapkan kejayaan ketiga di laman sendiri. Saya akan berikan segalanya untuk menaikkan bendera Jalur Gemilang!

Pesilat negara bersama pengurus sukan MASOC. (Dari kiri : Fauzi Khalid, Siti Rahmah, Mohd Rafee Majid, Faizul Nasir dan Al-Jufferi Jamari. Foto: Izari Rosli
Candid With Fauzi Khalid
Sokongan tak terhingga dari…
Ayah, ibu dan jurulatih saya.
Rutin sukan kegemaran Fauzi…
Semua latihan saya benci haha! Tapi saya perlu lakukannya juga.
Idola sukan silat.
Arwah jurulatih Suhardi Chin dan dua orang senior saya, Shahrizan serta Azrin Abdul Malik.
Dalam masa 5 tahun lagi…
Saya ingin jadi jurulatih silat untuk generasi baru pula.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fitri UNIC Cipta Rekod Membanggakan! 5 Pelajar PhD Seliaannya Tamat Pengajian Secara Serentak

Baru-baru ini, penyanyi nasyid dan pensyarah terkenal, Fitri UNIC atau nama sebenar Ts. Dr. Mohamad Fitri Mohamad Haris (41) mencipta detik bersejarah tersendiri apabila lima pelajar pengajian Doktor Falsafah (PhD) seliaan beliau berjaya menamatkan pengajian mereka secara serentak. Pencapaian itu dianggap cukup luar biasa memandangkan proses melahirkan graduan di peringkat berkenaan lazimnya menuntut masa, komitmen dan ketelitian penyeliaan yang tinggi.
Menerusi sebuah perkongsian dari Facebook rasmi Universiti Utara Malaysia (UUM), pihaknya menyatakan kejayaan itu bukan sahaja menyerlahkan dedikasi para pelajar, malah memperlihatkan kecekapan Fitri UNIC sebagai penyelia akademik.
Lebih menarik lagi, beliau juga baru sahaja menerima pengiktirafan tertinggi apabila dianugerahkan Anugerah Akademik Negara (AAN) bagi Kategori Seni dan Kreativiti (Kelompok Seni Persembahan) yang disampaikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 24 Oktober lalu.


Kejayaan Unik Dalam Kerjaya Akademik
Mengulas pencapaian tersebut, Fitri UNIC menerusi Facebook peribadi miliknya menyifatkan tahun ini sebagai antara yang paling istimewa dalam perjalanan kerjayanya di universiti. Beliau menzahirkan rasa syukur serta terharu dengan usaha gigih kesemua pelajar seliaannya yang berjaya menamatkan pengajian pada tempoh yang sama.
“Alhamdulillah, tahun ini amat istimewa kerana seramai lima orang pelajar PhD saya telah bergraduasi.”
“Terima kasih atas kepercayaan kalian menjadikan saya sebagai penyelia dan membenarkan saya menemani perjalanan akademik ini bersama anda semua. Saya amat berbangga dengan segala pencapaian anda,” tulisnya.


Pesanan Buat Para Graduan
Pada masa yang sama, pelantun lagu ‘Ainul Mardhiah’ itu sempat menitipkan pesan agar segala ilmu yang diraih para graduan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin demi memberi nilai kepada masyarakat. Doanya agar mereka terus melangkah ke hadapan dengan hati yang ikhlas, tujuan yang murni dan penuh rendah diri.
Lima pelajar berkenaan terdiri daripada Dr. Zhang Yifeng, Dr. Pan Yuan Yuan, Dr. Xiong Qin, Dr. Liu Shu dan Dr. Shen Du. Kesemua mereka diraikan dalam majlis konvokesyen yang berlangsung di kampus induk UUM baru-baru ini.


Reputasi Akademik Terus Diperkukuh
Di samping itu, pihak universiti juga menyifatkan kejayaan lima pelajar tersebut sebagai refleksi komitmen berterusan Fitri UNIC dalam memastikan kecemerlangan akademik. Gabungan kepakaran akademik dan penglibatan aktif beliau dalam dunia seni menjadikan kejayaan ini lebih signifikan.
Menerusi rekod baru yang dicapai pada konvokesyen kali ini, pencapaian tersebut sekaligus mengangkat lagi nama UUM di persada akademik selain memperkukuh reputasi Fitri UNIC sebagai tokoh pendidikan dan seni yang seimbang dalam dua dunia berbeza tetapi saling melengkapi.

Sumbangan Lebih Luas Dalam Dunia Pendidikan
Kejayaan ini turut membuka ruang lebih besar untuk melihat bagaimana seorang tokoh seni seperti Fitri UNIC mampu memberi impak yang mendalam dalam dunia akademik. Ramai pihak berpendapat bahawa pencapaian beliau menjadi inspirasi kepada tenaga pengajar lain untuk terus melahirkan graduan berkualiti tinggi, terutama dalam bidang penyelidikan yang mencabar.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, nama Fitri UNIC semakin menonjol sebagai ikon akademik berbakat yang berjaya mengimbangi kerjaya seni dan kerjaya pendidikan. Penerimaan beliau di peringkat nasional melalui Anugerah Akademik Negara mengukuhkan lagi reputasi tersebut, menjadikannya antara figura paling berpengaruh dalam kedua-dua bidang.

Selain itu, kejayaan lima pelajar seliaan beliau menamatkan tesis PhD secara serentak menimbulkan rasa bangga dalam kalangan warga akademik kerana ia menunjukkan tahap penyeliaan yang teratur, tersusun dan berkesan. Kebolehan beliau mengendalikan pelajar antarabangsa turut mencerminkan keupayaan Fitri UNIC membawa perspektif global dalam amalan penyelidikannya.
Secara keseluruhannya, kisah kejayaan ini bukan sekadar meraikan lima graduan PhD, tetapi juga menonjolkan keutuhan seorang figura akademik yang berjaya meletakkan dirinya sebagai penyelia berprestasi tinggi. Fitri UNIC bukan sahaja mencipta sejarah peribadi tetapi turut mengangkat nama institusi tempat beliau berbakti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur
![[ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur 34 [ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/06/marvel-5.jpeg)
THIS IS JUST GREAT !
Bagi semua peminat Marvel Cinematic Universe (MCU) atau sesiapa yang pernah menonton filem keluaran Marvel Studios (which is like, er, everyone!), korang tak boleh lepaskan peluang keemasan ini.
Peluang apa?
![[ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur 35 [ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/06/marvel-3.gif)
Kami ingin memberi untuk memenangi tiket ke Marvel Studios: Ten Years of Heroes.
Bertempat di tingkat 10 Pavilion Kuala Lumpur, pameran ini meraikan ulang tahun 10 tahun kemunculan filem-filem kegemaran korang ke skrin pawagam.
Ia bukan saja akan menghimpunkan kesemua karakter utama MCU seperti pameran patung (mannequin) yang lain okay.
Antara 10 buah bilik yang ada termasuklah Iron Man, Captain America, Thor, Black Panther, Doctor Strange dan lain-lain
BACA: Pameran Marvel Studios Di KL Lengkap Dengan 10 Bilik dan Kostum Original
![[ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur 36 [ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/06/marvel-2.gif)
Pameran ini adalah interaktif dengan para pengunjung, membawa semula kita ke semua babak menarik filem Marvel dan mempunyai prop filem sebenar, kostum serta banyak lagi barangan istimewa daripada pembikinan filem.
Antara tarikan lain yang korang boleh saksikan adalah 10 buah galeri yang menceritakan kisah superheroes kegemaran korang.
Bermula Iron Man hinggalah Avengers: Endgame. Captain America, Thor, geng Guardians of the Galaxy, Black Panther, Ant-Man, Dr. Strange dan Captain Marvel – semuanya akan dipamerkan.
![[ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur 37 [ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/06/Marvel-Exhibition_KeyArt.jpg)
![[ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur 38 [ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/09/A-replica-of-Thanos.jpg)
![[ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur 39 [ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/09/The-Original-Arc-Reactor-from-Marvel-Studios’-Avengers-Endgame-2019..jpg)
![[ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur 40 [ PERADUAN ] Pameran Marvel Temui Peminat Di Pavilion Kuala Lumpur](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/09/Original-Black-Panther-Costume-worn-by-Chadwick-Boseman-in-Marvel-Studios’-Black-Panther-2018.jpg)
Dah excited?
Kami ingin memberikan peluang kepada korang untuk menyaksikan sendiri Marvel Studios: Ten Years of Heroes. LIMA orang pemenang bertuah akan memenangi 2 pasang tiket – each – untuk memasuki ruang pameran.
Tiket ini valid pada 30 September ini jadi pastikan korang redeem secepat mungkin. Bukan saja tiket yang kami berikan. Di kaunter nanti, setiap pembawa tiket juga akan mendapat hadiah edisi terhad Avengers Assemble.
Lihat cara penyertaan & syarat-syarat penyertaan di bawah…and good luck!
Peraduan Marvel Exhibition x Remaja
Syarat penyertaan
1. Share artikel ini di salah satu laman media sosial Facebook, Instagram atau Twitter.
2. Follow Facebook, Instagram dan Twitter Majalah Remaja (search: @majalahremaja).
3. Hantar jawapan kamu secara Direct Message ke Instagram @majalahremaja.
4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 September 2019
5. Pemenang akan dihubungi oleh pihak kami. Segala keputusan adalah muktamad.
*
Soalan 1
Di manakah lokasi pameran Marvel Studios: Ten Years of Heroes.
Soalan 2
Siapakah tetamu istimewa yang melancarkan pameran Marvel ini pada bulan Jun lalu?
Slogan
Saya tak sabar untuk memasuki bilik _______ (nama adiwira Marvel) kerana …. (tidak melebih 20 patah perkataan).
*
Hantarkan penyertaan korang bersama informasi di bawah:
Nama:
Akaun Instagram / Facebook / Twitter:
Alamat:
No Kad Pengenalan:
Nombor Telefon:
(Informasi peribadi di atas adalah bagi tujuan pengesahan dan tidak akan diserahkan kepada pihak ketiga bagi tujuan lain.)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

