Macam beli makanan konsep pandu lalu pula, kreatifnya.
Mungkin ramai pasangan yang sudah merancang perkahwinan beberapa bulan ini terpaksa akur untuk menunda pernikahan dan majlis perkahwinan mereka gara-gara wabak COVID-19 yang melanda dunia.
Namun, tidak bagi pasangan dari kluang, Johor ini berjaya cipta sejarah anjur perkahwinan secara pandu lalu pertama di Malaysia.
Biarpun kes baharu yang dicatatkan sudah semakin rendah, namun norma baharu tetap perlu diamalkan sebagai langkah keselamatan bagi mencegah berlakunya penularan.
Menurut pengantin wanita ini, pada mulanya keluarga tidak bersetuju dengan ideanya untuk membuat majlis ‘pandu lalu’ kerana tak pernah dibuat orang majlis sebegini. Namun, beliau yakin bahawa majlis ini boleh dan akan berjalan dengan lancar.
Ads
Menurut pasangan pengantin perempuan, Norazura Mohd Ali idea membuat majlis mengikut SOP ini dirancang 2 minggu sebelum majlis berlangsung. Setelah hampir dua bulan menanguh majlis perkahwinan akibat Covid-19 dan PKP.
Pasangan ini mencipta sejarah sebagai pasangan pertama yang menganjurkan majlis perkahwinan dalam bentuk pandu lalu yang mana setiap kenderaan hanya diberi masa seminit untuk bertemu pasangan pengantin.
Pengantin lelaki yang dikenali sebagai Aguzz merupakan pemilik perniagaan Burger Viral AguzzBurger melansungkan perkahwinan dengan mengekalkan prosedur operasi standard mengikut saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), iaitu:
Ads
Kenderaan beratur menuju ke kanopi pelamin,
suhu disemak oleh anggota RELA yang bertugas
catat nama berserta nombor telefon,
masukkan sumbangan ke dalam tabung ‘Salam Keruk’ yang disediakan,
pengantin menunggu di pelamin, kenderaan tetamu berhenti, tetamu mengucapkan tahniah serta penyerahan hadiah tanpa perlu keluar dari kenderaan dan bersentuhan,
setiap kenderaan hanya diberi masa seminit sahaja.
Ads
Pasangan ini sempat memberikan nasihat buat bakal mempelai diluar sana agar membuat majlis mengikut SOP di musim Covid-19 ini namun masih menghargai tetamu yang datang kerana tetamu yang datang itu membawa ‘rezeki’ dan ‘keberkatan’. Selain itu, beliau juga sempat pesan agar tidak pedulikan apa yang dikatakan orang lain .
Fuh, menarik juga ideak konsep majlis secra ‘drive thru’ ni. Lebih jimat dari majlis biasa sebab kita tak perlu la nak bayar kompang, kanopi dan sebagainya.
So apa pendapat korang dengan konsep macam ni onzz ke tidak..?
Setelah REMAJA melaporkan mengenai kemalangan jalan raya yang menimpa salah seorang peserta program realiti Big Stage 2020 iaitu Sandra Dianne semalam, hari ini pihak produksi mengesahkan tidak akan menampilkan Sandra pada konsert minggu ini.
Untuk pengetahuan, Sandra terbabit dalam sebuah kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) kira-kira petang semalam. Setelah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Putrajaya, Sandra masih belum sedarkan diri.
Bercakap kepada pihak media, pengurus saluran Astro Ria, Emarina Kamal berkata mereka masih menantikan mahlumat terbaru daripada doktor. Namun setelah melihat keadaan diri Sandra yang masih koma hingga sekarang, pihak produksi bersepakat untuk mengecualikan penyertaan Sandra pada minggu ini.
“Tiada penyingkiran terhadap Sandra akan dibuat walaupun dia tidak membuat persembahan malam ini. Pihak kami bersimpati dengan insiden yang menimpa Sandra dan berharap dia segera sembuh,” katanya.
Berdasarkan pengumuman yang dilakukan pada konsert ketiga minggu lalu, Sandra sepatutnya menyanyikan lagu Nuri nyanyian asal Ella pada malam ini. Pilihan lagu tersebut dilakukan berdasarkan lagu keluaran tahun kelahiran peserta Big Stage 2020
REMAJA mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan Sandra Dianne dan semoga kembali sihat seperti sedia kala.
Tidak dinafikan kebanyakan daripada kita lebih gemar membeli secara online kerana bukan hanya memudahkan, malah ia jauh lebih jimat kerana ditawar dengan harga lebih murah.
Aplikasi Shopee antara platform yang menjadi pilihan orang ramai untuk membeli secara atas talian. Namun begitu, pernahkah korang terfikir berapa banyak duit yang telah dikeluarkan untuk perbelanjaan korang di aplikasi itu?
Kini, korang boleh mengira semula perbelanjaan di Shopee dengan mudah. Jom kita lihat bagaimana caranya.
1. Layari laman Github dan salin kod yang ditawarkan
2. Selepas itu, pergi ke laman Shopee dan pilih ‘Pembelian Saya’
3. Kemudian, klik-kanan pada laman berkenaan dan pilih ‘Inspect’
4. Cari bahagian bawah tab, pilih Console. Tampal kod yang disalin tadi dan tekan enter
5. Skrip akan berjalan untuk beberapa saat dan seterusnya memaparkan jumlah perbelanjaan yang korang telah lakukan di Shopee.
Mudah sahaja kan? Dari sini bolehlah korang cuba untuk ‘bermuhasabah’ diri dengan melihat setiap perbelanjaan yang telah dikeluarkan. Hiks!
Kalau dilihat sekarang memang ramai rakyat Malaysia yang suka berkongsi percutian mereka di luar negara. Antara negara yang banyak menjadi destinasi pelancongan adalah Korea Selatan, Jepun, United Kingdom, Australia dan lain-lain.
Bagaimanapun, seroang individu yang dikenali sebagai Reen Zahari berkongsi mimpi ngeri yang harus dilaluinya apabila dia dilarang naik pesawat untuk bercuti ke Australia di laman Twitternya.
Menurutnya, insiden tersebut berpunca kerana dia dan rakan-rakan tidak membawa duit Australian dolar yang banyak untuk ke negara kangaroo itu.
“Today rasa macam nak share experience kiteorang ber-6 kena denied boarding ke Perth, Aussie. Denied bukan sebab visa tak approve, denied sebab fully based on silly assumption. So, those nak pergi, boleh ambil iktibar and prepare,” tulisnya kesal.
Tulisnya lagi, sewaktu kejadian dia bagaikan tidak boleh berfikir dengan betul kerana tidak pernah mengalami perkara sedemikian.
“Everything smooth je. So masing2 planning jumpa dekat klia2, dengan parents masing2. ‘Cause we all girls, so parents’ worry too much! Done hugging n goodbye sesh, macam biasa la perjalanan nak ke gate tu dah macam 2marhalah. Masa ni excited tu tak payah cakap la.
“Dah sampai gate P6, so mcm biasala orang queue kalau nak pergi NZ & Aussie for final security check. Kiteorg pun queue jela ikut org ramai. i dgn Syiro queue dlu among our friends sbb kiteorg mmg excited lebih ahaks.
“Sampai turn kiteorg, Airasia ground staff scanned my ticket, and put a cross in a paper which written there my sequence number and terus point i dkt security. I mcm apebenda ni, i ada buat jenayah ke? Mmg blur gila. But Syiro sblh i lepas tp bila dia duduk dgn i, dia skali kene.
“I tny ground staff tu, what did i do? Tunduk je dia, comel molek pkai tudung. Tp bengang jgk diam mcm tu. Lps tu kwn2 i yg lain pun kene point dkt security & kene duduk tepi. Masa ni i mcm xfikir sgt, for as long as kiteorg x buat salah, niat elok nak bercuti. Ceh husnuzon pulak.
“Tiber dtg makcik dlm linkungan umur 50-an. Dtg2 ambik passport dkt kiteorg semua. Introduce diri pun takde, hi hello mmg dah kelaut. I mcm positive lg masa ni, maybe dia nak membanci kekerapan org Malaysia pergi Aussie. Punyala positif!
“Makcik tu terus tny, “how much money do u guys bring?” I mmg jenis jujur klau bab airport declaration ni I pun ckp jela “350Aud each of us” travel ni klau bawa cash bekeput2, kang org igt bru lepas rompak bank. So nk sng, bw je credit card. Lgpun Aussie mstilah byk tmpt accept CC.
“Mkcik tu boleh senyum sinis dkt kiteorg semua smbil ckp “that’s not enough, the living expenses in Aussie is very expensive, it’s not like your country” Hello nenek, igt orang Malaysia ni tak cerdik ke? Nenek i dkt kampung pun thu la negara korg mahal. Bragging lebih.
“Me: “but we hv credits cards just in case” Xsmpt i bgthu lg limit CC i, dia dh cut “but only you, and your friends?” I ckp la “i can cover for my friends as well” terus dia gelak2 manja gituww. Terdiam jap i. Xkan la CC RM20k limit takboleh cover. Bknnya nk pegi beli bag LV.
“Kiteorg nk tnjuk itinerary w price dkt makcik tu, mmg tmpt kiteorg pilih mur mur je. Bknnya nk pegi skydiving. Nk skydiving better gi NZ ok smua, lg best. Tp dia xnk tgk pun itinerary kiteorg, ignore terus. Dia xnk kiteorg refer itinerary dkt phone, dia nk kiteorg igt n bgthu dia.
“So among us yg in charge utk itinerary is Faten. Faten pun try la bgthu ape dia igt, lps tu makcik tu ckp, M: I know u hv somnthg else to do I: What is it tht we want to do? M: Idk, you tell me. (Sambil tekan dkt “you”, mcm gaya omputih marah anak bila anak mnipu) Masa ni, level blur aku dah naik satu tingkat jd lvl 3.
“Kiteorg pun pelik makcik ni knp sbnrny, xde kwn ke? Syiro tny i, who is she..i pun tny la dia “Would u pls introduce yourself?” punyala polite, menyesal patut i maki je. Makcik ni ckp dia frm Australian immigration, tu je. Nama ape pun xckp. Dia blah, skali dgn passports kiteorg
“Masa tu, level blur kiteorg terus ke level 6. Skali dgn abg security pun blur jgk xtahu apa jd. So abg security tu pergi la tny makcik tu. Ada couple dpn kiteorg, dia pusing blkg n tny, “korang xleh boarding jgk ke?” I dh mcm dh knp nk halang org xbersalah boarding ni
“Then abg security tu dtg balik, “dia ckp u guys are forbidden to board, and you (point dkt couple tu) allowed” masa dgr ni, pergh rasa mcm diawan-awangan. Mcm roh i jd Casper kejap.
“I dh jd mayat hidup dkt situ, mmg redha & ckp “Dosa apa la i buat harini..? I rs yg still function is Syiro je. Syiro tny, makcik ni sape? Tibe je dtg. Abg security tu ckp dia mmg authorised person frm immigration sana. So kitoerg mintak abg security pegi convince makcik lg skali
“Syiro cakap la, “kalau sbb kiteorg xckup cash, it’s okay, kiteorg gi tukar duit skrg” makcik tu boleh ckp “useless” Pei! Then dtg dkt kiteorg balik, “im sorry, i can’t let u go to Aussie” blur weh. Dahla takde strong reason to not let us boarding.
“I yg mcm mayat hidup ni, gagah jugk keluar suara, “for what reason we’re forbidden?” Ayat keluar dr dia ni mmg menyakitlan hati, boleh buat i gila. “Because i dont see u as tourists” Tu je! Literally tu je! Level blur dah xleh bincang, i dah paralysed sorg2 kt situ
“Sbb Syiro dgn i je yang bsuara. Kiteorg semua perempuan, mmg jd bidan turut jela. I tny lg makcik tu, “then in what aspect do you see someone as tourist?” M: First, you guys dont hv enough money. Minimum a person must bring is 1000aud, that was 10yrs ago. Menipu gila Acik ni.
“Dah kalau org mmg pergi, nak leisure duduk hotel je. Takkan nak kene bwk byk? Akai kat mane acik? Yang i kecewa, ground staff dkt situ ada la dlm 6 orang, security officers 5 org. Tengok je kiteorg, xbuat apa2. Seolah2 kena santau dgn makcik tu
“Cuma yg i geram, dia twist information kiteorg dkt staffs situ. Dia ckp kiteorg bg inconsistent information. And accomodation booking for one day only. Weh, i showed to her our booking, obviously stated 5 days! Tp dia mmg xnk tgk dr awal pun booking. Skdar tgk skilas mcm tu je,” tulisnya kesal.
Moga-moga kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat mereka yang ingin ke Australia. Sekarang ini memang agak sukar orang Malaysia untuk ke negara Kangaroo itu memandangkan sudah banyak kes orang kita bekerja secara haram di sana.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.