Mungkin ramai anak muda kini yang tidak mengetahui sejarah tentang Kesultanan Melayu yang pernah berada di Singapura.
Jika sebelum ini anda pernah melancong ke Singapura dan melawat Pusat Warisan Melayu atau lebih dikenali dengan nama Malay Heritage Center di kawasan Kampung Glam, muzium ini pernah menjadi Istana dan merupakan tempat tinggal keluarga Diraja sebelum mereka diarahkan keluar dari bangunan tersebut untuk tujuan pembangunan semula sekitar tahun 1999.
Bahagian pintu masuk Istana Kampung Glam kini. Sumber gambar: line.17qq.com
Sejarah asal bangunan ini bermula apabila Sultan Hussein Shah yang merupakan Sultan Johor lama ke-18 mengarahkan pembinaannya pada tahun 1819. Namun begitu menurut sumber, Sultan Hussein Shah tidak menghabiskan hayatnya di sini kerana baginda meninggal di Melaka pada tahun 1835.
Hanya pada tahun 1840, anakandanya Sultan Ali Iskandar Shah, membina semula Istana Kampung Glam dengan lebih kukuh.
Menurut sumber lagi, Sultan Ali diangkat sebagai Sultan Singapura pada tahun 1855 namun kuasanya tidaklah terlalu besar. Selepas kematiannya, hak Istana tersebut menjadi perebutan tiga isteri baginda. Namun begitu kerajaan Singapura memutuskan yang Istana tersebut milik kerajaan.
Namun atas budi bicara, keluarga Sultan Ali diberikan keistimewaan untuk kekal menetap di situ sehinggalah diarahkan keluar oleh kerajaan Singapura. Arahan keluar tersebut adalah bagi membangunkan semula Istana Kampung Glam yang semakin usang akibat tidak diselenggara dengan baik menjadi sebuah muzium. Bangunan ini kemudiannya diiktiraf sebagai salah satu Monumen Kebangsaan.
Ads
Keadaan Instana Kampung Glam yang diduduki oleh keturunan Sultan Hussein Shah pada tahun 1982. Sumber gambar: remembersingapore.org
Sebelum itu keluarga DiRaja tersebut memperoleh kira-kira $17’000 setahun dan wang itu dikongsikan bersama 79 keturunan Sultan Hussein. Setelah disuruh berpindah kerajaan Singapura menawarkan pampasan dan juga bantuan untuk membantu mereka berpindah.
Menurut laporan The Straits Times, kerajaan Singapura menawarkan kepada keluarga DiRaja tersebut sebanyak $350,000 setahun untuk dikongsi selama 30 tahun.
Kini, andai kata sempadan dibuka semula. Jika anda berkunjung ke Singapura bolehlah melawat Malay Heritage Center untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah orang-orang Melayu dan juga keluarga DiRaja Singapura.
Ads
APA JADI KEPADA KETURUNAN SULTAN?
Singapura merupakan sebuah negara republik dan sekular yang tidak mengiktiraf keistimewaan berdasarkan keturunan. Walaupun mereka merupakan keturunan DiRaja, hakikatnya mereka harus hidup bersama masyarakat berdasarkan meritokrasi. Siapa yang rajin, berusaha dan pandai pasti akan hidup lebih senang.
Menurut laporan reuters, keturunan Sultan Singapura itu kini hanyalah rakyat biasa yang bekerja sebagaimana rakyat Singapura yang lain.
Ads
Tengku Indra yang merupakan salah seorang keturunan Sultan Hussein Shah berpendapat, “Keluarga ini bukan sebuah Dinasti. Tidak penting sama ada anda berketurunan DiRaja ataupun tidak. Apa yang penting adalah anda harus memperoleh kehidupan melalui meritokrasi dan bukannya menikmati status yang ditentukan berdasarkan kedudukan nenek moyang.”
Tengku Indra dan anaknya, Tengku Azan. Sumber gambar: reuters
Tengku Indra merupakan seorang konsultan berjaya di Singapura dan pernah menetap di Istana Kampung Glam ketika zaman kanak-kanaknya.
Salah seorang lagi keturunan DiRaja Singapura, Tengku Faizal, 44 tahun, setelah dia meninggalkan istana pada tahun 1999 dia mengambil pekerjaan sebagai pembersih di sebuah kondominium dan akan diusik kerana menjadi putera yang menguruskan sampah.
Dalam temubual bersama reuters, beliau berkata, “Kami tidak pintar dan kami tidak kaya, kami hanya memiliki pangkat.” Kini bekerja sebagai seorang pemandu teksi sebagai mata pencarian. Isterinya pula bekerja sebagai kru restoran di McDonald bangi meringankan beban keluarga.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila timbul je benjolan kecil yang tumbuh pada permukaan kulit, tentunya sesiapa pun akan naik risau jika ia ada sejenis ketumbuhan yang boleh membawa maut.
Bagi golongan lelaki, ramai pasti perasan dengan benjolan seperti yang ditunjuk pada imej di atas pada badan mereka atau kenalan mereka. Tapi jangan risau, ia bukanlah sejenis kanser.
Sebaliknya, benjolan yang dipanggil sebagai lipoma ini adalah sejenis ketumbuhan sel lemak. Cuma, jika ia tidak dijaga atau disembuhkan, ada peratusan kecil ia boleh berubah menjadi kanser.
REMAJA tertarik dengan penjelasan oleh halaman The Diagnosa Original yang ditulis oleh Doktor Latif Saad. Kongsi beliau kepada golongan lelaki yang selalu menghidapnya, Lipoma adalah ketumbuhan sel lemak yang membentuk kapsul kerana diliputi oleh tisu badan nipis.
Selalunya, Lipoma dijumpai di bawah lapisan kulit pada bahagian leher, peha, lengan, badan dan juga ketiak. Tapi jangan pelik pula jika ia muncul di mana-mana bahagian badan lain juga. Lebih ‘menjengkelkan, lebih daripada satu Lipoma boleh muncul secara serentak.
Apakah penyebab lipoma?
Punca masalah ini masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun ia cenderung dikaitkan dengan genetik. Ada juga yang mengaitkan golongan obese dengan Lipoma tetapi tidak hubungkait kukuh yang dicatatkan.
Simptom dan tanda tanda Lipoma?
Jika korang mendapati ada benjolan lembut dan mudah digerakkan di bawah kulit, haa besar kemungkinan Lipoma lah tu. Ia bagaimanpun tidak menyebabkan rasa sakit, malah saiznya juga tidaklah bertambah besar kerana ia boleh memakan masa lama.
Jadi secara asasnya, Lipoma tidak mengganggu aktiviti harian mahupun pekerjaan korang. Tetapi lokasi ketumbuhan kadang-kadang membuat pesakit merasa tidak selesa terutamanya jika ia boleh dilihat dengan jelas oleh orang lain seperti di bahagian leher.
Bagaimana untuk mengesahkan benjolan itu adalah lipoma?
Dengan pemeriksaan fizikal berdasarkan sifat-sifat benjolan, korang sudah dapat menentukan sama ada ia adalah Lipoma ataupun ketumbuhan lain.
Bagaimana lipoma dirawat?
Selalunya Lipoma tidak dirawat jika ia tidak mengganggu aktiviti seseorang mahupun mengganggu penampilannya. Tetapi jika pesakit merasakan benjolan itu semakin membesar dengan cepat ataupun mengganggu penampilannya, pembedahan boleh dijalankan.
Untuk rawatan, pesakit akan dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan. Bius setempat akan diberikan pada kawasan berkenaan. Selepas itu, doktor akan memotong kulit pada bahagian benjolan untuk mengeluarkan tisu lemak.
Namun jika ketulan itu terletak pada bahagian lebih dalam dan susah untuk dicapai dengan hanya pemotongan kulit, maka bius keseluruhan badan akan digunakan untuk menidurkan pesakit agar potongan yang lebih dalam dapat dibuat.
Siapa yang selalunya cenderung mendapat lipoma?
Masalah ini selalunya berlaku kepada lelaki pada usia pertengahan iaitu 30-an hingga 40-an.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah tak korang terfikir sama ada syampu yang dipakai hari-hari tu sebenarnya baik atau tidak penggunaannya untuk diri kita?
Selama ni mungkin ramai yang hanya mengambil berat tentang produk kecantikan wajah, iye la takut pula nanti muka naik jerawat kalau salah pilih produk.
Tapi sebenarnya, produk syampu yang ada di pasaran sekarang mengandungi beberapa bahan yang boleh menyebabkan gangguan pada keseimbangan hormon estrogen dan progesterone.
Hal ini dijelaskan oleh Dr. Siti Aniza Basir yang menegaskan bahawa hormon estrogen dan progesterone perlu seimbang, walaupun kedua-dua hormon ini sama penting.
Berikut adalah bahan-bahan yang biasanya digunakan dalam produk syampu, skincare dan kosmetik yang menjadi punca kenapa setiap hari hormon menjadi haru-biru.
– Penyebab depresi, kerosakan tisu kulit, hati dan mata serta loose stool
Fragrance (Synthetic perfumes)
– Pewangi akan menyempitkan saliran sistem limfatik dan mengakibatkan toksik kepada organ dan mengganggu hormon
Cocamidoproply Betaine
– Penyebab dermatitis iaitu radang kulit yang biasanya menyebabkan ruam kemerahan dan berasa gatal
Triclosan
– Boleh berkumpul di tisu lemak kita
Polysorbates
– Digunakan untuk meleraikan pewangi dan minyak dan akan mengganggu natural pH kulit kepala
Polyethylene Glycol (PEG)
– Banyak dalam conditioners
– PEG mengandungi dioxin (direct link to cancer)
Potassium Sorbate
– Sebagai preservatives
– Toksik kepada kulit dan organ
Phenoxyethanol
– Preservative
– Boleh mengganggu sistem saraf
Retinyl Palmitate
– Carcinogen
Dimethicone
– Silicone oil
– Membentuk ‘plastic-like-barier’ (membiakkan bakteria)
Behentrimonium Chloride
– Preservative dan pembuih
– Indlamasi kronk mata dan kulit
Quaternium-15
– Formaldehyde releaser
– Formaldehyde carcinogenic
Gambar hiasan
Oleh itu, siapa yang mempunyai gejala kecelaruan hormon seperti berikut, ini mungkin petanda korang telah menggunakan produk yang menggunakan bahan-bahan seperti di atas.
– Lesu
– Tiada tenaga
– Lemah tenaga batin
– Thrush
– Perut cramp
– Kembung
– Gatal pada dubur
– Perubahan fungsi usus (cirit birit atau sembelit)
– Keputihan
– Kerap kencing kotor
– Perubahan aturan haid
– Depression
– Mudah marah
– Susah fokus
– Allergy
– Sensitif kepada chemical
– Kerap demam dan batuk
– Psoariasis
– Ketagihan makanan manis dan tinggi karbo
Gambar hiasan
Sekarang, korang dah tahu kan kenapa syampu organik tu mahal? Dan tak hairanlah kalau kita lihat promosi syampu yang ada dipasaran dijual dengan harga rendah.
Apa-apa pun, pilihan tetap di tangan korang.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasukan beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani (27) -Goh Sze Fei (27) baru-baru ini terlepas gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di China yang diadakan malam semalam.
Pasangan nombor tujuh dunia itu terpaksa akur tewas kepada Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada aksi final di Hangzhou, China.
Namun, duo Nur Izzuddin-Sze Fei wajar diberikan pujian kerana mereka yang memaksa pasangan Denmark itu bekerja keras sehingga ke permainan penentuan.
Dalam pada itu, pada aksi di Gimnasium Olimpik Hangzhou itu, Astrup-Rasmussen bermula positif apabila menang set pertama 21-17. Tersentak keputusan itu, Nur Izzuddin-Sze Fei bangkit pada permainan kedua menerusi kemenangan 21-17 untuk membawa perlawanan ke aksi penentuan.
Walau bagaimanapun, momentum tersebut gagal diteruskan apabila mereka terpaksa akur tewas kepada pasangan nombor tiga dunia itu 21-11 dalam masa 64 minit permainan. Keputusan berkenaan melebarkan lagi jurang kemenangan Astrup-Rasmussen kepada 8-2 ke atas Nur Izzuddin-Sze Fei.
Menerusi kemenangan itu, mereka meraih wang tunai AS$210,000 (RM934,553), manakala pasangan negara membawa pulang AS$100,000 (RM445,025).
Sebagai rekod, Izzuddin-Sze Fei pernah mencipta sejarah muncul beregu lelaki pertama negara mara ke final sejak WTF diperkenalkan pada 2018 bagi menggantikan Siri Super Final.
Walaupun terlepas gelaran juara, Nur Izzuddin-Sze Fei dijangka mengambil alih status beregu nombor satu negara dari Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang memegang gelaran itu sejak lima tahun lalu.
Nur Izzuddin-Sze Fei yang berstatus ketujuh dunia dijangka melonjak empat anak tangga ke ke tempat ketiga – tertinggi sepanjang karier mereka. Kedudukan tersebut menjelang kemas kini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa ini.
Lonjakan tersebut dibantu hasil kejayaan mereka melangkah ke pentas final WTF itu dan sebagai rekod Aaron-Wooi Yik ketika ini berstatus kelima dunia. Nur Izzuddin-Sze Fei sebelum ini meraih tiga gelaran Jelajah Dunia iaitu menerusi Terbuka Jepun, Terbuka China dan Terbuka Artik.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.