
Susulan insiden kemalangan yang membabitkan pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak mengambil langkah segera dengan mengumumkan pemasangan sebanyak 385 lampu jalan jenis solar di sepanjang Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik.
Menurut Pengarah JKR Perak, Ir. Zamri Mat Kasim, pemasangan lampu ini juga akan melibatkan lokasi kemalangan yang membabitkan sebuah bas membawa 42 pelajar UPSI dan sebuah Proton Alza, yang berlaku kelmarin.
BACA: Nahas Ragut 15 Nyawa Pelajar: Aktivis Desak Naik Taraf Jalan Raya Timur-Barat

“Tender telah pun ditutup dan dijangka dianugerahkan (kepada kontraktor) untuk pemasangan dalam bulan Julai,” jelas beliau ketika dihubungi media.
Tambahnya lagi, kawasan berkenaan turut mendapat peruntukan untuk kerja penurapan semula permukaan jalan dan pengecatan garisan jalan bagi memastikan aspek keselamatan lebih terjamin.
Buat masa ini, pasukan forensik Cawangan Jalan dari Ibu Pejabat JKR juga telah turun ke lokasi kejadian untuk menjalankan kajian dan menyediakan laporan lengkap.

“Pemantauan terkini di tapak mendapati permukaan jalan dalam keadaan baik dan tiada lubang (pot holes).
“Perabot jalan juga sempurna seperti penghadang jalan, chevron dan papan tanda,” katanya lagi.
Menjawab spekulasi berkenaan faktor pencahayaan di kawasan itu, Ir. Zamri menjelaskan bahawa keadaan gelap bukanlah punca utama kemalangan.
Sebaliknya, faktor sebenar adalah kelajuan yang tidak munasabah oleh pemandu bas sebagaimana yang dilaporkan oleh pihak polis.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!








