
Pelakon dan bekas finalis Hero Remaja, Nabil Aqil tampil memuji bapa saudaranya yang juga aktor popular tanah air, Syafiq Kyle, kerana sifatnya yang rendah diri serta dekat dengan keluarga.
“Apa yang saya suka mengenai Syafiq Kyle ialah dia sangatlah baik dan rendah diri selain banyak membantu keluarganya.

“Syafiq juga seorang anak seni yang sangat ‘humble’ dalam industri kita ini. Dia amat menghormat orang sekelilingnya dan itulah membuatkan saya ‘respect’ dengannya,” katanya kepada Remaja.
Tidak hanya kagum sebagai ahli keluarga, Nabil turut mengakui bahawa dirinya sedikit sebanyak meniru cara kerja Syafiq sebagai pelakon.
“Malah, saya sebagai pelakon juga sedikit sebanyak ada meniru cara dia sebagai pelakon dari segi cara dia bekerja dengan produksi, krew dan orang sekelilingnya.

“Ya, dia sangat baik dan ‘chill’, saya tak tahu dari mana dia peroleh tenaga seperti itu untuk kekal seperti itu,” tambahnya.
Dalam pada itu, Nabil sempat menitipkan pesanan buat pelakon baharu agar menjadikan pelakon filem popular Blood Brothers: Bara Naga itu sebagai role model dalam industri.

“Jadi, kepada pendatang baru (pelakon), anda boleh contohi Syafiq Kyle untuk menjadi seorang pelakon.
“Selain itu, jika dapat peluang bekerjasama dengan dia, tolonglah jangan sia-siakan peluang tersebut kerana anda dapat belajar macam-macam perkara daripadanya,” tuturnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tukar Cara Doa Supaya Hidup Jadi Lebih Baik, Ini 6 Formula Yang Korang Boleh Ikut

Sebagai seorang umat Islam, kita dituntut untuk memohon doa kepada sang Pencipta yang menguasai seluruh kehidupan di muka bumi ini. Selain berusaha dan bertawakal, doa adalah senjata orang Mukmin bagi meminta pertolongan kepada Allah SWT.
Tidak kiralah sama ada korang berdoa mahu dipertemukan jodoh dengan baik, diberikan umur yang panjang atau memohon dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, jangan pernah jemu untuk berdoa kerana doa ini mempunyai kuasanya yang tersendiri.

Namun begitu, sedikit perkongsian yang dibuat oleh page Motivasi Media Sosial tentang tukar cara doa supaya hidup kita jadi lebih baik.
Bukan nak kata yang selama ni cara korang berdoa tu salah, tapi mungkin cara ini boleh improve kan doa-doa harian kita. Why not kita amalkan betul tak?
Berikut ada 6 formula doa yang korang boleh ikut.
Formula 1
Kalau sebelum ni kita selalu berdoa:
“Ya Allah, berikanlah aku kekuatan”
Kalau kita berdoa macam tu maka Allah akan sentiasa menguji untuk test kekuatan kita. Jadi, doa yang kitab oleh betulkan ialah;
“Ya Allah, lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku daripada kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku”
Formula 2
Kita selalu berdoa:
“Ya Allah, berilah aku …”
Jadi, lepas ni kita kena tukar sikit doa tu, “Ya Allah, kurniakanlah aku …”
Sebab apa? Kalau kita sebut BERI makan bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Tapi, kalau kita sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila, InsyaAllah mudah-mudahan.

Formula 3
Selalu kita akan berdoa, “Semoga dimurahkan rezeki”
Lepas ni, latihlah dengan bacaan doa, “Semoga dilimpahkan rezeki yang berpanjangan dan berkat”
Korang nampak tak perbezaan doa tu? Doa kena betul sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakinlah Allah makbulkan doa kita. Kalau kita sendiri tak yakin apa yang kita doa tu, macam mana Allah nak makbulkan doa kita?
Formula 4
Bagi individu yang dah berkahwin dan belum mendapat atau mahu segera dikurniakan anak, mesti korang selalu doa macam ni kan?
“Ya Allah, kurniakanllah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah”
Dan setiap kali itu jugalah kita rasa kecewa dan stres bila doa tidak dimakbulkan Allah. Kalau selama ni kita cuma minta pada Allah sekadar nikmat saja. Kita tak betu-betul ikhlas minta supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai.
So, hari ini jom tukar cara berdoa.
“Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu, maka makbulkan ya Allah. Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku, maka kurniakanlah. Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah aku untuk meminjam nikmat ini Ya Allah. Kerana Engkau sahajalah sebaik-baik perancang dan Engkau Tuhan yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku”
Sebabnya bila kita berdoa, matlamat dan objektif dalam doa tu bukan fokus pada nikmat saja, tapi lebih ikhlas sebab hubungan kita dengan Allah yang memberikan nikmat tersebut. Macam tu juga kalau kita nak minta sesuatu daripada Allah.

Formula 5
Bila kita berdoa minta macam-macam pada Allah sampai kita lupa nak bersyukur atas semua nikmat yang Dia berikan. Kita kadang terlupa nak bersyukur dengan rezeki yang dah ada depan mata.
Jadi, bersyukur dahulu atas apa yang Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi.
Contoh, “Ya Allah aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepadaMu. Dan redhakanlah ia kepadaku Ya Allah”
Formula 6
Satu lagi cara berdoa dengan mendoakan orang lain sebab bila kita mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.
Contoh, “Ya Allah, jika ada mereka yang sedang dalam kesulitan dan kesempitan waktu ini, bantulah mereka Ya Allah, lapangkan kesulitannya, permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah”
Sama-samalah kita amalkan doa-doa ini setiap kali lepas solat. Doa bersungguh-sungguh dan nyatakan dengan jelas apa yang kita mahukan. Yakin dan percayalah doa kita akan dimakbulkan Allah selain berusaha untuk mendapatkannya.
Selepas itu, tawakal dan redha la dengan segala ketentuannya. Wallhualam..
Sumber: Motivasi Media Sosial
***
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Risiko Sepah Mainan Kecil Di Rumah, Doktor Ini Pesan Kalau Tertelan Anak Kena Bius Sebelum Dibedah

Ramaikan antara kita ambil mudah hal dalam meletakkan duit siling. Ramai yang suka sepah-sepahkan kononnya seperti kurang bernilai berbanding duit kerja yang lebih ringan dan mudah disimpan dalam walet.
Kalau korang ada anak buah, kanak-kanak yang usianya agak kecil, pakat-pakatlah simpan ya elok-elok duit siling ini di tempat yang lebih selamat kerana dengan tindakan ini ia sebenarnya dapat menyelamatkan nyawa anak-anak, anak sedara, anak buah dan sebagainya.
Baca perkongsian dari doktor ini Dr Ezairy yang juga pakar dalam bahagian hidung, tekak dan telinga (ENT) tentang risiko tertelan duit siling pada kanak-kanak. Rupanya kalau sudah tertelan, anak-anak kecil ini perlu dibius untuk. Baca perkongsian doktor ini mengenai bahaya tertelan bendasing padsa kanak-kanak.
Bahaya alat mainan kecil kepada anak-anak!
Kenapa saya sering menulis tentang bahaya alat-alat serta barang permainan kecil kepada anak-anak kita? Apa bahayanya kepada mereka?
ℹ️ Sebagai doktor yang bertugas di bidang telinga, hidung dan tekak, memang banyak kes-kes seperti ini yang saya terpaksa hadapi. Kes bayi termasuk alat mainan di telinga bukanlah suatu yang jarang untuk ditemui. Banyak sebenarnya.
ℹ️ Bukan itu sahaja, bahkan alat permainan seperti ini juga boleh termasuk ke rongga seperti hidung. Perkara seperti inilah sebenarnya yang paling perlu ditakuti. Mengapa?
Apabila objek masuk ke rongga hidung, ia amat berisiko untuk tersedut dan seterusnya masuk saluran pernafasan. Apa yang lebih merisaukan ialah ia juga boleh sampai ke paru-paru. Nyawa pesakit boleh terancam!


ℹ️ Adakah setakat itu sahaja? Tidak tuan-tuan dan puan-puan. Objek seperti duit syiling dan bateri juga perlu diberi perhatian. Bukanlah suatu perkara yang jarang ditemui di kalangan anak-anak yang dirujuk ke hospital kerana tertelan duit syiling. Dan Ia bukanlah suatu tugasan yang mudah untuk ditangani dan dirawat.
Pesakit perlu ‘ditidur dan dibius’ bagi melalui prosedur di bilik bedah, semata-mata untuk mengeluarkan objek yang tertelan!
ℹ️ Oleh itu, sebagai ibu bapa yang prihatin, ibu bapa yang sayangi anak-anak kita, pesan dan beritahulah mereka berulang kali. “Kalau jumpa duit syiling, kalau jumpa barang-barang kecil, beri kepada ayah dan ibu.” Pesan selalu kepada mereka, InshaaAllah mereka akan terbiasa. Nampak macam perkara remeh bukan, tetapi ini amat penting untuk ‘dibudayakan’ dalam institusi keluarga di rumah kita.

Langkah bijak dan perlu untuk ibu bapa :
✅ Sentiasa letakkan duit syling di suatu bekas khas yang tidak dapat dicapai oleh anak. Atas meja atau dalam almari contohnya.
✅ Berhati-hati dalam membeli alatan permainan untuk anak-anak. Elakkan terlalu kecil yang berisiko untuk masuk ke rongga hidung, telinga dan hidung.
✅ Perhatikan pergerakan anak terutama ketika bermain-main di dalam rumah bersama alatan permainan. Anak kecil memang cenderung untuk masukkan apa-apa objek ke dalam mulut.
✅ Elak letak bateri-bateri kecil merata-rata, terutama bersaiz kecil seperti bateri jam. Sangat bahaya jika ia masuk ke rongga hidung atau tertelan!
✅ Hati-hati bagi ibu yang memakai tudung ‘berbatu-batu’ yang cantik itu. Kadang kala ia tertcabut tanpa disedari dan diambil oleh anak kecil.
Semoga pesanan kali ini mampu memberi kesedaran buat kita semua. Sama-sama kita berpesan… marilah kita saling beringat. Anda dijemput untuk kongsi tulisan ini jika anda rasa ia amat berharga. Selamat beramal!
Dr. Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak (ENT)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Squid Game Terus Beri Impak, Menang 2 Trofi Emmy’s 2022 Termasuk Pelakon Lelaki Terbaik

Sejarah dunia terbitan drama antarabangsa sekali lagi tercipta menerusi drama bersiri popular dari Korea Selatan, Squid Game.
Kali ini, K-drama terbitan Netflix itu telahpun membawa pulang dua trofi di anugerah Emmy 2022 pada pagi tadi menerusi dua kategori utama iaitu kategori Outstanding Lead Actor in a Drama Series menerusi Lee Jung-jae dan kategori Outstanding Directing for a Drama Series menerusi arahan Hwang Dong Hyuk.
Bukan sahaja dua kemenangan ini amat bermakna buat dunia perfileman Korea Selatan, Netflix dan pasukan Squid Game kerana pengiktirafan anugerah berprestij seperti Emmy’s. Malah, ia juga bermakna kerana buat kali pertama dalam sejarah, pelakon dari benua Asia telah dipilih bagi memenangi kategori lakonan.

Lee Jung-jae yang membawakan watak Gi-hun dengan amat berkesan sebelum ini pernah mencipta kejayaan di acara SAG Awards, juga menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.
“Terima kasih juga kepada Akademi, Netflix dan pengarah Squid Game, Director Hwang Dong Hyuk kerana telah mencipta kisah yang mengandungi masalah-masalah realistik dan wajah sebenar masyarakat dengan skrip serta kesan visual yang kreatif. Terima kasih juga kepada pasukan Squid Game.
“Terima kasih banyak-banyak. Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada Tuhan. Kepada anda yang sedang menonton dari Korea; kepada peminat, rakan-rakan dan ahli keluarga saya yang sentiasa menyokong, saya ingin kongsikan kemenangan ini dengan anda semua,” katanya yang kacak dalam persalinan Gucci.
Terdahulu, Jung-jae telah berjalan di karpet merah Emmy’s 2022 bersama-sama teman wanita, Lim Se Ryung.

Biarpun mereka telah bersama sejak 2015 dan foto mereka sering dibidik oleh paparazi sewaktu Se Ryung mengikuti Jung-jae pada acara Squid Game di seluruh dunia, ini adalah kali pertama mereka menjejakkan kaki di karpet merah sebagai pasangan rasmi.
*
Sementara itu, pengarah Hwang Dong Hyuk juga mencipta sejarah tersendiri menerusi kemenangannya. Ini merupakan kemenangan sulung sebuah drama bukan berbahasa Inggeris dalam kategori Outstanding Directing for a Drama Series.

Dengan nada merendah diri, pengarah Hwang berkata kemenangan ini adalah disebabkan penerimaan orang ramai yang membuka pintu buat Squid Game. Sambil berharap agar Squid Game tidak menjadi drama bersiri bukan berbahasa Inggeris terakhir yang menerima pencalonan di Emmy’s, Hwang juga tidak sabar untuk kembali dengan musim kedua Squid Game. Begitupun, tarikh tayangannya masih tidak didedahkan.
ARTIKEL BERKAITAN : Peminat Squid Game Teruja ‘Teaser’ Musim Kedua Muncul, Watak Gong Yoo Kembali? – REMAJA
Selain dua kategori tersebut, Squid Game turut tercalon dalam kategori Outstanding Drama Series, Outstanding Writing for a Drama Series (pengarah Hwang Dong Hyuk), Outstanding Supporting Actress in a Drama Series (pelakon Jung Ho Yeon) dan kategori Outstanding Supporting Actor in a Drama Series menerusi Park Hae Soo serta Oh Young Soo.
BACA LAGI : ‘Perang’ Stail Antara Zendaya & Jung Hoyeon! 10 Gaya Karpet Merah Di Emmy’s 2022 – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

