Tahniah kami ucapkan kepada Universiti Di Malaysia kerana menunjukkan peningkatan prestasi yang membanggakan untuk tahun ini.
Justeru itu, beberapa universiti ternama di Malaysia dan Singapura mencatat peningkatan permohonan mendadak dari kalangan pelajar China, ekoran sekatan perjalanan dan hubungan bilateral yang merudum antara negara mereka dengan negara-negara Barat.
Jika sebelum ini, pelajar China sering menyasarkan destinasi seperti Britain, Amerika Syarikat dan Australia, namun ia sudah mula berubah sejak penularan wabak COVID-19 bermula Disember lepas, menurut portal South China Morning Post.
Ads
Namun, sebilangan mereka masih menunggu kerana kebanyakan institusi di Asia, terutamanya Singapura dan Malaysia masih mengadakan kelas secara dalam talian.
Menerusi laporan itu, program This Week in Asia telah menghubungi 14 universiti di Malaysia dan Singapura, dan tiga dari lima universiti yang memberi maklum balas, memberitahu terdapat peningkatan permohonan mendadak daripada pelajar China.
Ads
Data dari Institusi Pengajian Antarabangsa China pula menunjukkan pelajar negara itu merupakan satu per tiga dari keseluruhan 1.1 juta pelajar antarabangsa di Amerika Syarikat untuk tahun akademik 2018-19.
Bagaimanapun, Amerika Syarikat mencatatkan penurunan minat secara mendadak daripada pelajar China apabila Presiden Donald Trump mengugut mahu menggantung visa pelajar yang membuat kajian untuk agensi China.
Ads
Pakar mengatakan walaupun institusi pendidikan di Malaysia dan Singapura dilihat sedang menunjukkan peningkatan jumlah pelajar dari China, tetapi trend ini tidak kekal dalam jangka panjang setelah vaksin COVID-19 ditemui kerana universiti di Negara Uncle Sam dan Britain masih lebih dikenali.
Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa institusi pengajian negara kita juga setanding universiti di luar negara dan Malaysia juga mampu melahirkan para graduan yang berkualiti.
Apa-apa pun, sekali lagi kami mengucapkan syabas buat semua universiti tempatan.
Sejak semalam ‘hangat’ diperkatakan di laman media sosial Twitter mengenai amalan bomoh dan ilmu hitam apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu telah meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Pindaan) 2022 yang antara lain memasukkan Seksyen 3A melibatkan aktiviti perbomohan dan sihir.
MalaysiaKini melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Datuk Satiful Bahari Mamat menjelaskan, pindaan enakmen tersebut juga melibatkan Seksyen 33A (orang perempuan berlagak seperti lelaki), Seksyen 36A (persediaan melakukan liwat), serta Seksyen 29A (hamil atau melahirkan anak luar nikah).
Menurut Satiful, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk memantau bagi memastikan masyarakat Islam di negeri berkenaan tidak mendapatkan rawatan alternatif yang bercanggah dengan hukum Islam dan hukuman dikenakan hanya melibatkan perawat, bukannya pesakit.
Menjengah di ruangan Twitter, rata-rata warganet bersetuju dengan pewartaan seksyen baharu tersebut memandangkan amalan berkenaan dapat memudaratkan individu lain dan terpesong daripada ajaran islam.
“Alhamdulillah, black magic (ilmu hitam) memang patut. Harap kerajaan persekutuan pun ikut macam undang-undang Saudi, pengamal ‘black magic’ memang hukum mati sahaja,” tulis seorang pengguna Twitter.
“Tahniah pada mereka yang menegakkan syariah. Tidak perlu takut kalau tidak salah…,” tulis juga pengguna lain.
“Aku berasa cemburu pada Terengganu. Mereka menegah perkara-perkara yang melanggar syariah. Pada masa sama, aku pandang hormat pada Terengganu. Terbaik,” kata seorang pengguna lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ni negara kite dikejutkan dengan lonjakan kes positif COVID-19, hari ini sebanyak 374 kes baharu dicatatkan. Sekaligus menjadikan sebanyak 4161 kes aktif di negara ini.
Sesuatu yang jelas lagi menakutkan, jumlah mereka yang positif COVID-19 semakin ramai sekaligus membimbangkan ramai orang akan berlaku peningkatan lebih banyak kes.
Dalam kenyataan terkini, KKM mengesahkan sudah wujud empat kluster baru dari Selangor, satu di Sabah dan Serawak.
Ini 6 kluster baru yang dicatatkan:
KLUSTER HIGHWAY, SABAH
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Belud, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12205) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 3 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti 22 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana:
• 23 kes dikesan positif COVID-19; dan
• 36 individu negatif.
KLUSTER BAH MANGGIS, SELANGOR
Kluster baharu ini melibatkan daerah Tawau, Sabah dan daerah Kuala Langat, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12866) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 5 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19. Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 107 individu telah disaring, di mana:
• Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19;
• 26 individu negatif; dan
• 73 individu masih menunggu keputusan.
KLUSTER UTAMA, SELANGOR
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Gombak dan Petaling, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12549) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 4 Oktober 2020. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti sembilan (9) lagi kes positif COVID-19. Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 114 individu telah disaring, di mana:
• 10 kes dikesan positif COVID-19;
• 15 individu negatif; dan
• 89 individu masih menunggu keputusan.
KLUSTER TASIK, SELANGOR
Kluster baharu ini melibatkan Miri, Sarawak dan daerah Petaling, Hulu Langat dan Klang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13489) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di pintu masuk ke negeri Sarawak pada 3 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Miri. Saringan kontak rapat telah mengesan sembilan (9) lagi kes positif COVID19. Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 15 individu telah disaring, di mana:
• 10 kes dikesan positif COVID-19;
• Satu (1) individu negatif; dan
• Empat (4) individu masih menunggu keputusan.
KLUSTER SIMERA, SELANGOR
Kluster baharu ini melibatkan daerah Besut di negeri Terengganu, daerah Kuantan di negeri Pahang, daerah Petaling, Klang dan Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13991) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil individu bergejala pada 6 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat telah mengesan tujuh (7) lagi kes positif COVID-19. Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 126 individu telah disaring, di mana:
• Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19;
• 88 individu negatif; dan
• 30 individu masih menunggu keputusan.
KLUSTER PUTRA, SARAWAK
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Bintulu, Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14696) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di pintu masuk ke negeri Sarawak pada 8 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Bintulu, Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengesan empat (4) lagi kes positif COVID-19. Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana:
• Lima (5) kes dikesan positif COVID-19;
• Dua (2) individu negatif; dan
• 50 individu masih menunggu keputusan
Emm…takutnya kan, apa-apa pun jaga diri guys. Jangan lupa ikut SOP dan kalau tak ada apa-apa urusan baik duduk rumah je okay!
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu lagi insiden menyayat hati berlaku kepada seorang pelajar, Nur Afini Roslan yang maut ketika sedang menjalani raptai sukan disekolahnya Februari yang lalu.
Bilah mesin pemotong rumput melayang sejauh 30 meter dan terkena pada tiga orang pelajar. Malangnya, Nur Afini maut dan dua lagi pelajar hanya tercedera.
Mesti korang ingat lagi kisah ni kan?
“Saya kutip serpihan otak anak yang berterabur di padang sekolah. Satu-satu saya pungut sampai habis. Dia anak sayakan! Luah Roslan bin Samad, 55 tahun.
Inilah luahan sedih bapa kepada pelajar, Nur Afini Roslan yang maut ketika sedang menjalani raptai sukan sekolahnya di SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Negeri Sembilan sekitar jam 10.30 pagi dua hari lalu.
Dimaklumkan, bilah mesin pisau pemotong rumput dari traktor yang sedang menjalankan kerja-kerja di padang sekolah berkenaan melayang sejauh 30 meter lalu mengenai tiga orang pelajar. Sedihnya, Nur Afini maut di tempat kejadian manakala dua lagi cedera.
Roslan ditenangkan oleh YB Dato Abdul Razak, ADUN Gemas
Di wajahnya jelas kesedihan yang cukup ketara. Setiap kali ke kubur anak, dia akan menangis pilu. Jiwanya bagai dirobek. Dia sama sekali tidak menyangka, menghantar anak ke empatnya pagi itu, sekitar jam 10.40 pagi, dia mendapat panggilan telefon memaklumkan anaknya ditimpa tragedi.
Berkongsi secara bersemuka dengan Majalah Remaja, Roslan berkata, selepas mendapat panggilan telefon, dia bergegas menuju ke tempat anaknya terbaring kaku.
“Ketika saya sampai, otak anak sudah ditutup dengan plastik. Mungkin dilakukan pihak lain. Tapi bila terpandangkan serpihan otaknya, saya kutip satu persatu dan letakkan di dalam plastic.
“Luluh hati ini. terus terang saya katakan kalau anak saya masih hidup dan dia cedera ketika itu, pihak yang memotong rumput itu mungkin sudah lama kena tumbuk dengan saya.
“Saya sayangkan anak saya. Saya yang hantar dia setiap hari ke sekolah. Kalau ada latihan sukan, arwah akan maklumkan waktu baliknya dan kemudian saya akan jemput.
“Malah saya jugalah yang pujuk arwah untuk diserapkan ke sukan bagi mewakili Negeri Sembilan berbanding dia mewakili Pahang dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang lalu,” katanya yang sesekali dilihat meraup telapak tangannya.
Kenangan di hari raya tahun lalu. Arwah Nur Afini bertudung pinkAhli keluarga ini mempersoalkan laporan akhbar dan media sosial yang menyebut kepala arwah anak mereka terbelah dua…
Mengakui “jiwanya” agak terbeban dalam sehari dua ini kerana dikunjungi dan didatangi ramai pihak namun dia akui dia perlu menerima situasi dan tragedi anaknya adalah sesuatu yang telah terjadi.
“Arwah tak mungkin hidup balik. biar banyak saya fikirkan tentang dirinya, masa depannya tetapi semua ini tak akan berulang. Ikutkan saya nak tengok arwah membesar dan seterusnya membina masa depannya. Tapi semua ini tak akan berlaku lagi,’ katanya yang sama sekali sukar menerima kenyataan bahawa kebanyakan akhbar dan media online melaporkan kepala anaknya terbelah dua.
Nafi kepala anak terbelah dua
Jelas ibu arwah, Zalina Mohd Yusof, 48 tahun, dia juga mempersoalkan isu ini. Ikutkan kepala terbelah dua ini ada macam-macam tafsiran dan pemikiran orang terhadap isu diperkatakan tetapi pihak keluarga yang melalui semua keadaan sukar ini.
“Apa maksud terbelah dua? Kalau ikutkan, terbelah dua ini terbahagi dua tapi sebenarnya hanya sedikit tempurung kepala anak yang terkena bilah pisau ini,” katanya memaklumkan hanya tahu kemalangan menimpa anaknya sekitar jam 11pagi selepas dimaklumkan oleh anak perempuannya, Nor Annisaa, 19 yang menuntut di Matrikulasi Gambang, Kuantan.
Zalina (baju hijau) juga tidak dapat menahan kesedihan berikutan tragedi menimpa anak ke empatnya itu
Dalam pada itu, Roslan yang terawal sampai di lokasi kejadian berkata, memang tempurung kepala anaknya pecah, kira-kira sebesar tapak tangan tetapi tidaklah sampai terbelah dua.
“Keadaan muka arwah elok seeloknya. Mukanya pun sangat bersih semasa kami selesai memandikan jenazahnya. Nampak seperti dalam keadaan tidur. Sangat cantik dan berseri,” katanya.
“Tak akan beri anak lain sekolah di situ…”
Tragedi yang menimpa, bukan sedikit ingatan untuk dipadamkan. Terlalu pahit dan sukar untuk dia menerima berita ini. Jelas Roslan, biar apa pun penambahbaikan dilakukan oleh pihak sekolah selepas tragedi ini, kenangan pahit itu tetap akan ada.
“Saya tak akan sekolahkan anak lelaki bongsu saya di situ lagi. Tu sekolah saya dulu. Semua adik beradik saya sekolah di situ dulu. Nak lalu bawa motor pun tak sanggup lagi selepas peristiwa ini. Biarlah pergi jauh. Kenangan pahit itu ada dan tak akan padam biar selama mana pun,” katanya mengakui dia tidak sempat berborak dengan anaknya pada pagi kejadian.
Dalam tragedi ini Nur Afini ditemui terbaring dan sudah gagal diselamatkan lagi selepas terkena bilah pisau yang terpelanting
Ditanya tentang tindakan kepada pihak kontraktor, buat masa ini Roslan akui dia belum berbincang dengan isterinya, anak-anak serta adik beradiknya tentang saman atau tindakan selanjutnya.
“Buat masa ini belum fikir lagi. Anak saya pun sudah tak ada. Saya terlalu sayangkannya. Susah nak cakap tentang isu ini,” katanya mengakui sesekali hatinya lemas dengan semua yang mendatang.
*****
Sama juga seperti kebanyakan kes-kes yang berlaku, semuanya disebabkan oleh kecuaian orang lain. Diharapkan 2019 nanti semua pihak lebih peka dalam menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.