Jika pernah terperangkap dengan pujukan cinta, rasa menyesal itu begitu tinggi kerana hal zina adalah perkara yang amat ditakuti. Berbeza zaman yang kononnya semakin maju, fakta-fakta ini pasti amat menakutkan.
FB Public Health Malaysia melaporkan, dianggarkan lebih 156,000 remaja atau 7.3 peratus remaja Malaysia pernah melakukan hubungan seks. 35 % remaja lelaki pernah melakukan seks seawal usia 14 tahun.
Ternyata harga sebuah DARA & TERUNA begitu murah bagi masyarakat hari ini. Jika beginilah situasinya, jangankan mahu minta hantaran RM20 k bagi si gadis yang konon mengikut degree dimiliki (seandainya pernah melakukan hubungan seks), harga sebuah keterunaan juga ternyata begitu murah.
Padanlah dengan ayat al-Quran yang menggariskan jagalah keturunan dan agama sebagai satu perkara ketika memilih teman hidup.
Jika kita terlalu moden sekali pun, jagalah maruah diri kerana selagi Allah menutup aib kita, itu tandanya Allah masih sayang. Jangan gadaikannya demi sebuah cinta.
Ibu bapa harus mengambil berat akan pergaulan bebas anak dan masyarakat juga berperanan menegur. Mungkin bukan kena pada ahli keluarga kita tetapi jika nampak kemungkaran, sila tegur.
Fakta ini jelas menakutkan, semua pihak harus bertanggungjawab memberi teguran jika ternampak kemungkaran
Baca laporan tentang Public Health Malaysia ini.
Setiap kali isu sebegini di bangkitkan inilah yang akan berlaku
– Ahli politik akan saling bertegang urat
– Agamawan akan beri pendapat
– Media akan mula memutar belit kenyataan
– Masyarakat akan saling kecam mengecam
Di penghujung kitaran, semua pihak akan saling menunding jari..dan akhirnya isu ditutup rapi selepas 2 minggu akibat telah tepu dan beralih kepada isu lain yang lebih menarik.
Tuan tuan dan Puan sekalian,
Mengapa kita perlu menjadi hipokrit? Tidakkah anda sendiri pernah melalui usia remaja? Ledakan hormon yang membara, perubahan fizikal yang ketara serta perasaan ingin tahu yang membuak buak mengatasi segalanya. Ini merupakan pengalaman peribadi ketika melalui zaman remaja di awal zaman mellineum ketika internet baru lagi diperkenalkan. Rakan rakan mula bercakap mengenai sex, ramai yang berkongsi video porno dan lain lain.
Ibu bapa tidak pernah berbicara. Guru malu malu untuk berkongsi, ustaz sekali sekala bergurau mengenainya. Apa rujukan kita? Ya, internet akan menjawab segala persoalan yang terbuku di minda. Apabila internet menjadi pusat rujukan, dari gambar kepada cerpen dan video dan akhirnya terus hanyut dengan ledakan dopamin..
Remaja biasanya hanyut dengan perasaan cinta sehingga kadangkala lupa harga diri
Pendidikan dan kempen cegah zina
Pendidikan merupakan antara solusi untuk menyediakan satu medium formal untuk menjawab persoalan yang terbuku di kalangan remaja. Kajian telah membuktikan dengan memberi pendidian formal mengenai seks, kehamilan remaja akan berkurangan dan aktiviti pembuangan bayi dapat dicegah.
Admin sengaja tidak menggunakan “pendidikan sex” kerana istilah ini cukup menakutkan masyarakat yang bimbang sekiranya anak anak mereka di ajar melakukan sex di sekolah! Bukan sekadar taboo, ada pihak yang paranoid apabila istilah ini di gunakan.
Remaja berhak untuk diberi maklumat di samping peluang untuk kita mendidik mereka mengenai tanggungjawab, implikasi melakukan sex bebas, pencegahan ketagihan pornografi dan lain lain.Kebiasaannya, setiap kali ada pihak yang mengusulkan pendidikan formal mengenai sex di perkenalkan, pasti ada yang lantang membantah dan menyeru agar kempen mencegah zina di utamakan.
Pergaulan bebas antara punca kita hilang maruah dan harga diri
Ya! Ayuh lakukan. Permainan tarik tali dan tunding menunding teleh berlalu. Masa untuk bertindak.Jadikan kempen mencegah zina satu realiti di samping pendidikan yang holistik untuk anak anak kita.Remaja kini bukan calang calang cabaran mereka. Mereka tidak perlu keluar rumah, cukup sekadar internet di rumah dan gajet pintar. Sex hanya beberapa langkah dari muka pintu.
Statistik yang di kongsikan sebenarnya bukan menunjukkan remaja kita liar dan jahat.Angka itu menunjukkan bilangan remaja kita yang telah menjadi MANGSA, akibat kealpaan kita untuk melindungi mereka
Public Health Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Senarai tahunan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings telahpun dikeluarkan bagi edisi 2021 dan Institut Pengajian Tinggi awam serta swasta tempatan nyata telah menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan.
Pencapaian tersebut didahului oleh Universiti Malaya (UM). *Haa tepok*
UM mengekalkan pencapaian cemerlang apabila sekali lagi tersenarai dalam kedudukan 100 universiti terbaik di dunia.
Universiti Malaya
Tahniah REMAJA ucapkan kepada UM apabila mereka memperbaiki kedudukan dan naik 11 anak tangga dari kedudukan ke-70 tahun lalu ke kedudukan ke-59 pada tahun ini.
UM sekaligus telah melepasi sasaran awal mereka. Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam, pencapaian UM ini adalah tujuh tahun lebih awal daripada sasaran setelah mereka disenaraikan dalam kedudukan 100 universiti terbaik sejak tahun 2018.
*
8 lagi buah IPT tempatan turut tersenarai dalam kedudukan 550 terbaik dunia. Berikut adalah kedudukan universiti awam dan universiti swasta cemerlang negara.
Universiti Putra Malaysia : 132 (tahun lalu : 159)
Universiti Kebangsaan Malaysia : 141 (tahun lalu: 160)
Universiti Sains Malaysia : 142 (tahun lalu: 165)
Universiti Teknologi Malaysia : 187 (tahun lalu: 217)
Taylor’s University : 379 (tahun lalu: 511 – 520)
Taylor’s University
UCSI Universiti : 391 (tahun lalu: 442)
Universiti Teknologi Petronas : 439 (tahun lalu: 482)
Universiti Utara Malaysia : 531 – 540 (tahun lalu: 591 – 600)
*
Pencapaian ini adalah satu perkembangan yang positif apabila kelapan-lapan buah universiti ini telah memperbaiki kedudukan masing-masing berbanding tahun lalu.
Selain daripada 9 buah IPT ini, 11 lagi IPT (awam dan swasta) turut disenaraikan dalam kedudukan Top 1000 QS World University Rankings 2021. Ini termasuklah:
Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
Universiti Islam Antarabangsa
Management & Science University (MSU)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Sunway University
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Multimedia University
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
*
Congratulations guys!
Walaupun ranking pengiktirafan ini bukanlah misi utama dalam dunia pendidikan, namun ia adalah buktu bahawa Malaysia ialah hab pendidikan bertaraf antarabangsa terutamanya di rantau Asia Tenggara.
Tenaga pengajar, penyelidik dan pelajar Malaysia juga sama tarafnya dalam dunia penyelidikan.
Dengan peningkatan kedudukan secara purata, ia akan membantu para graduan IPT tempatan untuk mencari peluang pekerjaan setelah menamatkan pengajian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suami kepada Hailey Bieber ini mencapai kemuncak jaya di dalam dunia hiburan sejak dari kecil lagi. Bermula dengan ‘One Time’ sehingga kepada lagu yang menjadi fenomena dalam lipatan kerjayanya, ‘Baby’, tenyata selebriti asal Kanada ini berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Walaupun bergelar seorang penyanyi dan penulis lagu, Justin juga mempunyai minat yang tinggi dalam fesyen sehinggga memiliki jenama fesyennya sendiri yang dikenali sebagai Drew House.
Selain itu banyak kolaborasi bersama jenama terkenal sudah dia miliki. Yang terbaru menerusi kolaborasi bersama Crocs!
Mungkin ada di kalangan korang yang tidak gemar rekaan sepatu jenama ini, namun Justin selama ini memang setia mengenakan sepatu ini tidak kira di mana sahaja.
Menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya kira-kira seminggu lalu dia memuat naik sepasang sepatu Crocs rona kuning dan akhirnya berita itu disahkan oleh jenama itu sendiri.
Kolaborasi menerusi Drew House milik Justin ini menampilkan rekaan sepatu klasik Crocs unisex yang boleh digayakan semua orang. Paling comel ia turut hadir bersama Jibbitz yang diinspirasikan oleh Justin sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini penonton disajikan dengan filem romantis Last Christmas sempena sambutan hari Natal yang bakal menjelma, kini sebuah lagi filem Krismas tetapi dengan genre berbeza, seram dan misteri akan menemui penonton pada cuti sekolah ini.
Black Christmas merupakan filem remake arahan Bob Clark pada tahun 1974 yang menggunakan judul yang sama. Riley Stone dan rakan-rakannya daripada kumpulan Mu Kappa Epsilon, Marty, Kris dan Jesse, bercadang untuk mengadakan parti bersempena cuti perayaan Krismas.
.
Namun pelajar di Kolej Hawthorne dilanda ketakutan apabila seorang demi seorang ahli pertubuhan wanita di kampus itu telah dibunuh oleh seorang penghendap. Kejadian itu menyebabkan mereka tidak lagi mempercayai lelaki, termasuk lelaki yang diminatinya, Landon, teman lelaki Marty, Nate serta pensyarah mereka, Profesor Gelson. Kumpulan itu kemudiannya bekerjasama untuk mencari dan melawan pembunuh tersebut.
.
Dibintangi oleh Imogen Poots, Aleyse Shannon dan Brittany O’Grady, kami pasti ramai yang gemar menonton filem bergenre seram ini dan disebabkan itu, Remaja nak beri sepasang tiket percuma kepada pembaca bertuah untuk turut sama menonton tayangan perdana Black Christmas pada tarikh berikut:
Tarikh: 10 Disember 2019
Masa: 8.15 malam
Lokasi: TGV 1 Utama
Korang hanya perlu menjawab soalan mudah seperti berikut:
Penyertaan terbuka kepada individu yang tinggal di sekitar Lembah Klang bagi memudahkan urusan pemberian tiket. Untuk korang yang tak dapat join, jangan lupa saksikan Black Christmas bermula 12 Disember 2019 di seluruh pawagam tanah air.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!