Pandemik Covid-19 sememangnya membuatkan ramai individu terkesan. Ramai yang hilang kerja akibat pengecilan operasi sekaligus hilang mata pencarian.
Inilah hakikat tahun 2020 yang tidak dapat dielakkan. Dalam kelam pandemik ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terbaru mengambil peluang menceburi perniagaan dengan menjadi rakan niaga kepada sebuah jenama makanan popular tempatan.
Ads
Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook, Ahli Parlimen Muar itu memilih untuk membuka lembaran baru dengan menceburi bidang perniagaan francais dalam industri makanan dan minuman bersama Santan.
Beliau juga menyatakan hasrat untuk mewujudkan platform yang boleh membantu peluang pekerjaan khususnya buat anak muda pada masa akan datang.
Perniagaan Sendiri
Ads
Membuka perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah lagi-lagi di musim Covid19 ini, namun menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, hidangan Nasi Lemak Pak Nasser dan Nasi Ayam Uncle Chin yang sedap dan popular itu telah menarik beliau untuk memilih nama Santan.
Beliau turut menyatakan hasrat untuk membuka perniagaan sendiri sudah lama terpendam, namun belum berkesempatan untuk melakukan perkara tersebut.
Ads
Rata-rata diruang komen, netizen menzahirkan kata-kata positif di atas pembukaan perniagaan pertama beliau, dan mengucapkan tahniah dan berharap agar perniagaannya terus maju jaya.
Sumber: Facebook Syed Saddiq
Mungkin kalau korang rindukan makanan yang pernah dinikmati di dalam penerbangan AirAsia boleh la kunjungi restoran Santan Syed Saddiq ni. Weh…rindunya nak makan Lasi Lemak Pak Nasser! So Sedap!
Sebagaimana kita sedia maklum, syarikat teknologi gergasi Apple Inc akhirnya melancarkan model terbaharu iPhone 14, sekaligus menamatkan penantian ramai penggunanya di seluruh dunia.
Majlis perasmian iPhone 14 Apple di Cupertino, California, U.S. September 7, 2022. REUTERS/Carlos Barria
Mengikut laporan, Apple melancarkan varian iPhone 14 dengan harga bermula RM4,199 untuk pasaran Malaysia hingga mencapai RM8,299. Malah, kebanyakan netizen berjenaka ingin menjual buah pinggang demi membeli iPhone baru ini.
Meskipun ia sekadar bahan lawak untuk memberi contoh perbandingan harga, netizen di banyak negara di seluruh dunia pernah mendengar dan menyebutnya. Di Thailand, frasa dan tanda pagar ‘jual buah pinggang untuk iPhone 14’ dilihat berleluasa hingga menjadi tular di beberapa platform media sosial.
Menimbulkan Rasa Kurang Senang
Buah Pinggang merupakan antara ‘organ berharga’ dalam tubuh badan. Lantas, ia menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah golongan profesional, terutamanya mereka yang berkhidmat dalam bidang rawatan kesihatan dan perubatan.
Portal Bangkok Post melaporkan, Pengarah Urusan Pusat Pendermaan Organ di bawah Persatuan Palang Merah Thailand, Dr Sophon Mekthon pada Ahad berkata, isu pemerdagangan organ dalaman adalah sangat sensitif.
Gambar Hiasan
Katanya, Persatuan Palang Merah Thailand yang bertanggungjawab dalam hal pendermaan organ menegaskan bahawa tiada pemerdagangan organ dalaman manusia berlaku di negara itu.
“Pendermaan dan pemindahan organ dalaman hanya dilakukan antara ahli keluarga yang rapat, seperti ibu bapa dan anak-anak. Tiada perdagangan (organ) seumpamanya.
“Adalah tidak wajar, walau hanya dengan memberi cadangan untuk menjual organ, hanya untuk mendapatkan duit demi membeli iPhone. Ia salah dari segi moral dan etika,” katanya.
Walaupun kebanyakan netizen menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, hal mengorbankan organ dalaman untuk mendapatkan wang adalah suatu perkara yang boleh saja terjadi dalam kelompok masyarakat tertentu yang berdepan situasi terdesak. Di negara tertentu di dunia ini, turut berdepan isu pemerdagangan organ dalaman manusia di pasaran gelap hingga menjadi masalah yang membimbangkan.
Maka, tidak sesuai jika ‘idea’ menjual organ untuk ganjaran wang atau kesenangan segera, sering diulang dan diuar-uarkan dalam pemikiran umum.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wanita warga asing yang tular ekoran keengganannya memakai pelitup muka semasa berada di sebuah butik mewah di pusat membeli-belah, Suria KLCC dilaporkan telah dikompaun sebanyak RM3,000.
Menerusi video yang tular pada hari Khamis lalu, wanita tersebut telah dihalang oleh seorang kakitangan bertugas di pintu masuk butik dan dia mendakwa dirinya disentuh, ditolak dan juga menerima ugutan.
Menurut Polis Daerah Dang Wangi iaitu Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, satu kertas siasatan telah dibuka dan siasatan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.
Kompaun yang dikenakan ke atas wanita warga asing ini adalah di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 bagi dua kesalahan.
Kesalahan pertama adalah dia gagal mendaftar masuk ke premis tersebut dengan menggunakan MySejahtera di kawasan capaian Internet yang luas.
Kesalahan kedua pula adalah tidak mematuhi arahan memakai pelitup muka ketika berada di kawasan awam dan di sesebuah premis seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pelbagai komen berbaur ketidak puashatian yang dikemukan warganet sepanjang satu malam tadi.
Tinjauan REMAJA di ruang media sosial mendapati warganet seakan tidak berpuas hati dengan jumlah kompaun bernilai RM3,000 yang dikenakan. Ia dianggap tidak setaraf dengan jumlah kompaun yang pernah dihadapi oleh beberapa pesalah SOP Covid-19 yang pernah dilaporkan media sebelum ini.
Ini termasuklah komen daripada YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang meluahkan rasa tidak puas hati beliau yang beranggapan isu layanan dua darjat ini tidak seharusnya berlaku dalam hal penguatkuasaan Covid-19.
Kata mereka lagi, terdahulu terdapat beberapa pesalah yang dikenakan kompaun sebanyak RM 10,000 biarpun mereka terdiri daripada golongan kurang mampu seperti remaja daripada keluarga B40. Kompaun yang dikenakan kepada ‘Karen’ ini juga dilihat lebih rendah berbanding kompaun RM10,000 yang dikenakan kepada pesalah yang meletakkan pelitup muka di dagu.
Bagaimanapun, untuk pengetahuan korang, jumlah kompaun terhadap kesalahan tidak memakai pelitup muka sebenarnya telah dipinda semula setelah tempoh darurat berakhir. Semasa Darurat masih dikuatkuasakan, rakyat Malaysia berdepan dengan jumlah kompaun yang lebih tegas kerana ketidakstabilan jumlah kes baharu Covid-19 yang mendadak serta menggusarkan pada waktu tersebut.
Kini setelah tempoh darurat berakhir, jumlah kompaun berlainan juga telah dikenakan berdasarkan peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12)) 2021.
Namun majoriti warganet masih marah terhadap perangai ‘ignorant’ yang ditunjukkan oleh wanita ini kerana mereka merasakan jumlah kompaun yang rendah bagi dirinya tidak akan mengubah persepsi golongan anti pelitup muka yang hidupnya bertaraf tinggi akan kepentingan pelitup muka bagi melindungi diri dan orang di sekeliling.
Hhm, apa pendapat korang? Adakah dengan mengenakan kompaun ini, mereka akan berubah dan menghormati faktor keselamatan dan kesihatan orang lain dengan mematuhi SOP seperti memakai pelitup muka?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lapan hari sepi tanpa sebarang pingat, hari ini Malaysia mendapat perkhabaran baik dari Olimpik 2020 apabila beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat kontinjen Malaysia.
Pasangan beregu itu berjaya menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dengan mata 17-21, 21-17, 21-14 di Musashino Forest Sports Plaza sebentar tadi.
Tewas pada set pertama perlawanan, ia langsung tidak mematahkan semangat buat pasukan beregu ini, sebaliknya muncul sebagai wira pada dua perlawanan terakhir sebentar tadi.
Bagi korang yang belum benar-benar kenal dengan dua pemain muda badminton ini, berikut kami senaraikan antara fakta-fakta menarik tentang pasangan beregu negara.
1. Aaron Chia merupakan anak kelahiran Melaka yang berusia 24 tahun dan Soh Wooi Yik pula berumur 23 tahun, lahir di Kuala Lumpur.
2. Pasangan beregu ini merupakan finalis di kejohanan All England Open selain pemegang pingat emas Southeast Asian Games pada tahun 2019.
3. Kini menduduki ranking ke-9 pemain beregu terbaik dunia bersama Soh Wooi Yik.
4. Mereka menjadi pasangan regu sejak tahun 2017 sehingga kini.
5. Soh Woi Yik adalah anak kepada bekas pemain badminton iaitu Soh Goon Chup. Pakciknya, Soo Beng Kiang juga merupakan bekas pemain badminton negara yang pernah mewakili Malaysia dalam sukan Olimpik bersama beregunya, Cheah Soon Kit.
6. Aaron Chia mula bermain dalam pertandingan badminton secara serius sejak berusia 10 tahun, manakala Wooi Yik belajar badminton dari usia 4 tahun, terpilih bermain untuk Kuala Lumpur semasa umurnya 7 tahun dan mendapat pendidikan di Sekolah Sukan Bukit Jalil sewaktu berusia 13 tahun.
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...