Kit Kat Lotus Biscoff yang pertama kalinya diperkenalkan di Dubai kini sudah boleh didapati di pasaran Malaysia. Lapisan wafer Kit Kat yang mempunyai taburan cookie Lotus Biscoff di dalamnya adalah gabungan terbaik dengan rasa yang seimbang diantara kedua-dua pemanis mulut itu.
Sekiranya korang tertanya-tanya macam mana gambaran gabungan coklat tersebut, korang boleh rujuk seperti dalam gambar di bawah.
Pembelian boleh dibuat menerusi aplikasi Lazada atau Shopee, tapi nampaknya stok adalah terhad. Jadi, sekiranya korang teringin nak rasa Kit Kat x Lotus Biscoff ni, kena selalu update dengan stok terbaru ya.
Ads
Kalau dilihat perbezaan harga antara Shopee dan Lazada memang agak ketara. Kami pun tidak dapat pastikan kenapa jurang perbezaan harga itu terlalu tinggi, tapi mungkin sebab di Shopee sudah ‘ready stock‘, jadi korang buatlah pilihan dengan bijak ya. Hiks!
Nama-nama popular dalam bidang seni hiburan tempatan dan arena sukan bola sepak Malaysia telahpun membuktikan bahawa mereka mampu meraih mandat rakyat pada Pilihan Raya Negeri yang berlangsung pada 12 Ogos 2023.
Penyanyi rap, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet telahpun memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad aka Altimet.
Altimet menang dengan majoriti 6,707 dan memperolehi 26,116 undi bagi menewaskan pencabarnya, Sharifah Haslizah Syed Ariffin dari Perikatan Nasional (PN).
Menerusi satu kenyataan media, Altimet bersedia untuk berkhidmat untuk rakyat Lembah Jaya seawal pagi Subuh, pagi tadi bersama jemaah di masjid.
“Saya amat berterima kasih kepada semua pengundi-pengundi Lembah Jaya yang menjadi pembakar semangat untuk saya terus berkhidmat dan berbangga menjadi sebahagian daripada Lembah Jaya.
“Selepas ini, tiada lagi perbezaan antara parti kerana saya akan berkhidmat untuk semua masyarakat Lembah Jaya.
“Tidak kira Pakatan Harapan mahupun Barisan Nasional, hormat saya kepada anda amat tinggi. Saya sanjung kerja keras mereka selama tempoh berkempen ini,” katanya.
***
Dalam perkembangan lain, dua bekas pemain bola sepak Malaysia, Baddrol Bakhtiar dan Muhammad Radhi Mat Din juga meraih mandat rakyat dalam PRN Kedah. Kedua-duanya bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).
Baddrol Bakhtiar
Badrol, 35 yang merupakan bekas ketua pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Sabah FC memenangi kerusi DUN Gurun dengan 17,771 undi bagi mengalahkan calon PN, Mohammed Firdaus Johari yang memperolehi 11,187 undi.
Muhammad Radhi yang juga pernah mewakili pasukan bola sepak Kedah memenangi kerusi DUN Alor Mengkudu dengan 18,936 undi bagi mengalahkan Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Mahfuz Omar. Wow!
Muhammad Radhi
Berbeza dengan Altimet dan Baddrol Bakhtiar yang bertanding untuk Pilihan Raya sulung mereka, ini bukanlah kemunculan pertama Muhammad Radhi di pentas politik. Beliau pernah bertanding untuk kerusi Parlimen Pokok Sena atas tiket parti PAS pada PRU ke-14 namun berdepan kekalahan.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa memerlukan pengenalan lanjut pun, umum sudah mengetahui mengenai kelebihan teknologi Ultraboost yang diperkenalkan oleh jenama sukan dan gaya hidup, adidas. Sudah sedekad Ultraboost diperkenalkan oleh adidas dan sehingga kini, telah ramai pelari yang setia dengannya serta tidak beralih ke rekaan jenama kasut larian lain.
Bulan April 2023 menandakan satu lagi fasa evolusi buat Ultraboost apabila adidas baru-baru ini memperkenalkan rekaan terbaru untuk siri kasut lariannya paling ikonik ini.
Pembaharuan pada rekaan kali ini dijana oleh respon yang diterima daripada pembeli adidas dan dipercayai mampu memuaskan keinginan pelbagai jenis pelari yang setia dengan kasut Ultraboost mereka.
Hasilnya, adidas hadir dengan material terbaru yang dinamakan sebagai Light BOOST di mana model Ultraboost Light ini dikatakan 30 peratus lebih ringan daripada material BOOST terdahulu lantas membantu meningkatkan lagi prestasi si pelari dalam memberikan mereka keselesaan dan tindak balas pantas pada setiap langkah larian.
Baru-baru ini, REMAJA berkesempatan untuk menyertai acara larian empat kilometer Ultraboost Light Run anjuran adidas di sekitar kejiranan Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya bagi menjadi di antara antara individu pertama yang mencuba sendiri model Ultraboost Light ini dan hasilnya, kami merasakan bahawa..
YES!
adidas Ultraboost Light merupakan salah satu rekaan kasut larian yang paling menyelesakan pernah kami cuba.
Perasaan ringan pada setiap langkahan sememang dapat dirasai apabila kasut ini tidak ‘mencengkam’ pada bahagian jari. Sebaliknya, ia mempunyai PRIMEKNIT+ upper serba ringan yang membolehkan kaki korang ‘bernafas’ dengan selesa. Ia seakan mengikut bentuk kaki sang pelari dengan kelebihan adapted fit miliknya.
Pada bahagian tapaknya pula adidas Ultraboost Light menampilkan jenis tapak Continental Natural Performance Rubber yang membenarkan daya tarikan optimum. Tidak kiralah berlari semasa cuaca sejuk ataupun di bawah terik panas, ia dapat menyesuaikan diri dengan keadaan jalan atau trek.
Dan tentunya kami tidak perlu menyakinkan korang mengenai pilihan warna dan reka bentuk kasut larian ini memandangkan adidas Ultraboost Light didatangkan dalam salah satu rekaan paling cantik pernah kami saksikan selama 10 tahun teknologi BOOST diperkenalkan di pasaran.
Istimewa untuk ulang tahun kesepuluh ini, adidas menampilkan warna putih ataupun hitam dengan dengan stripes hitam di sisi dan percikan warna jingga serta biru pada bahagian sisi dan bawah tapak.
Sekiranya korang juga seperti REMAJA berminat dengan adidas Ultraboost Light ini, ia sudahpun boleh dimiliki di stor dalam talian dan fizikal adidas pada harga RM869. Tidak mustahil, model ini berkemungkinan menjadi model kasut larian terbaik untuk tahun 2023 biarpun tahun ini masih berbaki sembilan bulan lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau anda pernah menonton sinetron Upik Abu & Laura yang pernah disiarkan di stesen TV3 suatu ketika dahulu, pasti anda kenal dengan sosok Cinta Laura Kiehl yang memegang watak sebagai Laura, seorang gadis yang kaya, mengada-ngada dan sombong.
Dia yang turut menyanyikan lagu runut bunyi untuk sinetron tersebut menjadi popular dek kecantikan dan kemanjaan yang ditonjolkan. Lagu bergenre bubblegum, You Say Aq menjadi siulan ramai.
Di sebalik watak yang ditonjolkan dengan pelat aslinya yang jelas kedengaran, tahukah anda bahawa wanita berusia 29 tahun ini merupakan seorang graduan lepasan Columbia University pada 2014 dalam dua bidang sekaligus iaitu Psikologi dan Sastera Jerman.
Menjadikan kejayaannya lebih hebat apabila dia menjadi satu-satunya pelajar yang menamatkan pengajian dalam dua bidang sekaligus serta mencapai tahap Cum Laude dalam masa hanya tiga tahun sahaja.
Walaupun berkemampuan, wanita cantik ini punya tabiat yang sangat murni. Dia tidak suka membeli barangan mewah yang mahal. Dalam satu kenyataan dalam satu temubual di saluran YouTube, Cinta Laura menyatakan bahawa dia rasa bersalah kalau membeli barangan mewah.
Melihat pembelian dari perspektif yang luas, dengan wang yang digunakan untuk membeli barangan tersebut dia boleh membantu banyak keluarga yang kurang berkemampuan. Namun, dia tidak menafikan ada membeli barangan mewah namun bukan kerap, sebaliknya setiap pembelian ada makna seperti hadiah kepada diri sendiri setelah penat bekerja.
BINA SEKOLAH
Walaupun dibesarkan dalam suasana serba serbi ada, anak kacukan Indonesia dan Jerman ini memiliki jiwa yang besar. Dia sangat prihatin terhadap nasib kanak-kanak yang membesar dalam keluarga yang kurang berkemampuan.
Percaya yang pendidikan mampu mengubah nasib seseorang, Cinta Laura bersama dengan Yayasan Soekarseno yang dimiliki keluarganya menumpukan kepada proses membaik pulih serta pembinaan beberapa buah sekolah di kawasan desa terpencil.
Setakat tahun 2021, sebanyak 11 sekolah telah dibaik pulih dan dibina demi kegunaan anak bangsa. Tidak hanya menyalurkan dana, Cinta Laura juga memastikan pelajar yang bersekolah di sana boleh berdiri di atas kaki sendiri daripada segi kewangan.
Oleh sebab itu, beberapa program ekstra kokurikulum untuk mengembangkan bakat para pelajar diwujudkan bertujuan untuk menambah pendapatan keluarga. Salah satu kelas tersebut adalah seni menjahit yang mana hasilnya akan dijual untuk menambah pendapatan mereka.
Cinta Laura percaya bahawa menerusi pendidikan, nasib kanak-kanak kurang berkemampuan mampu diubah. Menerusi pendidikan mereka akan mendapat peluang yang lebih besar sekaligus keluar dari kempmpong kemiskinan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejayaan menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.57 menjadi detik paling bermakna buat Norhafiza Aini Ramzi, yang terus tabah melawan leukemia demi...