Di saat ramai meraikan kemeriahan Tahun Baharu Cina bersama keluarga tersayang, satu momen sederhana di Taman Limbongan, Melaka ini membuktikan bahawa semangat perpaduan dan kasih sayang masih utuh dalam masyarakat kita.

Seorang lelaki warga emas berbangsa Cina tidak dapat menahan air mata apabila menerima kunjungan istimewa daripada sekumpulan murid tadika Islam yang datang membawa bungkusan makanan sempena Tahun Baharu Cina sebagai tanda muhibah.

Momen menyentuh hati itu dirakam dan dikongsikan di TikTok oleh Pasti Al Falah Limbongan, memaparkan kanak-kanak kecil bersama guru mereka berjalan dari rumah ke rumah menziarahi keluarga Cina di kawasan perumahan tersebut.

Momen Manis Tahun Baharu Cina, Anak-Anak PASTI Bawa Kegembiraan Buat Uncle Bikin Sebak Netizen

Ads

Dalam video berkenaan, kanak-kanak itu dengan penuh sopan menyerahkan bungkusan makanan kepada warga emas tersebut sambil menyapanya mesra. Tersentuh dengan kunjungan berkenaan, lelaki itu dilihat mengalirkan air mata sebelum melambai dan masuk semula ke dalam rumahnya.

“Kami doakan uncle sentiasa sihat,” demikian kapsyen ringkas yang mengiringi perkongsian tersebut.

Perkongsian itu pantas tular dan meraih pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang turut sama berasa sebak. Malah, beberapa pengguna mendakwa mereka merupakan penduduk di kawasan perumahan yang sama dan sering melihat warga emas berkenaan.

Momen Manis Tahun Baharu Cina, Anak-Anak PASTI Bawa Kegembiraan Buat Uncle Bikin Sebak Netizen

Ads

Pengguna TikTok, Rasman Mohd. Dali, menulis bahawa dia kerap melihat ‘uncle’ itu duduk bersendirian di luar rumah, seolah-olah termenung dan mungkin merindui anak-anak.

Seorang lagi pengguna, Renzo, yang mengesahkan tinggal di kawasan sama, berkata warga emas itu sering duduk di hadapan rumah dan melambai kepada kanak-kanak yang lalu, seakan-akan mendambakan teman.

Ads

“Saya tak boleh tengok perkara macam ini. Memang sangat menyentuh hati,” komen Nurlias87.

“Uncle menangis, saya pun menangis,” kongsi Fauziah9484.

Snkhalifah pula menulis, “Uncle menangis, kesedihan itu terasa sampai ke sini.”

Walaupun hanya sekadar bungkusan makanan dan ucapan ringkas, kunjungan kecil itu jelas membawa makna besar. Ia bukan sekadar tentang perayaan, tetapi tentang empati, keprihatinan dan nilai kemanusiaan yang melangkaui perbezaan kaum dan agama.

Momen Manis Tahun Baharu Cina, Anak-Anak PASTI Bawa Kegembiraan Buat Uncle Bikin Sebak Netizen

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads