Untuk pertama kalinya dalam sejarah Australia, seorang Muslimah dan berhijab telah dipilih menjadi senator seawal usia 27 tahun. Berita ini sudah tentu sangat mengujakan umat Islam di seluruh dunia.
Menurut perkongsian Pengerusi Yayasan Ikhlas, Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin melalui hantaran di Facebooknya wanita ini berasal dari keluarga imigran yang susah dari Afghanistan.
Wanita Muda Muslim Pertama Berhijab Dilantik Sebagai Senator Australia
Fatima dikatakan telah berhijrah bumi di Perth, Australia sejak umurnya 8 tahun. Sesuatu yang kurang menonjol di Australia tetapi Senator Fatima Payman yang berusia 27 tahun telah mengubahnya.
Ads
On this #WorldRefugeeDay we are pleased to hear that Ms Fatima Payman, an Afghan 🇦🇫Refugee, now an Australian 🇦🇺 citizen, has made her path towards the Senate of the @Aust_Parliament
— Afghanistan in Australia (@AfghanEmbassyAu) June 20, 2022
Beliau yang telah dilantik sebagai Senator Dewan Parlimen Australia awal bulan lalu berkata
“Hope is an amazing thing”,
Ads
“Harapan adalah sesuatu yang menakjubkan”
“Not only because Islamophobia has been rife in the media, but I want young girls who do decide to wear the hijab to actually do it with pride.”
“Bukan sahaja kerana Islamofobia telah digembar-gemburkan oleh media tetapi saya mahu wanita muda Muslim yang ingin berhijab dapat memakainya dengan bangga.”
Ads
Tahniah kami ucapkan kepada wanita muslimah ini dan semoga dengan kejayaan yang dicapai ini dapat membuka mata dunia dan tidak memandang rendah terhadap individu beragama Islam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zoo Melaka antara 10 lokasi pelancongan utama yang menawarkan tiket masuk percuma terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, sempena cuti umum pada hari ini.
Kira-kira lebih 13,000 pengunjung ‘serbu’ Zoo Melaka dengan hanya dalam tempoh dua jam dibuka selepas menawarkan tiket masuk percuma sehingga jam lima petang ini.
Kemasukan percuma itu adalah sempena Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama sekali gus merupakan cuti umum baharu bagi rakyat Melaka.
Menerusi tinjauan di media sosial, beberapa gambar dan klip video tular menunjukkan Zoo Melaka menerima kehadiran pengunjung yang luar biasa ramainya.
Selain Zoo Melaka, Melaka World Heritage Studios yang dahulunya dikenali Taman Mini Malaysia, Melaka Wonderland Theme Park, bot pelancongan, Melaka River Cruise (MRC) dan Menara Taming Sari (MTS) turut menjadi lokasi yang menawarkan tiket percuma hari ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Itulah yang selalu diajar kepada kita untuk berani mencuba berbuat sesuatu dari tidak melakukannya langsung. Kata orang asal sudah mencuba dari takut melakukannya, itu lagi baik.
Namun berlainan bagi bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang tampak begitu yakin untuk sama-sama menyatakan kesedihannya tentang pemergian lagenda bola sepak Diego Maradona yang disahkan meninggal akibat serangan jantung.
Tapi apa yang mengundang tanda tanya dan pertanyaan di hati netizen ialah berkenaan muzik Maradona. Trump nak cakap tentang Maradona atau Madonna?
Dalam tweetnya, Trump menyatakan “Very sad to hear about the death or Maradona. A great person. Her music was wonderful. I remember listening to her albums in the early 1980’s. Rest In Peace”
Carian kami mendapati ciapan ini tiada lagi di twitter rasminya. Mungkin Trump baru sedar kesilapannya atau kami yang tersilap? . Gambar Maradona: Daily Mail UK
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Begitulah begitu murni dan murah hati Youtuber terkenal warga Amerika Syarikat yang dikenali sebagai MrBeast dilaporkan bermurah hati membiayai pembedahan 1,000 orang buta atau hampir buta untuk memulihkan penglihatan mereka, lapor CNN.
MrBeast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson berkongsi mengenai perkara itu dalam sebuah rakaman video pada Sabtu yang mencapai lebih 54 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
“Kami akan membantu menyembuhkan seribu orang buta,” kata MrBeast dalam video tersebut.
Video itu memaparkan keadaan pesakit ‘sebelum dan selepas’ menerima pembedahan penglihatan dan turut menerima sumbangan wang tunai serta hadiah lain daripada MrBeast.
Content creator MrBeast goes viral after paying for 1,000 surgeries to cure blindness in patients around the world.
He also gave away $10K to a select number of patients, $50K to an incoming college student, and a new Tesla to one patient who has always wanted a car. pic.twitter.com/myq24yn9RV
Pakar oftalmologi dan pakar bedah, Jeff Levenson yang melakukan pembedahan tersebut telah menjadi penyelaras bagi program Gift of Sight selama lebih 20 tahun, yang menyediakan pembedahan katarak percuma untuk pesakit buta akibat mengalami masalah katarak.
“Separuh daripada orang buta di dunia ini memerlukan pembedahan selama 10 minit,” ujar Levenson dalam video itu merujuk kepada pembedahan pembuangan katarak.
Wah bagus juga ‘content’ membantu orang yang memerlukan sebegini kan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...