Nabil Aqil Gembira Adik Masuki Hero Remaja 2020, Tapi Enggan Bagi Tip?

Share

 

Ramai adik, abang dan saudara kepada selebriti lelaki popular yang menyertai ujibakat Hero Remaja 2020.

 

Namun tak semua berjaya mengharungi sehingga ke peringkat akhir ujibakat kecuali salah seorang finalis ini.

Imran Aqil, 21 merupakan adik kepada pemegang title Hero Favourite 2017, Nabil Aqil.

Dalam sidang semalam yang turut menjemput Nabil sebagai salah seorang jemputan, pelakon dan model tinggi lampai itu gembira apabila adiknya, Imran terpilih.

“Saya betul-betul berbangga dengan penglibatannya dalam Hero Remaja 2020 dan saya harap dia lakukan yang terbaik untuk musim ini.

”Cuma saya enggan terlalu menekan dia dengan memberi terlalu banyak tip kerana saya rasa dia perlu menonjolkan diri dengan cara sendiri. Saya dahulu pun lakukannya sendiri dan saya percaya dia juga boleh lakukannya. Make his own path

,” jelas Nabil.

Ditanya pula mengenai perasaan ibu mereka, Yasmi Abdul Hamid apabila kedua-dua orang anak lelakinya bergelar finalis Hero Remaja, Nabil berkata ibunya gembira dengan keputusan Imran.

Just be humble, itu yang penting. Kru produksi di sekeliling bekerja lebih kuat daripada kita sebagai peserta. Be yourself as always

tapi jangan lupa untuk berterima kasih selalu.”

*

Korang rasa Imran Aqil boleh mengulangi kejayaan Nabil hingga ke peringkat finale?

 

IKLAN